Alhamdulillah, akhirnya Chelsea mara juga ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Birmingham 2-0, awal pagi semalam. Umumnya kita terpaksa bertarung dalam pertarungan timbal balik ini kerana pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge bulan Februari lepas, kita hanya seri 1-1.
Debut pertama Di Matteo sebagai caretaker Chelsea boleh dipuji kerana dia telah melakukan banyak perubahan drastik yang telah menghasilkan impak positif. Kita lihat dari segi formasi & line-up, beliau menggunakan 4-2-3-1 & menggugurkan beberapa pemain senior. Torres diletakkan sebagai centre forward, dibantu oleh dua attacking pembantu, Kalou & Mata. Tengah pula dikawal oleh Meireles, Mikel & Ramires. Ia satu strategi yang cemerlang walaupun pada mulanya ia nampak berisiko tinggi. Paling solid ialah di bahagian defensif yang dijaga ketat oleh Cahill & David Luiz. Ada yang mengatakan David Luiz MOTM, Cech MOTM. Bagi aku, semua pemain hari ini ialah man of the match. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Mikel yang selama ini dianggap flop, entah tiba-tiba mempamerkan prestasi yang meyakinkan.
Dua gol kemenangan dijaringkan oleh Mata & Meireles (2M) pada pertengahan separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama, tiada gol terhasil namun kita sempat melakukan serangan berbahaya ke kubu lawan. Torres mendapat peluang keemasan tapi sayang tendangannya tersasar. Separuh masa kedua berjalan seperti biasa dan tempo permainan Chelsea dilihat lebih laju. Gol yang dinanti-nantikan oleh peminat hadir pada minit ke-54. Bermula dari gerakan licik Adik Ramires yang membuat hantaran lintang ke centre box dan Mata menyudahkan peluang tersebut dengan kaki kanannya menewaskan Doyle, keeper lawan untuk kedudukan 1-0 memihak kepada Chelsea.
Enam minit berikutnya, Chelsea menggandakan gol hasil rembatan kencang Raul Meireles. Kira ia satu top corner goal dari brader Portugal itu. Kemudiannya pada minit ke-70, kita dianugerahkan sepakan penalti selepas abang Torres dikasari oleh bek lawan. Sayangnya Mata tidak berjaya menyudahkan peluang tersebut. Ini kali kedua dia gagal menyudahkan sepakan penalti selepas penalty pertama di Stamford Bridge tempoh hari diselamatkan oleh keeper yang sama.
Wisel penamat dibunyikan dan Chelsea telah memenangi perlawanan ini dengan scoreline 2-0. Lawan di suku akhir nanti ialah Leicester City.
Jika anda perasan, pada sepanjang perlawanan ini berlangsung, kedengaran laungan nama "Jose Mourinho, Jose Mourinho" oleh para penyokong The Blues. Bukti yang menunjukkan bahawa masih ada di antara kita yang teringin untuk melihat Special One kembali ke Stamford Bridge.
Apa pun kemenangan 2-0 ke atas Birmingham ini aku didekasikan khas untuk Andre Villas Boas. AVB baru sahaja dipecat oleh Pak Roman beberapa hari yang lepas dan aku percaya ada di antara kita yang masih terasa bahang dengan pemergian beliau. Life must go on dude. Apa boleh buat, nasib beliau bersama kita tidak kekal lama. AVB boleh cari makan di tempat baru pula. Mungkin beliau boleh balik semula ke Porto atau mengikut jejak langkah Mourinho iaitu menjadi pengurus di Inter Milan, siapa tahu kan ? Walaupun sebelum ini aku kerap kali kritik cara taktikalnya, namun dalam diam, aku masih memuji kriteria beliau. Kritik itu tanda sayang sebenarnya. Tidak ada gunanya kita berdendam dengan orang yang telah memberi 100% komited untuk kelab Chelsea.
AVB still the best. Jasanya yang telah membawa pemain seperti Mata, Cahill, Oriol Romeu tidak akan aku lupa. Thanks for everything Andre !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abis, RA dah sound tepek kat semua players... Kalau xperform, kene 'SACK' jugak.. Hahaha
@maman
- betul..jangan ingat manager je kena sack, player pun akan kena "sack" juga..jadi kalau tak nak kena sack, sila improve perfomance...
so, dalam perlawanan menentang birmingham ini, aku tengok overall prestasi player chelsea bagus... mungkin baru lepas kena "basuh mulut" dengan roman, baru nak main bersungguh-sungguh...