"Tingkah laku Drogba,Ballack dan Cech tidak dapat saya terima.Mereka tidak menghormati saya sejak saya menjejakkan kaki saya di Stamford Bridge," kata Scolari.
Scolari sekarang ini sedang memimpin kelab Uzbekistan, Bunyokdor.
Menurut Scolari, pemilik Chelsea sebenarnya bukan Roman Abramovich tetapi pemain.Pengurus atau jurulatih kebanyakannya tidak mempunyai kekuatan untuk menentang kuasa sekelompok pemain.
Yang dipecat selalunya pengurus.Itulah yang sentiasa terjadi di Chelsea," ujar Scolari.
"Drogba,Ballack, dan Cech tidak pernah membuat sesuatu latihan yang bagus yang diajar oleh saya," ujar Scolari lagi.
P/S : Kesian Scolari...Nak wat camner dah nasib camtu...semoga berjayalah di Uzbekistan Big Phil...
Menurut ESPNSTAR, Alexandr Pato kembali menjadi target utama Ancelotti untk dibawanya ke Stamford Bridge.Pemain-pemain lainnya yang dikehendaki oleh Ancelotti ialah Andrea Pirlo,Franck Ribery,Xabi Alonso,Fernando Torres dan Cesc Fabregas.
Tawaran Chelsea sebanyak 45 juta sebelum ini ditolak AC Milan.Tetapi kali ini Chelsea telah menyiapkan tawaran yang lebih hebat dari sebelum ini iaitu sebanyak 50 juta untuk mendapatkan penyerang muda yang berusia 19 tahun itu.(Pato).
Sekarang ini, Chelsea sudah mendapatkan 2 pemain iaitu Yuri Zhirkov dari CSKA Moscow dan penyerang muda Daniel Sturridge dari Manchester City.
Sebaliknya, Villa mengesahkan bahawa dia akan beraksi di Sepanyol musim depan.
Sejak beberapa minggu lalu, Villa dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid, Barcelona, Manchester United dan Chelsea.
Real dikatakan menjadi pilihan Villa sekiranya penyerang berusia 27 tahun itu mendapat tawaran lumayan sebagaimana yang diterima Cristiano Ronaldo dan Kaka.
Media di Sepanyol pula mendedah- kan bahawa Barca sedia membuat tawaran sekitar £45 juta (RM262 juta) untuk mendapatkan khidmat Villa.
Minggu lalu, Villa mengesahkan bahawa dia sudah membuat keputu- san mengenai kelab yang akan diwakilinya musim depan, namun enggan mendedahkan nama kelab terbabit.
"Sejak seminggu lalu, masa depan saya sudah jelas tetapi kini tidak lagi," kata Villa ketika ditemu bual stesen televisyen Sepanyol, Cuatro.
"Saya berdepan dengan saat-saat sukar dan semua ini disebabkan diri saya sendiri tetapi saya telah membuat keputusan untuk mengetepikan semua masalah itu."
"Apa yang saya sebut sebelum ini bahawa saya sudah membuat keputu- san, ia sememangnya benar. Saya akan beraksi di Sepanyol musim depan kerana Liga Sepanyol merupakan terbaik buat saya
Ancelotti khabarnya memang sudah mengingkan Mexes dan Ancelotti sempat mencuba untuk membelinya ketika dia masih menjadi pengurus AC Milan.
Namun Agen Mexes, Olivier Joanneaux mengatakan bahawa dia tidak mendengar apa-apa berita kontrak mengenai Mexes dan Chelsea.
"Tidak ada berita atau perbincangan mengenai Mexes dan Chelsea.Chelsea memang hampir membeli Mexes pada tahun 2004, tetapi Mexes memilih Roma kerana dia berasa Roma adalah pasukan yang terbaik untuknya pada waktu itu."
"Dia kini akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Chelsea jika ada sebarang tawaran yang diajukanoleh Chelsea.Tetapi semuanya bergantung pada AS Roma," kata Joanneaux.
P/S : Lampard memang player berstamina tinggi n berkualiti.Hahaha wright philipps xleh nak stand dah,haha..
