Minggu ini kita akan berdepan dengan West Bromwich Albion di Hawthorns. Itu merupakan kunjungan pertama AVB ke sana. Melihatkan rekod statistik menentang mereka, kita telah menang sebanyak 18 kali dalam 20 pertembungan terakhir. Di atas kertas memang memihak kepada Chelsea tapi kalau ikut prestasi sekarang, aku anggap 50%-50%. West brom juga satu pasukan yang bagus. Kalau tidak bagus, masakan boleh menang besar dengan Sunderland 4-0. Jika nak banding dengan pencapaian terkini, team yang diberi jolokan The Baggies lagi baik dari kita. Mereka menang 3 dari 6 perlawanan terakhir sedangkan kita hanya mampu mencatat 1 sahaja kemenangan (3 seri, 2 kalah). Jadi pesanan aku, Chelsea tidak boleh memperlekeh keupayaan West brom. Pasukan underdog seperti mereka bila-bila masa sahaja boleh menumbangkan kita. Kita juga harus berwaspada dengan pemain seperti Odemwingie yang sekarang ini lebih hot form berbanding Abang Torres.
Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan ini pada jam 10.55 malam. Siaran langsung di saluran Astro 813. KTBFFH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We can win, only to think positively win for us, Chelsea. But for sure, Odemwingie & Co. playing so with chemistry for the past 3 games. Whatever reason... We must win.