Ini baru betul-betul comeback beb…defisit 3-1, kita balas mereka dengan 4-1. Lawan Napoli ini rasa macam lawan kat final pula. Betul-betul mendebarkan. Setiap minit, setiap babak ada suspensnya. Klimaks yang cukup mempesonakan untuk warga The Blues. Paling penting, Chelsea satu-satunya wakil tunggal England yang berjaya menyudahkan misi ke suku akhir. Tabik spring for The Pride of London !
Kesemua 4 gol memang lawa. Dalam 4 gol yang dihasilkan itu, 3 di antaranya dijaringkan oleh abang-abang otai kita. Drogba, Lampard & Terry. Sebelum perlawanan, ramai pihak yang mengatakan kuda-kuda tua ini tidak mampu untuk mempamerkan performance yang diharapkan. Hah, sekarang ini sapa yang tak boleh harap ? Mereka yang sebelum ini mentuhankan Lavezzi, mendewakan Cavani, mengagungkan Hamsik akhirnya berserah ke pangkal jalan. 3 budak naples tu tak mampu berbuat apa-apa. Nak senyumpun tak boleh sebab defensive Chelsea terlalu kental, terlampau solid. Last2 yang score hanya mamat botak berjelirkan lidah.
Oklah, berbalik kepada apa yang berlaku dalam perlawanan ini, kita tak perlu menunggu lama untuk melihat gol pertama. Bermula dari cross cun adik Ramires yang ditanduk kemas Abang Drog untuk scoreline 1-0. Beberapa minit kemudiannya, Napoli sempat juga mengasak dan membuat percubaan merbahaya namun tidak menjadi satu masalah bagi Cech untuk mengekang setiap percubaan bekas team Diego Maradona itu.
Gol kedua yang dicari, yang dinantikan tiba pada awal separuh masa kedua. Sama seperti Drogba, Terry menggunakan kepala legendnya menanduk menewaskan keeper lawan. Kedudukan semasa 2-0. Hmmm, target nampak sudah terlaksana.
Tiba-tiba, Napoli berjaya menyentapkan seketika warga Stamford Bridge dengan gol voli yang cukup luas biasa dari pemain yang berasal dari Switzerland, Gokhan Inler . Bile lawan dah score sebijik ni, rasa cemas lah juga sebab pada masa itu nampak pemain kita dah stop buat serangan sebab dah stick dengan 2 gol.
Tapi Kem Chelsea belum cepat menyerah. asakan demi asakan sentiasa dibuat ke atas kubu Napoli. Aggregat masih 3-4 dan ia belum selamat buat kem kita yang wajib mencari satu gol lagi untuk seimbangkan peluang. Perlawanan berjalan hampir ke minit 70, 20 minit lagi bakal tamat. Namun di Matteo tidak mudah berputus asa. Beliau ada strategi sendiri. Otaknya geliga. Bila dah tahu kena score lagi satu, Di Matteo terus memasukkan Torres untuk top up kan lagi attacking Chelsea.
Serang punya serang, akhirnya Chelsea dihadiahkan sepakan penalty selepas bek lawan membuat fault dengan menahan bola dengan tangan. Dan Lampard seperti biasa menyempurnkan misi penalty tersebut dengan satu rembatan kencang. 3-1, aggregat seimbang sehingga mengheretkan perlawanan ke masa tambahan.
Bile dah main extra-time ini, dalam fikiran aku ni asyik duk fikir penalty shoot-out je.
Fuh lega kerana hadirnya minit ke-105, Drogba bijak mengelirukan bek lawan dan terus mengumpan bola kepada ivanovic. Ivan yang tidak dikawal pada waktu itu dengan first touch shoot menewaskan De Sanctis. Gawang Napoli bolos kali ke-4
Napoli memang dah hilang akal dah waktu tu. Nak serang defends kita terlalu gagah. Apa yang dibuat memang tak menjadi. Hantar bola atas gagal, buat cross silang hancur. Chelsea betul-betul seperti pasukan singa yang ganas. Final countdown dibunyikan, Napoli secara dramatik tersingkir & Chelsea as expected layak ke suku akhir dengan aggregate 5-4.
Kredit 90% buat abang-abang Otai kita. Drogba, Lampard & Terry membuktikan bahawa usia tua bukan menjadi penghalang bagi mereka untuk memberikan kemenangan epic kepada Chelsea. They are our saviour. Di bawah pimpinan Di Matteo, kita nampak banyak perubahan yang drastic. Dari segi taktikal, dari segi formasi & line-up, Di Matteo memang top class. Berbeza dengan AVB, Di Matteo tidak meminggirkan pemain senior seperti Lampard. Kerana Di Matteo tahu pemain senior masih ada gunanya untuk kelab Chelsea. Jika ia berterusan macam ni, aku sokong beliau pimpin Chelsea lagi musim depan. Setuju geng ? hehe…KTBFFH.
