Sekarang ini kita 77 mata, 4 mata mengatasi mansayur dan 6 mata mengatasi arsenal(masih ade 1 match).Ape boleh aku cakap lagi selain kita hanya selangkah untuk menjadi juara liga musim ini.We cannot stop our winning !
Actually lawan bolton pagi tadi sememangnya tough game.Nampak team bolton cam cincai tapi sebaliknya ia berbeza dalam match tadi.Owen Coyles membuat satu taktik yang sangat hebat coz sukses membuatkan abang didi dan abang nik kita sukar nak lepas benteng diorang.Defend bolton memang terbaik.Ape leh buat, mereka hanya mampu defend sahaja dan tidak mampu attacking lebih2 lagi menetang team juara macam kita.
Gol Nik terhasil daripada cross cantik dari abang didi kita, terus menuju kepada abang nik dan abang nik lantas menanduk bola ke gawang bolton untuk skorline 1-0.Skorline 1-0 tersebut kekal ke wisel penamat.
Kemasukan Joe Cole dan Malouda di lewat2 second half memberikan "fresh" sikit di bahagian attacking.Tapi yang peliknya pada injury time, kita patut dapat tambah 1 gol lagi tapi abang joker kita seperti biasa mensia-siakan peluang tersebut hasil daripada cross dari Zhirkov.Aku masih lagi hairan,pelik,kenapa dan mengapa abang joker kita tidak dapat score pada masa itu sedangkan position,kaki,bolanya berada di depan gawang gol bolton dan bagi aku hanya "secuit" sahaja mampu menghasilkan gol.Kata pengulas "How could he miss it ?"
Kita deserve to win pagi tadi.Team kita membuat possesion dan attacking yang jauh lebih baik dari team bolton.Bola kena tangan ker, tak kena tangan ker, team bolton hanyalah team yang tidak boleh lari dari hakikat kegagalan bermain baik di atas padang.Hanya membuat 2/3 attacking dan menyalahkan ref jika tidak berpuas hati mengenai sesuatu perkara telah menunjukkan bahawa team bolton masih lagi mentah dan hangit2 tahi ayam.Bagi chelsea, 2 perkara tersebut sudah menjadi lali dalam kehidupan chelsea dan tiada sapa yang mempedulikannya.
Ape2pun hepi dapat tengok team kita menang dengan bolton pagi tadi dan seterusnya berada di landasan terbaik untuk menjadi juara liga musim ini.Kita sekarang sudah berada di puncak, hanya selangkah sahaja lagi untuk menggengamnya.Bagi aku, team kita sudah juara, tiada sapa yang boleh menafikannya lagi.
tetap risau lagi ni,,hehhehe
risau dgn ancaman arsenal..
dan risau juga dengan pertemuan totenham dan liverpool nanti..hehehheh