Walaupun Drogba dan Jose Mourinho mempunyai hubungan yang sangat rapat lebih-lebih lagi ketika Jose bersama Chelsea pada tahun 2004-2007.Namun, tiada langsung kesepakatan antara mereka dalam jendela perpindahan.
Drogba juga sedikit menyatakan harapannya untk bermain bersama bekas pengurusnya walaupun dia dikatakan akan kekal bersama Chelsea selepas ini.
P/S : Haha,ape yang Mourinho bisik kat Drogba yang tengah duk baring tu,hahaha...
Bagi aku Piala Konfedarasi tahun ni memang magik,pelik dan hebat...Ye lar Team Sepanyol tersingkir dari kejohanan ini apabila mereka kalah mudah dengan team 'MAGIK' iaitu Amerika Syarikat.Kalau nak ikut statistik,kemampuan dan taraf Team Sepanyol lebih layak untuk ke Final kerana tengok je lar kat peringkat kumpulan diorang sapu habis menang,pastu menang tanpa bolos plak tu,tapi dalam game ni diorang kalah mudah 2-0 dengan Amerika...Kalau korang nak tahu, kalau nak tengok dalam peringkat kumpulan, Amerika sememangnya hampir atau sudah tersingkir dari Piala Konfederasi ni,ye lar dalam 2 game awal diorang,sumernya kalah...Tapi yang aku heran nape diorang dapat layak,nape team hebat seperti Itali tersingkir awal...Dan yang aku heran lagi ialah Mesir,...Mesir merupakan team yang paling kental dalam piala konfederasi untuk tahun ni,Brazil juga hampir diaibkan oleh mereka dan Itali juga kalah dengan mereka,tapi nape tetiber diorang kalah 3-0 dgn Amerika Syarikat dan seterusnya tersingkir...Hahaha bola sepak memang magik dan pelik habis
P/S : Hahaha lucu ler piala konfederasi tahun ni, team cam Amerika Syarikatpun leh masuk semi final,sedangkan dalam peringkat kumpulan diorang 2 kali kalah....hahaha
City, melalui pengumumannya berkata, kontrak pemain berusia 19 tahun itu berakhir hujung bulan ini dan dia menolak tawaran baru kelab yang berbelanja besar itu.
Yuran perpindahannya akan ditentukan oleh tribunal apabila kedua-dua kelab itu gagal mencapai persetujuan.
Chelsea perlu membayar yuran perpindahan kerana Sturridge berusia bawah 24 tahun dan sebagai balasan, pemain itu tidak boleh meninggalkan City tanpa bayaran di bawah peraturan Bosman.
Pengurus City, Mark Hughes sudah berusaha mengekalkan Sturridge tapi agak keberatan untuk bersetuju mengenai permintaan gajinya.
“Kami sudah mengemukakan tawaran yang baik untuk Daniel pada tahap kariernya ketika ini tapi ditolak, beberapa minggu lalu,” kata Hughes kepada BBC Manchester Radio.
City menuntut yuran perpindahan sekitar £10 juta (RM57.7 juta) bagi penyerang itu, yang menjaringkan enam gol dalam 31 penampilan manakala Chelsea dilaporkan hanya sedia membayar £3 juta (RM17.31 juta). - AFP
Malouda menegaskan bahawa komitmennya hanyalah utnuk Chelsea dan tidak pernah mempunyai niat untuk berpindah ke kelab lain.
Pemain yang berasal dari Perancis ini telah mendapat kontrak berpanjangan selama 2 tahun yang mana kontrak tersebut akan membuatkan Malouda akan bersama dengan Chelsea sehingga tahun 2013
Keadaan itu sekaligus mematahkan segala gosip2 dan berita2 mengenai perpindahannya ke kelab lain.Malouda juga menegaskan bahawa dia tidak risau dengan kelibat pengurus baru iaitu Ancelotti yang sekarang ini berusaha untuk mendapatkan Yuri Zhirkov.
Malouda yang mempamerkan prestasi cemerlangnya musim lalu bersama dengan Guus Hiddink mengatakan bahawa dia tidak merasa mudah utnuk menahan segala tawaran dari kelab-kelab yang lain, tapi dia sekali lagi menyatakan bahawa dia tidak akan sesekali akan berpindah ke kelab lain untuk musim yang akan datang.
