Selepas match post-poned januari lalu, kali ini match ini kembali lagi dan ia tidak lagi ditunda kerana esok jam 3.40 pagi tiada lagi salji tebal yang mengganas di stadium Kingstone.Chelsea baru sahaja mengekalkan rekod sekarang ini dengan 4 perlawanan dengan 4 kemenangan dan beberapa hari yang lepas Chelsea berjaya mengutip mata penuh ketika menewaskan Burnley 2-1.Sekarang ini Chelsea masih berada sebagai pendahulu liga dengan berbekalkan 1 mata mendahului pencabar terdekat ManUited yang menang 3-1 dengan Arsenal tetapi jika kita berjaya menewaskan Hull City pagi nanti, kita akan meninggalkan ManUnited dengan berada 4 mata di hadapan.
Lihat siapa kembali pagi nanti ? Hehe King Of Goal is Back, there is Didi.Drogba akan bersiap sedia sekali lagi untuk menghancurkan Hull City selepas tahun lepas dalam perlawanan pembukaan EPL 2009/2010, 2 gol jaringannya telah menghancurkan Hull di halaman StamFord Bridge.Mungkin malam ini Drogba bersedia untuk score hatrik plak.Tapi sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada barisan chelsea kita kerana dengan ketiadaan Drogba,Kalou,Mikel dan Essien, kita masih berjaya mencatat kemenangan hebat tanpa mereka.
Berita paling panas dan terhangat sekarang ini di England pastinya berita skandal ketua kita, Terry dengan teman wanita Wayne Bridge.Berita buruk ini diharap tidak akan menjejaskan prestasi Chelsea dalam menetang Hull pagi nanti.Komen aku ialah biarlah Terry dan pihak-pihak yang terlibat menyelesaikan masalah mereka itu sendiri dan kita sebagai penyokong setia Chelsea hendaklah menyokong player kita dan ketua pasukan kita walaupun dia telah melakukan kesilapan sejahat manapun.Di luar keadaan yang berbeza dan begitu juga dengan di atas padang.Bagi aku, Terry masih lagi kapten Chelsea dan kapten England selama-lamanya walaupun sekarang ini Capello dengar khabar nak tarik balik jawatan kapten England dari Terry.Ada aku kesah ? haha.
Barisan Line-Up untuk Chelsea pagi nanti aku tak nak ulas banyak la sebab line-up seperti biasa Ancelotti akan gunakan formasi 4-4-2 apabila Drogba sudah berada dalam skuad chelsea.Sebelum ini tanpa Drogba, Ancelotti telah menggunakan formasi 4-3-3.Pastinya formasi Diamond is back when Didi is back.Didi pastinya akan bekerjasama balik dengan team-mates, Anelka.Di bahagian pertahanan, Terry akan berganding dengan Carvalho dan dua lagi ialah Ivanovic dan Ashley Cole sebagai pemain sayap bergerak.Kalau Ashley Cole tak main malam ini, tempatnya akan digantikan dengan Zhirkov.Sebab bace news tadi, Ancelotti masih ragu-ragu untuk turunkan Ashley Cole pagi nanti coz die sekarang ini ade cedera sikit.Zhirkov player yang serba boleh, dia boleh main di posisi defend sayap dan juga midfielder sayap bergerak jugakBahagian midfield pastinya Ancelotti akan letak Lampard sebagai playmarker dan Ballack sebagai midfielder defensive.Attacking MDF pastinya Malouda dan Joe Cole.Kalou pula mungkin juga akan beraksi malam ini.
P/S : Hull berada di kedudukan top 19 bottom of the league.So pendapat aku ialah kita seperti biasa jangan memandang rendah keupayaan mereka.Beberapa hari yang lepas, kita hampir seri dengan Burnley yang juga top 3 bottom of the league.Kadang-kadang team lemah akan mempamerkan aksi hebat ketika menetang team hebat dan aku berharap ia tidak akan berlaku malam ini.
Menjelang Menetang Hull City Malam Ini : Didi Kembali Untuk Hancurkan Hull Sekali Lagi
Posted by
KampungChelsea
On
Tuesday, February 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
go go chelsea !!! rasenyer empat gol kena tibai degan chlsi nantie...
eh, ESPN ada ambik live tak..?
takde dlm program pun gua tengok tadi, Skysports pun tak cover game ni...
erm tul jgk,rasenyey espn xamik live sebab tgk fixture match chelsea kat laman web chelseafc tu,ade penaja lain yg taja match pagi ni,
tapi tgk iklan kat channel espn tu, pagi ni mmg konfem la ade live hull lwn chelsea
ade live la bro2 kat espn...3.45 pagiey
weh umar,tul ke ancelotti akan gune formasi 4-4-2 ni, bukan ke die nak gune 4-3-3 lawan hull
edwin,biler drogba dah balik,xkan nak stay gune 4-3-3, kalau gune 4-3-3,konfem anelka tak main...kalau anelka ade,drogbapun ade,ancelotti kena gune formasi diamond balik aiatu 4-4-2...anelka xleh jadi mdf attacker utk 4-3-3...so ancelotti mesti akan gune formasi 4-4-2...aku tahu la formasi 4-3-3 chelsea skrg ni baguih tapi drogba dah balik n die kena feat dengan anelka..so beter 4-4-2 than 4-3-3