P/S : Undian quarter final akan diumumkan esok. Tak silap aku jam 7 malam. Siapa opponent yang seterusnya ? Marseille ? Real Madrid ? Barcelona ? sama2 kita tunggu & nantikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
We down to earth urging to all Chelsea players especially the old guards keep winning week in week out & consistently fight with passion & great fight spirit. When all of it we do it with big heart, Chelsea will rule the Europe & even the world. No doubt & Chelsea remain the elite club for years to come.
We are the Great Roman Empire! KTBFFH!
RDM cool la..klu cm ni..aq pn setuju la klu dy jd manager utk season seterus nya..hahaa..best gler beb..aq x sbr nk tgk chelsea v real madrid..mst gempak pnye..aq tgk suasana stamford bridge mmg hebat la time goal 2..ivanovic is hero..and all player are hero..defend mmg mantap..syg nya peluang utk torres score 2 x tercapai..huhuhu..klu x mst ag dramastik ble torres score..
Lama gak dh aku baca n follow blog ni tapi belum pnh bg komen sbb no anonymous comment,dh register dh baru dpt bg komen..Pd
pndpt aku,secara jujurnya aku tengok pagi td,Chelsea boleh di katakan bernasib baik dpt gol ke-3 dan ke-4.Gol ke-3(handball
n penalty,dlm most cases kbnykn referee jarang bg penalty walaupun dlm box,kdg2 ref sgaja buat tak nampak n tak layan)..Gol
ke-4 plak aku fikir2 memang silap defender Napoli sbb tak marking Ivanovic (a defender in the opposite penalty-box)..dan
untuk menambahkan nasib buruk Napoli,mereka GAGAL mendapatkan gol ke-2 dlm ext time(kalah 4-2 utk Napoli pun dh cukup utk
ke Quarter Final based on away goal/s)..Lpas ni,Chelsea masih boleh up lg performance,aku bukan pesimistik ttg pluang
Chelsea ke final,tapi harap2 draw quarter final tak jumpa Barca@Real Madrid@Bayern@AC Milan@Benfica...Harap2 draw kena dgn
APOEL@O.Marseille..APOEL main OK tapi masih belum jumpa yg betul2 tough opponent n Marseille plak betul2 kire nasib baik
dpt lepas Inter Milan.
1)aku tk pernah agungkan plyer napoli..walaupun chelsea kalah di napoli bukn sbb plyer napoli tp kelekaan perthnanan chelsea..
2)ini bukan menang nasib..ini memang permainan chelsea yg sebenar..ref pg td membantu jugak..tidak berat sebelah..selalu chelsea susuh nk dpt penlti..
3)jgn cepat puji..baru 3 game memang..dah nak angkat jadi pengurus..tgok dulu sampai abis musim ni...hehe..
tgok peraturan dia mengeluarkan mata..kalau AVB dah lama kena kutuk kan..masukn bosingwa pulak..memang ada yg tak suka sebelum ni dgn bosingwa..
sejujurnya aku pun suka sbb bnyak game penting dia berjaya lakukan tugas dgn baik..piala fa dan ucl..
@far
- nak balas skit komen sedara..sebenarnya dalam match ini chelsea tidak menang nasib..kalau yg cakap chelsea mng nasib tu hanya fans lain sahaja..mungkin mereka cemburu dengan kejayaan chelsea ke quarter final ni, maklumlah team kesayangan dah pulang lebih awal, jadi banyaklah alasan2 tak bleh pakai dibangkitkan supaya dapat cari modal utk kutuk chelsea..dalam match ini chelsea kerja kuat...pihak lawan silap marking tu salah diorg..kalau nak ikutkan gol gokhan inler tupun defend chelsea tak marking betul2 juga...tak nafikan ref dalam match ni baik hati..sangat2 prihatin..utk penalti lampard tu mmg dah terang2 handball..tahan tepat2 guna tangan..takkan bile dah jadi macam tu, ref buat dono je, pura2 tak nampak..ref dalam bola sepak ni tak ramai yang bangang..kalau adepun sorg dua je...
