Laporan dari akhbar Inggeris mengatakan bek pertahanan AS Roma, Philippe Mexes akan dibeli oleh Ancelotti untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Ricardo Carvalho.
Ancelotti khabarnya memang sudah mengingkan Mexes dan Ancelotti sempat mencuba untuk membelinya ketika dia masih menjadi pengurus AC Milan.
Namun Agen Mexes, Olivier Joanneaux mengatakan bahawa dia tidak mendengar apa-apa berita kontrak mengenai Mexes dan Chelsea.
"Tidak ada berita atau perbincangan mengenai Mexes dan Chelsea.Chelsea memang hampir membeli Mexes pada tahun 2004, tetapi Mexes memilih Roma kerana dia berasa Roma adalah pasukan yang terbaik untuknya pada waktu itu."
"Dia kini akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Chelsea jika ada sebarang tawaran yang diajukanoleh Chelsea.Tetapi semuanya bergantung pada AS Roma," kata Joanneaux.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Mexes Akan Pilih Chelsea'