Akhbar The Times mengatakan bahawa Chelsea hampir pasti akan mendapatkan Yuri Zhirkov sebagai Transfer pertama Chelsea untuk musim 2009/2010.
Transfer ini akan mengakhiri jendela perpindahan pemain Chelsea yang sebelum ini tidak begitu banyak membeli pemain.Chelsea pada masa sekarang ini masih lagi belum membuat sebarang pembelian pemain yang baru kerana Chelsea masih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang anggaran yang terlampau berlebihan dalam membeli pemain ataupun gaji pemain.
Perpindahan Zhirkov bernilai 18 Juta dan pengurusan kelab Chelsea segera berhubung bagi mempersetujui perpindahan Zhirkov ini.
Pemain kebangsaan Rusia ini, yang merupakan pemain terbaik Etopah musim lalu, diharapkan oleh Chelsea untuk berganding dengan baik bersama dengan Florent Malouda.
(VIDEO : Zhirkov Best Of 2008)
Kenyataan rasmi oleh UEFA dalam laman web mereka mengatakan," Kelab Chelsea membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan oleh mereka dan pemain mereka dan rayuan tersebut telah diterima oleh Badan Pengawalan dan Disiplin UEFA dalam kes kejadian perlawanan separuh akhir Chelsea menetang BArcelona di London pada 6 Mei."
Didier Drogba dikenakan hukuman tidak boleh bermain sebanyak 6 perlawanan dalam sebarang kejohanan UEFA kerana protes keras dan tingkah lakunya terhadap pengadil rasuah, Tom Henning Ovrebo.Dan tidak lupa juga kepada Jose Bosingwa yang dikenakan hukuman tidak boleh bermain sebanyak 4 perlawanan dan Chelsea juga dikehendaki membayar 100 000 ribu.
UEFA belum lagi memutuskan pengumuman untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan kepada kelab Chelsea.
P/S : Pengadil bodoh rasuah lagi sial tu, si Ovrebo botak tu tak kena hukuman ker ? Ye lar hukuman rasuah dan mengadili perlawanan secara membabi buta.UEFA pun same jugak bodoh dengan Ovrebo tu.
Menurut laporan News of the World, pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti menjadikan Tor- res sebagai pemain utama yang perlu dibeli kelab The Blues itu.
Usaha itu dilakukan selepas Chelsea menyedari akan masalah kewangan yang dialami Liverpool, dan menjangkakan kelab The Reds itu akan melepaskan Torres dengan harga £50 juta.
Tahun lalu, Kop Holding, iaitu syarikat perusahaan yang dimiliki pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillet mencatat kerugian sebesar £42.6 juta (RM248 juta).
Situasi itu telah menjejaskan sumber kewangan Liverpool, sekali gus memungkinkan kelab itu menjual beberapa pemain terkemuka mereka.
Andai The Reds menjual Tor- res ke Chelsea dengan harga £50 juta (RM291 juta), maka ia bakal meringankan beban kewangan mereka.
Sementara itu, Chelsea juga turut berusaha mendapatkan khidmat David Villa dari Valencia.
Pemain yang bernilai £35 juta (RM203 juta) itu dilaporkan bakal digandingkan dengan Torres di Stamford Bridge musim depan.
Penasihatnya, Kia Joorabchian, berkata Tevez mengambil keputusan tidak mahu kekal di Old Trafford kerana berasa 'beliau bukan pemain yang paling dikehendaki' di sana.
Ketua eksekutif United, David Gill, telah berbincang dengan Joorabchian dengan harapan untuk mengekalkan penyerang Argentina itu.
Sekalipun dengan tawaran lima tahun yang bakal menjadikannya antara pemain yang bergaji lumayan, Tevez tetap membuat keputusan untuk berpindah kelab.
Menurut Joorabchian, pemainnya itu juga menolak kemungkinan pemindahan ke Liverpool bagi menghormati para penyokong United dan kelihatan akan menyertai City atau pun Chelsea.
Joorabchian memberitahu TalkSport: 'Kami tidak menimbangkan pemindahan ke Liverpool kerana wujudnya persaingan semula jadi antara Manchester United dengan Liverpool.
'Beliau (Tevez) amat menghormati dan menyayangi para penyokong Man United. City dan Chelsea mungkin dua kelab yang akan dipertimbangkan.
