Buat sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu, di sini saya sediakan sedikit laporan ringkas perlawanan tersebut dalam versi game PES 2010. Semoga terhibur! Terutamanya peminat-peminat pasukan Chelsea! He he he =)
Perlawanan ke-33 liga ini berlangsung di Old Trafford, iaitu Stadium Rasmi bagi pasukan Manchester United selaku tuan rumah
Kelihatan Kapten bagi kedua-dua pasukan (John Terry dan Gary Neville) mengetuai barisan masing-masing masuk ke padang
Old Trafford Manchester
Penyokong-penyokong tuan rumah jelas menguasai stadium
Pemain tuan rumah - Ji Sung, Evra, Berbatov
Lineup untuk Manchester United, tanpa ayam tambatan mereka, Wayne Rooney yang mengalami kecederaan
Formasi yang digunakan Manchester United
Lineup untuk Chelsea, "without 4 key defences"
kata pengulas di televisyen. Penjaring terbanyak Chelsea, Didier Drogba
hanya mengisi bangku simpanan dan tidak akan memulakan perlawanan ini
dalam kesebelasan utama
Formasi
4-3-3 yang digunakan semasa membelasah Aston Villa 7-1 pada minggu
lepas terus mendapat kepercayaan Carlo Ancelloti iaitu pengurus Chelsea
Separuh Masa Pertama
Setelah
jelas menguasai permainan seperti bermain di tempat sendiri, akhirnya
pada minit ke-20, Joe Cole telah berjaya menjaringkan gol backheel yang cantik sekali gus memperdaya penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar
Gol
ini berpunca hasil daripada gerakan menarik dari sebelah kiri pintu gol
oleh pemain yang sedang berada di puncak prestasi, iaitu Florent Malouda
Joe Cole berlari bagi meraikan gol cantik yang dijaringkannya
1 gol untuk Joe Cole
Yeahhh!!!!
Separuh Masa Kedua
Setelah hampir 60 minit Chelsea
menguasai permainan, akhirnya Manchester United berjaya mendapat rentak
permainan mereka. Namun Chelsea yang akhirnya berjaya menambah gol
kedua pada minit ke-79 hasil jaringan pemain gantian, Didier Drogba
yang baru dimasukkan kurang dari sepuluh minit.
Gol
ini hasil daripada hantaran menarik oleh Salomon Kalou, juga pemain
gantian yang baru dimasukkan Chelsea bagi menggantikan Joe Cole pada
minit ke-74. Drogba sekali lagi menjadi penjaring gol dalam perlawanan
'besar' atau penting
Walaupun rakaman ulang tayang menunjukkan Drogba jelas offside
ketika menjaringkan gol berkenaan, namun ianya tidak berjaya dikesan
oleh panjaga garisan, sekali gus menyebabkan pengadil membenarkan
jaringan tersebut dikira.
"Offside? Ada aku kesah?"
Oh yeahhh!!
Walaubagaimanapun,
2 minit kemudian, pemain muda gantian Manchester United, Federico
Macheda telah 'berjaya' menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 9
minit. Ianya hasil daripada hantaran Nani yang tidak berjaya ditepis
kemas oleh penjaga gol Chelsea, Petr Cech, sekali gus menyebabkan bola
melantun pada dada Macheda yang kemudiannya dilihat menolak bola
menggunakan tangan ke dalam pintu gol Chelsea.
Kapten Chelsea, bergegas menghala ke arah pengadil bagi membantah jaringan 'Hand of God'
oleh Macheda yang apabila dilihat melalui ulang tayang jelas kelihatan
menolak bola dengan tangan ketika menjaringkan gol tesebut.
Bantahan walaubagaimanapun ditolak pengadil perlawanan, Mike Dean sekali gus membenarkan gol tersebut dikira.
Macheda
bergegas membawa bola ke tengah padang bagi memulakan semula
perlawanan. "Perlawanan tak habis lagi okeyh!" Mungkin itu kata Macheda.
Walaupun
diasak bertalu-talu oleh Manchester United yang mencari gol penyamaan
dengan perlawanan berbaki 9 minit (tidak termasuk 4 minit masa
kecederaan), Chelsea berjaya mengekang kemaraan Manchester United
dengan berjaya menyerap segala tekanan. Oh yea, saya menonton
perlawanan ini melalui saluran 812 (Astro) iaitu ESPN, seperti yang
anda dapat lihat dalam gambar di atas.
Akhirnya
berakhir perlawanan yang mendebarkan ini setelah tamat 4 minit masa
kecederaan yang diberikan oleh pengadil. Drogba sekali lagi
menjaringkan gol penting yang memberikan kemenangan kepada Chelsea.
Persembahan pemain favourite saya, Frank Lampard pula adalah lebih kepada sederhana, namun tetap penting dalam kejayaan ini.
Berakhirnya
perlawanan ini melengkapkan rekod 'bersih' Chelsea ke atas Manchester
United pada musim ini, setelah menang di Wembley (2-2 FT : Penalti 4-1) dan Stamford Bridge (1-0) pada awal musim.
Berikut ialah statistik penuh perlawanan antara Manchester United dan Chelsea di Old Trafford.
yeahh...tq2...rase cmbest lak wat report cmnie.. =)
hahaha aku mmg ske grafik game bola dari PES,mmg lawa giler...muke cam nak hampir same je,kalau fifa 2010,kureng skit grafik die kalau nak dibandingkan dgn PES
anyway i like your article like this areev...hehe aku jarang copy entri blog org ni,hehehe...
yerp..aku x maen pun fifa sbb pes mmg terbaek! graphic pes mmg cun!
skali skala copy xpe :D
menarik2.
i like
kalo dalam game boley simulate ape yg macheda buat, mau di-boikot game tu oleh fans2 man u
wah hebat la ang..
main pes siap bley smekn scorer lg..
syabas2..
report yg menarik..