Menjelang pertembungan penting menentang Napoli malam ini, elok juga aku ceritakan serba sedikit mengenai sejarah kelab bola sepak mereka.
Napoli ditubuhkan pada tahun 1926. Pada waktu itu mereka dipanggil AC Napoli namun ada sedikit masalah yang berlaku pada tahun 2004 yang memaksa mereka menukarkan nama AC Napoli kepada SSC Napoli iaitu Società Sportiva Calcio Napoli. Jika Chelsea mempunyai nickname The Blues, maka mereka juga mempunyai nama samaran tersendiri iaitu Azzuri. Napoli atau dalam bahasa inggerisnya Naples merupakan bandar kedua terbesar di Itali selepas bandar Milan. Jika sebut pasal Itali, sebut pasal Serie A, tentu ada di antara kita yang tidak akan lepas pandang dengan dua adik beradik Milan iaitu Inter & AC Milan. Tapi anda harus ingat, kelab Napoli ketika ini mempunyai penonton yang paling ramai datang ke stadium. Oh ya lupa nak bagitahu yang mereka juga pernah memenangi kejuaraan Seria A sebanyak dua kali (1986-87 dan 1989-90).
hand of god
Aku percaya kekuatan Napoli musim ini sangat bergantung kepada Hamsik, Cavani & Lavezzi. Tidah hairanlan gabungan mereka bertiga telah menghasilkan 49 gol berbanding kombinasi Sturridge, Drogba & Torres yang hanya mencapai setakat 27 gol. Selepas Inter Milan tersingkir awal pagi tadi, maka wakil Itali kini tinggal lagi dua. AC Milan & Napoli. Nasib kem Itali mungkin lebih baik dari kem England yang hanya tinggal seorang sahaja wakil iaitu Chelsea. Arsenal telah disingkir dengan jayanya minggu lepas. Tapi lebih memeritkan ialah dua beradik Manchester pulang lebih awal apabila mereka kalah di peringkat groupstage lagi.
Oklah berbalik kepada point utama, seperti yang diketahui umum, Chelsea tumbang 3-1 di Naples pada 1st leg. Jadi menjelang pertembungan 2nd leg malam ini, kita memang wajib menang dan menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol untuk layak ke peringkat yang seterusnya.
Bila bercakap pasal layak atau tidak, aku rasa peratus qualify ke quarter final mungkin memihak sedikit kepada Napoli. Mereka ada dua gol advantage dan tekanan sudah pasti dirasai oleh pasukan kita. Cuma,....cuma, peluang untuk Chelsea mara itu masih ada sebenarnya. Kita masih berpeluang untuk layak. Dengan syarat, mudah. Serang dan score gol. Target utama dua gol tapi aku rasa kita harus score lebih dari itu. 2 gol masih belum selamat lagi beb, Napoli team laju, team yang bijak counter-attack. Mereka bila-bila sahaja boleh menyamakan kedudukan balik jika kita berjaya score nanti. Tengok sahajalah formasi mereka 3-4-3, adakah mereka akan bertahan 100% ? aku rasa tidak. Pasukan seperti Napoli ini mana reti nak buat taktikal parking bus macam Stoke. Filosofi mereka ialah serang. Last game, mereka menang 6-3 dengan Cagliari.
Harapan aku macam biasa mahu tengok Chelsea menang. Tidak kisah kalau main cantik ke main ugly ke yang penting menang. Bola sepak sekarang memang kejam. Pengadilpun ada yang boleh percaya & ada yang tak boleh percaya. Perlawanan sebegini mungkin akan ada babak2 bias dari linceman mahupun ref. Aku masih terkenang dengan apa yang berlaku pada 4 tahun lepas. Semi final lawan Barca. Angkara pengadil, kita tersingkir. Aku pasti akan ada ramai pihak yang mahu melihat semua wakil England tersingkir dalam saingan pusingan kalah mati ini.So, berwaspada sahajalah jika berlaku perkarayang tidak diingini.
Boas sudah tiada tapi Drogba ada
Perjuangan masih belum selesai. Selagi perlawanan tidak tamat, selagi itu kita kena guna kudrat 101% untuk mengasak pihak lawan. Sokongan padu dari warga Stamford Bridge amat diperlukan. Tidak ada yang mustahil jika anda berpegang teguh dengan motto seperti ini "In Football Anything Can Happen." Defisit 2 gol sahaja, apa yang nak dirisaukan. RDM ada resipi yang terbaik. Keep the faith & keep believe.
KTBFFH.
P/S : Jangan lupa game start pada jam 3.45 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 812. Untuk HD, sila tekan 832.
Napoli can be beaten. The big reason is we have GOOD players too.
My Formation (hopefully);
----------------Cech---------------
Iva------Cahill------JT--------Cole
--------Ramires-----Essien---------
----------------Mata---------------
Sturridge---------------------Kalou
----------------Drogba-------------
Super Sub: Lampard / Torres / Luiz
4-3-2-1 ? hmmmm..drogba 1st starter, torres sub satu strategi yg bagus... cume drogba ni, aku risau satu benda je ialah die jenis striker yg lambat panas...harap awal game die dah aggresif..lawan stoke, first half die slow..second half power balik... paling penting, tengah supply ball kepada striker... harap game lawan valencia kat SB yg chelsea menang 3-0 hari tu berulang kembali pagi esok...itu game terbaik AVB bersama chelsea..
Kalau ko perasan, KC, Ramires main LWG beb. Haha. Superb Cross as well.
what a turn around game! Hail Chelsea!!