@arul
- tak salah kalau nak puji team lawan..kita kena bersikap mesra alam, bersikap lebih terbuka..kalau ada pemain yg bagus, kita kena puji, jangan jadi bodoh sombong & hanya berpaut di tiang sendiri sahaja..dalam bola sepak, jangan terlalu taksub sangat sampai anti tak boleh nak akui kualiti seseorg pemain itu...macam napoli, mereka betul2 power..kalau tak power,takkanlah boleh main UCL..takkan boleh beat city dan layak ke knock-out round ni..skrg ni dalam liga duk kat top 4..standing atas dari inter milan...
berkenaan dengan bosingwa tu...di matteo masukkan die sebab terry ade cedera skit..kalau tak cedera, ape bangang nak kuarkan kapten yg main sangat bagus, defend hebat..so ade sebab di matteo buat sub macam tu... avb terlalu semberono...tak de sebab ape2pun die pegi tukar player bagus dgn player flop...
di matteo ada chemistry dgn player senior chelsea...terry rilek je duk kat tepi die sambil bagi tips..kalau AVB, org tak leh nak buat apa2...cuba bayangkan kalau avb still here, adakah chelsea akan layak ke quarter final & beat napoli ? di matteo mempelbagaikan benda2 yg bagus..die banyak change..kalau avb, die hanya stick dgn perkara sama..tak de perubahan..
yes that was right mr admin,kenape comment aku tak berbunyi 100% pro Chelsea?sbb aku bukan minat Chelsea.Bukan la gak arsenal,bukan gak man.Utd n bukan gak man.city,bukan gak liverpool@mana2 kelab inggeris yg jd kegilaan ramai org khususnya kat Asia ni..Aku follow pkembngn Chelsea sbb chelsea skg ni dh simpan 3 player Belgium(courtois,de bruyne,lukaku)..word 'belgium' tu je dh cukup jd hint kelab2 apa yg aku follow.Senang ckp nye mana2 kelab yg simpan player Belgium mmg aku akan peratikan pkmbngn diorg(Lille pun aku follow)..kalo Eden Hazard betul2 pegi Chelsea summer 2012 ni,sure perhatian aku ngn Chelsea n komen aku kat blog ni makin bertambah..Buleh ke mr admin kalo 'pemerhati bebas' cam aku ni tinggalkn pndpt kat sini?
http://www.youtube.com/watch?v=94hj41uC0ZA
pergh terbaek xD
sapa setuju klu lps ni chelsea v real madrid??aq confirm mst power pnye..JM mst usha player chelsea pnye..hahahaha
terry trbaek smlm...2 kli sumbat gol....power giler terrty smlm
@far
- boleh..tak de masalah, silakan..respons dari fans2 lain juga dialu-alukan di blog ini..
@Aslam
- JM kata die nak jumpe chelsea kat final,hehe..bagi akulah, better quarter final ni jumpe team2 standard macam marseille,benfica..nak lagi best, jumpe APOEL,haha...tapi kalau kita nak jadi champions, tak kira team kuat mana sekalipun termasuk barca, kita kena beat...kalau dah ditakdir jumpe barca atau real madrid kat quarter final, tak de masalah..chelsea tak gentar dengan sape2pun...hehe
@bola bola
- terry score sebijik je,hehe..dua gol tu mungkin lepas ni kot..kat quarter final,haha
padu, @KC.
Now, pada aku utk jd team terbaik, kene accept ape shj challenge yg dtg, especially jumpa Barca. Ingat UCL2009? Aku nak Chelsea revenge. Still, they can be beaten. In La Liga, kalau team pressure Barca secara dekat, konfirm akan ramai player Barca jd bodoh & kene kad. Sebab tu diorg tertinggal 10 points dgn Mardrid.
Lgpun, pengalaman & sejarah pertembungan Barca VS Chelsea selalu top class matches, kalau nk compare ManU VS Barca or even Arsenal..
We can be the winner if the way we keep maintain & imrpove play such against Napoli & Valencia.
RDM & Newton such a top top BROTHERS & Managers, Blues through & through...
@KC
xde mslh klu kita jumpa real madrid..klu kita jumpa team2 yg low..mst byk mulut yg mengata kn..ala lwn x kuat leh la..klu chelsea v real..mst kurang ckit mulut2 org 2..2 la aq tgk JM kte..dy ske klu lwn gan chelsea..player real pn ckp cm 2..barca ni gye je lebih..tp pe pn xde..mereka harap pd messo je..klu messo injured..mmg ssh la depa..
Kalau lawan Barca atau Real atau Bayern, Chelsea akan untung gila babi, kalau menang lagi la kan.
Hak siaran lagi, stage by stage winning money lg, media sume hentam/sokong Chelsea lg, famous gile.
Team yg managerless tp GEMPAK, huhuh.
Sebana2 Chelsea masih kat QuarterFinals UCL? layan je la.. Hahah
amat berbangga kerana Chelsea adalah wakil tunggal England skrg nie yang layak ke pusingan seterusnya...harap2 chelsea berjaya,sama sprti smgt yg ditunjukkan akhir2 nie....