'City telah berhubungan dengan kami. Saya telah berbual dengan (pengerusi eksekutif City) Garry (Cook) dan juga (pengurus) Mark (Hughes) beberapa kali.
'Kami belum bercakap dengan mereka tentang kontrak, kami juga belum berbincang dengan Chelsea kerana kami menghormati yang Carlos masih merupakan pemain Manchester United.
Namun, komitmen tersebut kembali berubah jika Roman Abramovich mahu mendapatkannya dan meletakkannya di Chelsea supaya dapat bekerjasama dengan Ancelotti.
" Ancelotti sangat penting kepada saya," kata Pato.
" Hanya dia sahaja yang sentiasa memberi peluang kepada saya di Milan."
" Saya masih lagi mempunyai kontrak dengan Milan, tapi segalanya akan berubah dan saya akan ke Chelsea jika Chelsea serius menghubungi saya," ujar Pato lagi.
Khabarnya, kelab Portsmouth sudahpun bersetuju untuk menerima tawaran mereka.Namun, Chelsea tiba-tiba muncul dan akan menganggu tawaran Liverpool dengan menawarkan tawaran yang sama yang diajukan Liverpool kepada Porstmouth tersebut.
Tetapi pihak Portsmouth menyerahkan segala keputusan pada Glen Johnson untuk menentukan masa depannya sendiri.
(Chelsea kembali semula ingin mendapatkan bekas pemainnya iaitu Glen Johnson yang kini bermain untuk kelab Portsmouth.Glen Johnson yang pernah bermain bersama Chelsea pada era zaman kegemilangan Jose Mourinho itu kembali menjadi perhatian oleh 2 kelab besar iaitu Chelsea dan juga Liverpool.)
Saturday, August 15 2009
Chelsea - Hull City (15.00)
Tuesday, August 18 2009
Sunderland - Chelsea (19.45)
Saturday, August 22 2009
Fulham - Chelsea (15.00)
Saturday, August 29 2009
Chelsea - Burnley (15.00)
Saturday, September 12 2009
Stoke City - Chelsea (15.00)
Saturday, September 19 2009
Chelsea - Tottenham Hotspur (15.00)
Saturday, September 26 2009
Wigan Athletic - Chelsea (15.00)
Saturday, October 3 2009
Chelsea - Liverpool (15.00)
Saturday, October 17 2009
Aston Villa - Chelsea (15.00)
Saturday, October 24 2009
Chelsea - Blackburn Rovers (15.00)
Saturday, October 31 2009
Bolton Wanderers - Chelsea (15.00)
Saturday, November 7 2009
Chelsea - Manchester United (15.00)
Saturday, November 21 2009
Chelsea - Wolverhampton Wanderers (15.00)
Saturday, November 28 2009
Arsenal - Chelsea (15.00)
Saturday, December 5 2009
Manchester City - Chelsea (15.00)
Saturday, December 12 2009
Chelsea - Everton (15.00)
Wednesday, December 16 2009
Chelsea - Portsmouth (19.45)
Saturday, December 19 2009
West Ham United - Chelsea (15.00)
Saturday, December 26 2009
Birmingham City - Chelsea (15.00)
Monday, December 28 2009
Chelsea - Fulham (19.45)
P/S : Masa perlawanan yang dipaparkan di atas ni ialah masa di London(Bukan waktu Malaysia)
Penyerang antarabangsa Sepanyol yang kini mewakili kelab Valencia itu menyumbatkan gol tunggal Sepanyol 1-0 ke atas Iraq, sekali gus membolehkan negara itu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pertandingan Piala Konfederasi di sini kelmarin.
Villa berusaha menjauhkan diri daripada buruan media sejak tiba Afrika Selatan tetapi namanya dikaitkan dengan empat pasukan iaitu Real Madrid, Manchester United, Barcelona dan Chelsea.
"Jika hendak dibandingkan Villa dengan pemain lain di Eropah, beliau bersama Fernando Torres boleh menyarung jersi sebarang pasukan nasional dalam dunia," kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque, yang enggan menyebut nilai pemain itu.
