LONDON: Carlo Ancelotti mengakui Chelsea perlu menang pada perlawanan penting menentang Liverpool hujung minggu ini jika mahu menyekat Manchester United daripada memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.
Pasukan bimbingan Ancelotti itu merampas semula takhta liga selepas membelasah Stoke 7-0 di Stamford Bridge yang membolehkan mereka mendahului satu mata di atas Red Devils.
Keputusan perlawanan itu juga menyaksikan United hanya bertahan 24 jam di persada liga selepas The Blues mencatat kemenangan besar sekali gus menyampaikan mesej amaran kepada pasukan Alex Ferguson.
Kini mereka fokus kepada kunjungan ke Anfield, Ahad ini yang dianggap perlawanan paling penting dalam menentukan siapa bakal memenangi gelaran liga.
Ketika dua perlawanan terakhir United menentang Sunderland di tempat lawan pada Ahad dan Stoke di gelanggang sendiri selepas itu, mereka di anggap mudah untuk mencapai kemenangan ketika Chelsea tidak dapat mengelak daripada menang ke atas lawan sukar, Liverpool dan Wigan untuk menafikan peluang United.
Kemenangan di Anfield selalunya tugasan sukar, biarpun Liverpool kini menempuhi musim paling mengecewakan dan The Reds terdesak memburu kedudukan keempat untuk membolehkan skuad Rafael Benitez menutup musim ini dengan layak ke Liga Juara-Juara.
Jika Liverpool menang bermakna United akan menjuarai liga buat kali ke-19.
“Saya rasa Manchester United boleh menang ke atas Sunderland dan Stoke tetapi gelaran kini dalam tangan kami dan sasaran kami ketika ini adalah menang baki dua perlawanan. Jika kami menang kami akan bergelar juara,” kata Ancelotti.
“Kami ada seminggu untuk bersedia menentang Liverpool dan kami akan lakukan yang terbaik. Saya harap kami dapat bermain dengan baik di Anfield seperti kami lakukan ketika menentang Stoke.
“Kami perlu bermain menentang pasukan kuat, pasukan hebat yang berebut kedudukan keempat dan saya pasti ia bakal menjadi perlawanan paling sukar buat kedua-dua pasukan.
“Liverpool akan menentang kami habis-habisan untuk mendapatkan kedudukan keempat kerana penting bagi mereka untuk masa depan kelab. Masa depan kami di tangan kami,” kata Ancelotti yang mengharapkan ulangan kemenangan 2-0 ke atas Reds, awal musim lalu.
Chelsea berjaya mengatasi kelemahan di bahagian pertahanan dengan menjaringkan sejumlah besar 93 gol dalam liga musim ini.
“Falsafah kami adalah menyerang. Kami meletakkan ramai pemain di bahagian depan, kami mahu mereka menyerang dengan kualiti dan kebolehan pemain yang mampu menjaringkan gol,” kata Ancelotti. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perlawanan yang mendebarkan.
liverpool mempunyai pertahanan yang kuat.
sy tidak mahu lagi setan merah menjuarai EPL kali ini.
why we need liverfools help ? we much more stronger team than them,chelsea boleh!
Ala, klau nk lawan, lawan betul2 la, x pyh bagi ke kasi ke. masing2 ada goal yang kene gapai, chelsea nk juara liv nk main utk champ league atau europa. So, buat la terbaik, make a sportsmen spirit 2. Baru la nti tgk game main nti best.
Tapi as fans chelsea, mst le hope yang terbaik dari chelsea.. Go go chelsea.
let the best team win ar..xpayah nk bagi2 menang..xprofesional langsung..kalo team kite kuat, watpe nk risau..relax sudah..
keep the faith..