Pelepasan ban kapten skuad England tidak membuatkan Terry berputus asa dan kecewa.Terry berasa berbesar hati dan terharu kerana kebanyakan penyokong Chelsea masih lagi menyokongnya dari belakang.
"Sebagai seorang manusia biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta peminat saya.Ini menjadi hari yang paling mengharukan kepada saya dan sokongan hebat dari mereka semua selama 2 minggu kebelakangan ini sangat hebat.Ini pastinya menjadikan persembahan dan prestasi saya semakin meningkat dan saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada mereka semua," kata Terry
Selain itu, bekas pengurus kesayangan Chelsea selama-lamanya iaitu Jose Mourinho mengatakan bahawa dia tetap menyokong Terry walau apa-apapun yang terjadi dan Mourinho menegaskan lagi bahawa Terry tetap selama-lamanya kapten di Chelsea dan juga England.
"Saya memberikan ban kapten kepada JT di Chelsea dan pada masa itu tidak banyak yang berubah ketika saya memberikan ban kapten kepada Zanetti di sini(Inter).Saya datang, berbincang dan mengetahui bahawa ada dua pemain yang sangat sesuai menjadi ketua.Salah satunya ialah Terry dan selain itu ialah Frank Lampard.Dan saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat," ujar Mourinho.
betol ke tuh..bukan kene ejek jer memanjang sebab kes baru2 neh
memang kena ejek bro....tapi kena boo dengan fans kelab lainlah..fans chelsea masih support terry wlpn ape yg berlaku....
giler arh..takkan fans sendiri nak ejek,ape ar...
gua dah muak orang bilang pasal2 kes ni, macam la masing2 tu angel...
there's only one captain for me, and our Chelsea... and he is JT.