Namun, dalam perkembangan terbaru, Barcelona dan Real Madrid masing-masing sedia menawarkan wang pemindahan sebanyak 50 juta euro ($101 juta) untuk mendapatkan penjaring utama dalam pertandingan Euro 2008 yang lalu itu.
Selepas memberi ulasan singkat kepada pihak televisyen, Villa kemudian bergegas meninggalkan sekumpulan wartawan yang cuba mendapatkan ulasan tentang masa depannya.
Gol Villa ketika menundukkan Iraq adalah jaringannya yang ke-30 untuk Sepanyol, kemenangan ke-14 berturut-turutnya.
Jaringan itu juga bererti Villa mengatasi rekod Fernando Hierro, yang sebelum ini berada di tangga kedua di belakang Raul sebagai penjaring terbaik Sepanyol dengan 44 gol selepas 102 kali muncul untuk pasukan negaranya.
Kemenangan Sepanyol itu juga bererti ia menyertai Brazil, Perancis dan Australia sebagai empat pasukan yang berjaya memenangi 14 perlawanan berturut- turut.
Sejauh ini, belum ada pasukan yang berjaya memenangi 15 perlawanan berturut-turut dan Sepanyol berpeluang melakukannya jika ia mengalahkan Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A esok.
Juninho bersama dengan jersi barunya itu iaitu Al-Gharaffa, dan si tepinya itu ialah ketua pasukan kelab Al-Gharaffa, Saad al-Shammari.Juninho menandatangi kontrak selama 2 tahun bersama kelab barunya itu.
Pada ketika ini, Juninho menerima kad merah ketika Lyon menetang Barcelona musim lepas.Juninho dikenali sebagai pakar sepakan percuma dan juga tendangan sudut.Bukan itu sahaja, hantarannya juga dikatakan hampir sempurna seperti hantaran Lampard.
Juninho telah bermain selama 8 tahun bersama dengan kelab Lyon dan telah berjaya menghasilkan 100 gol untuk kelabnya itu sepanjang kariernya bersama Lyon.Dia juga menjadi kunci utama kejayaan Lyon meraih kejuaraan liga Perancis (musim 2002-2008).
Dulu aku pernah berharap Juninho dapat join Chelsea sebab dulu die memang antara salah satu player faveret aku.Passing die,skill permainan die memang hebat dan memang professional.Tapi sayang sekarang ni umurnya dah semakin berusia dan mungkin tidak lagi menjadi mata emas lagi di kelab-kelab besar,tapi aku tetap bangga dan kagum dengan pencapaian Juninho bersama Lyon.Good luck Juninho in your new squad !!!
Media Inggeris menyatakan bahawa Chelsea akan membuat tawaran 30 juta kepada pihak Inter tentang Ibrahimovic.
Tetapi nilai penawaran tersebut pastinya akan ditolak oleh Presiden Inter, Massiom Moratti yang ingin mendapatkan tawaran 70 juta bagi Ibrahimovic dan pengurus Inter, Jose Mourinho tidak yakin bahawa pemain Sweden tersebut akan meninggalkan Inter.
Salah satu usaha yang dapat Chelsea lakukan ialah dengan memasukkan Carvalho dan Deco ke dalam pakej tawaran mereka untuk mendapatkan Ibrahimovic.Kedua-dua pemain tersebut menyatakan bahawa mereka mahu bekerjasama semula dengan Mourinho.
Bekas jurulatih AC Milan itu memujuk Tevez supaya menyertai pasukan dari Stamford Bridge itu.
Dengan kesediaan Ancelotti membuat panggilan jauh itu, nampaknya Chelsea dan bukan Manchester City, yang menjadi pilihan untuk melamar pemain Manchester United itu.
Sumber-sumber yang rapat dengan pemain antarabangsa Argentina itu berkata:
'Tevez agak terkejut terima panggilan daripada Ancelotti. Tetapi dalam pada itu, beliau juga gembira menerima panggilan tersebut.
'Ancelotti melakukan tugas baik dalam usahanya melamar Tevez dan pemain Argentina itu kagum dengan sikap jurulatih dari Italy.'
Tevez berada di Buenos Aires untuk bercuti selepas beraksi dalam kelayakan Piala Dunia Kawasan Amerika Selatan.
Ancelotti telah berjaya mendapatkan telefon Tevez daripada bekas pemain Argentina, Hernan Crespo.
