Seribu kali sayang kerana Chelsea telah bermain dengan cukup baik & sempat mendahului permainan 1-0. Namun sebaliknya berlaku pada 12 minit terakhir, yakni City berjaya membalas balik dengan dua gol comeback & seterusnya memenangi perlawanan.
Kalau nak ikutkan, kita lebih berhak untuk menang dalam perlawanan ini. Gol pendahuluan Gary Cahill pada minit ke-60 itu membuktikan bahawa City gagal merobek gawang kita selama 77 minit yang pertama. Hadirnya gol penyamaan mereka pada minit ke-78 itupun hasil kesilapan Essien menahan bola dengan tangan yang membolehkan pengadil memberikan sepakan penalti kepada City. Jika kita lihat dengan lebih teliti, handball Essien memang tidak disengajakan kerana dia dalam posisi yang sukar untuk membendung percubaan dari Zabaleta.
Disebabkan penalti itulah, rentak permainan pasukan kita terganggu. Dalam perlawanan ini, defensif Chelsea sangat kental tapi sayanglah terdapat sedikit kesilapan pada babak-babak akhir permainan yang membolehkan City mencapai target yang mereka hendak. Padahalnya mereka memang tak boleh buat apa-apa jika ref, Mike Dean tidak menghadiahkan sepakan penalti tersebut. Satu lagi, jika tidak kerana Tevez, gol kemenangan City tidak akan menjelma. Tevez lah yang telah melorongkan bola untuk gol Nasri itu. Kasihan kepada City kerana terpaksa menggunakan pemain yang telah dijadikan kambing hitam oleh mereka sebelum ini untuk memberikan satu kemenangan yang desperate kepada penyokong Etihad.
Ini kekalahan pertama RDM sejak mengambil-alih tugas caretaker Chelsea pada 6 Mac yang lepas ketika Chelsea menyingkirkan Birmingham 2-0 dalam saingan Piala FA. Selepas 4 perlawanan straight menang, akhirnya Chelsea kalah juga. Aku tidak kecewa sangat kerana kita kalah dengan pasukan kuat, iaitu pasukan yang masih memburu kejuaraan liga. Apa pun macam biasa, kita kena bangkit daripada kekalahan ini. Fixture seterusnya ialah Tottenham hotspurs. Ia bakal menjadi satu pertarungan derby London yang menarik. Lebih penting lagi ialah kita wajib menang untuk selamatkan maruah slot ke UCL musim depan. Sekarang ini Chelsea masih berada di-tangga ke-5. Hanya 5 mata sahaja yang memisahkan kita dengan Tottenham yang berada di-tangga ke-4. Arsenal merampas kedudukan ke-3 selepas mereka menang 1-0 di Goodison Park pagi tadi. Manakala Spurs hanya mampu seri 1-1 dengan Stoke City.
KTBFFH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KC, kita main corak bertahan. Xnampak kita boleh menang, dan main xspt utk fight top 4 spot.
Kenapa Essien skrg dah mcm Malouda mainnya? Peliknya, ape dah jadi dgn Romeu? No news pasal this lad.
Lampard? Sedih wei.. Kasi duk atas tp main kat belah defensive midfielder jek, bila kasi main bawah skit, nak main smpi kotak penalti. Tp aku rasa RDM nak main mcm Benitez taruk Gerrard belakang Torres kot.
Entahlah.. Elak smgt jatuh balik je. Aku hrp RDM ubah rentak cepat, sbb minggu ni lawan Spurs lak.
Pd aku, formasi lawan Napoli aritu sgt menyakinkan. Come on, Chelsea!
@maman
- entahlah aku rasa chelsea main okey..tapi untuk 60/70 minit pertamalah, lepas pada tu jadi kelam kabut...lepas dapat 1 gol, RDM ubah taktik skit...99% defensive..ye lah sebab dah leading 1 gol, sure city memang akan attack kaw2 punya, so sebab itu chelsea amalkan corak bertahan..tapi last2 city dapat gol juga...yg silapnya sebab penalti tu je..kalau tak susah juga city nak score..
lampard, meireles memang perform hampeh...essien masuk terus buat error...tapi paling kecewa bile torres keluar..die perform okey, tiba2 kena ganti dengan drogba...
untuk game dgn spurs, aku optimis chelsea akan menang..bile dah kalah minggu ni, konfem next week menang...lawan city ni ada sedikit mistake je...city dapat 1 penalty, n 1 gol yg entah datang secara tiba2...so minggu ini chelsea tak bernasib baik...
semngt melawan main kt home ngn away berbeza sgt klu nk dbndngkn ngn lwn napoli aritu...aku xksh sgt sbb chelsea klh ngn mncity hnye dgn kklhn tipis,normal n lumrhlh utk team2 rival brtemu ssme sndiri..ble team2 kuat brtemu ssme sndri home akn mnjdi advntge utk mng...bgi akulh chelsea ngn MC sme kuat,rekod mnnjkkn advntge kt tuan rmh...main kt stmford bridge kte kene tinggal n mng dgn 2-1 bgitu jgklh smlm..mc kene tggl n mng 2-1..FAIRlah nk wt cmne,itulh bolasepak...fokus utk game spurs jam 8.45mlm sbtu ni,Chelsea mesti n pasti mng ...KTBFFH!!
1)tak ada tanda2 chelsea menang pun game ni..klau ikutkn 1st half je dah 2 gol mc..macam mana nak kata chelsea berhak menang..tengh cepat hilang bola..remires out terus..serangan merbhaya tak ada..harap torres je demam la mcm ni..gol chelsea je nasib..
2)torres bleh lagi tu..kenapa tukar ngan drogba..ptt kena 2 penyerang..torres n drogba..
aku tengok match ni,kalo tak silap posession mancity 62-63% n selebihnya Chelsea,mmg jelas Chelsea bertahan,,cuma dlm match ni mancity gagal sempurnakan beberapa peluang..kalo org tanya aku,aku jwb jujur mancity bmain bawah psembahan sbenar smpai David Silva pun kene out..tapi yg jelasnya Chelsea mmg main dgn taktik bertahan.
sekurang2nya...point mu ngan mc ada jaraknya.... hhuhuhu.....make mu trophieless...huhuhh