Difahamkan, Ancelotti juga telah meminta bantuan Crespo agar dapat memujuk Tevez supaya memilih Chelsea untuk meneruskan kerjayanya bola sepak di England.
Crespo, bekas pemain Chelsea, juga telah menghubungi Tevez dan menerangkan apakah yang boleh dilakukan oleh Ancelotti dalam memajukan kerjanya sekiranya pemain itu memilih menyertai pasukan Stamford Bridge itu.
Chelsea perlu sedia membayar wang pemindahan sebanyak £26 juta ($59.8 juta) yang dituntut oleh agen pemain itu, Kia Joorabchian.
Perkembangan terbaru ini bukan satu berita yang menyenangkan kepada Manchester United kerana Tevez masih terikat dengan pasukan dari Old Trafford itu sehingga akhir bulan ini
Tetapi jika Sheva dihantar ke Perancis, ada 3 kelab mahu mendapatkan khidmatnya iaitu Lyon,Monaco dan Marseille.Monaco merupakan kelab yang paling tertarik utnuk mendapatkan bintang Ukraine yang berumur 32 tahun itu.Finalis Liga Juara-Juara Eropah 2003/2004 dikatakan tengah melakukan rombakan secara besar-besran dalam skuadnya itu.
Khabar mengatakan bahawa Sheva akan kembali semula dan terus bermain di Milan.Namun pengurus baru Milan iaitu Leonardo Nascimento nampaknya tidak mahu menyambung kontrak atau membuat kontrak Sheva lagi di Milan.
AS Roma juga berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang veteran itu.Dan jika Sheva menyertai Roma, dia bakal berganding dengan Francesco Totti.Huhu, good combination.!
Perkara ini juga menjadi persoalan yang tersendiri dalam diri bekas pemain Chelsea iaitu Tiago.Pemain yang bermain untuk Juventus sekarang ini menganggap bahawa Liga Perdana Inggeris(EPL) lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan Serie A Itali, yang mana tempat yang dia masih berkarier sekarang ini.
"Perkembangan dan keadaab bola sepak di sini(Itali) terlalu mementingkan taktik bagi saya," kata Tiago.
"Selepas bermain dengan temph masa yang lama di Perancis, saya boleh mengatakan bahawa EPL merupakan liga bola sepak paling menarik di dunia ini, dan ia tidak dinafikan lagi."
"Kejohanan dan cara permainan di sana sentiasa membuat saya lebih bersemangat, terutama semasa saya bersama dengan Chelsea," ujarnya lagi.
Selain daripada bintang muda AC Milan iaitu Pato dan penyerang Twente(kelab Belanda) iaitu Marko Arnautovic, sekarang ini Chelsea sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat penyerang muda AZ Alkmaar iaitu Moussa Dembele.
Carlo Ancelotti kagum dan bangga dengan Dembele yang berjaya membawa kelab AZ Alkmaar menjadi juara divisyen Belanda untuk musim ini dan Dembele menjadi target utama oleh Ancelotti.
Kontrak Dembele akan tamat pada 2011, namun juara divisyen Belanda itu bersedia melepaskan Dembele jika ada tawaran sebanyak 20 juta.
Jika perpindahan ini berjaya, Chelsea mungkin masih akan meminjamkan Dembele untuk satu musim, sehingga Dembele dapat menimba pengalaman yang luas dalam kejohanan liga juara-juara eropah sebelum kembali menjadi pemain tetap Chelsea.
"Pihak Chelsea telah menawarkan penawaran yang penting untuk Villa, tetapi nilai tawaran Chelsea tidak sebesar 48 juta, " kata pihak pengurusan Valencia.
"Villa hanya ingin pergi ke Real Madrid dan semuanya sudah berbincang dengan baik.Dia ingin bekerjasama dengan Madrid kerana dia masih ingin mahu bertahan di Sepanyol dan itu sudah menjadi perkara yang biasa.Dan Chelsea tidak akan mempunyai peluang lagi untuk merebutnya," ujarnya lagi.
Chelsea sudah menawarkan harga sebanyak 35 juta untuk mendapatkan Villa tapi kelab Valencia menolak harga tersebut dengan mengatakan alasan bahawa harga tawaran tersebut terlalu rendah jika hendak nak dibandingkan dengan harga Real Madrid.
Kesimpulannya yang aku boleh buat ialah buruan panas dan hangat David Villa sudahpun berakhir kerana kelab Valencia sudah menolak penawaran Chelsea dan Villa khabarnya masih ingin berada di Sepanyol.Fuh, frust giler betul tak boleh Villa.Tapi buruan hebat untuk mendapatkan Sergio Auguero masih belum berakhir kerana pihak Atletico Madrid masih lagi menunggu tawaran hebat oleh mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Aguero, tetapi dengan harga tawaran yang tinggi.
"Secara dasarnya, aktiviti perpindahan pemain untuk kelab ini sudah berakhir," kata pengerusi umum Bayern Munich iaitu Uli Hoeness.
"Kami hanya mahu mencari apakah tahap yang mungkin akan memberi keselesaan bagi skuad kami musim depan dalam posisi pertahanan sayap kanan," ujarnya lagi.
Dan pada waktu sekaranglah nama Jose Bosingwa muncul dan pihak pengurusan kelab Bayern Munich berani menegaskan bahawa mereka mahukan khidmat Bosingwa.
"Saya mengaku bahawa kelab kami tertarik dengan Bosingwa," kata Hoeness.
P/S : Persoalannya Chelsea nak ke jual Bosingwa hah ? Bosingwa main bagus ler untuk Chelsea, dan aku rasa Chelsea taknak jual, cari player lain ler Bayern Munich oiii...
Agen Burdisso iaitu Fernando Hidaldo akan melawat ke London untuk bertemu dengan pengarah pengurusan kelab Chelsea.
Carvalho sudah menyatakan hajatnya untuk meninggalkan Chelsea selepas mengalami musim lepas yang sangat buruk dan pengurus The Blues,Carlo Ancelotti tidak menghalang keputusannya.
Selain daripada Carvalho, Inter juga memantau perkembangan Deco juga.
Bekas jurulatih yang menjuarai Piala Dunia berusia 60 tahun yang dipecat kelab Liga Perdana Inggeris di barat London Februari lalu bersetuju menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama kelab Uzbekistan itu.
“Bola sepak Uzbekistan kini semakin berkembang manakala Bunyodkor sebuah kelab dinamik dengan potensi cukup besar,” Scolari dilapor sebagai berkata dalam laman web kelab itu.
“Saya tahu, saya berada di tempat dan masa yang tepat,” katanya.
Scolari yang membantu Brazil meraih gelaran dunia kelima pada 2002, menggantikan rakan senegara dari Brazil, Zico yang membantu Bunyodkor meraih gelaran liga serta separuh akhir Liga Juara Asia tahun lalu sebelum meletak jawatan Disember lalu untuk menyertai CSKA Moscow.
Wenger datang ke sini dengan mengenakan t-shirt putih dan berseluar pendek hitam.
Wenger sempat memberi taklimat atau ceramah kepada pemain bawah 19 tahun Malaysia dalam aktiviti ujian Castrol Challenge.
Wenger turut menonton perlawanan 5 lawan 5 pemain U-19 MalaysiaWenger sempat bergambar bersama dengan fans sengal yang memang sengal badan betul kat belakang tu.
Dia juga turut sempat memberi sedikit ceramah atau bebelan mengenai CPI.CPI ? ape tu?...Wenger memberi maklumat mengenai cara permainan bola sepak sejak Euro 2008 melalui Castrol Perfomance Index.Tak faham aku.!
P/S : Bagus ler Pak Cik Wenger ni, walaupun aku benci sangat dengan team Sengal tapi kedatangan Wenger ke Malaysia memang merupakan satu perkembangan baik kepada bola sepak Malaysia.Bagus sangat biler dia bagi die punyer ilmu kat player malaysia yang bawah 19 tahun tu tapi nape ler die tak bagi ceramah juga kat pemain bola sepak Malaysia kita yang umur tua bangka tu yang main cam cibai dan sial tu hah.Hehehe tapi aku duk pikir jugak bilalah Jose Mourinho atau Si Alex Ferguson Chewing Gum tu nak datang ke Malaysia erk bagi ceramah cam Wenger ni,erm....