Menjelang menetang Arsenal hari Ahad ini, pastinya korang tak sabar-sabar nak tengok team kita belasah "kaw2" punyer team sengal ni.Drogba dah balik dan tak lame lagi Essienpun mungkin akan "pulang ke rumah" jugak nanti.Persoalan aku ialah apekah formasi pilihan yang lebih sesuai dan mantap untuk berhadapan dan untuk menjinakkan barisan mentah dalam match big four ahad ini ?
Formasi 4-3-3 atau 4-4-2 ? Ancelotti fikir-fikir betul....
4-3-3
-Biler Drogba,Essien,Mikel dan Kalou sedang berada di Angola, Ancelotti telah menggunakan akal dan fikirannya yang bijak itu dengan menukarkan formasi diamond kepada formasi "Golden Strike" iaitu formasi 4-3-3.Formasi 4-3-3 ini yang mana ia bercorakkan formasi serangan tanpa henti dari jentera pertahanan sehinggalah kepada jentera serangan.Taktik formasi ini nampaknya sungguh berhasil dan berjaya.Dalam match menetang Watford,Sunderland,Preston,Birmingham kita berjaya mencatat kemenangan yang sangat besar.17 gol dalam keempat-empat perlawanan tersebut telah menunjukkan betapa hebatnya dan berjayanya formasi 4-3-3 ini.Joe Cole,Malouda berada sebagai midfielder attacking dalam formasi ini dan ia nampak membuahkan hasil.Kedua-dua player ini juga memainkan peranan penting dalam memudahkan serangan gol kepada Anelka yang bertindak sebagai striker solid.Di barisan midfielder pulak, Ballack yang menggantikan posisi Essien bertindak sebagai mdf defensif, manakala Ancelotti meletakkan Zhirkov sebagai midfielder winger dan defensive dan Lampard sebagai midfielder playmarker.Namun persoalannya adakah formasi ini menjadi jika kita gunakannya ketika berhadapan dengan team big three pada hari ahad ini ?
4-4-2
-Pastinya akan digunakan oleh Ancelotti jika Drogba dan Essien berada di atas padang.Formasi ini sangat penting dan menjadi ketika kita berhadapan dengan team big three iaitu Arsenal,MU dan juga Liverpool.Untuk pengetahuan korang, Sengal memiliki player2 yang sangat pantas,bijak dan muda.Untuk menewaskan diorang ini, wajib kita gunakan formasi 4-4-2 ini.Ape kelebihan formasi ini sebenarnya ? Kelebihannya ialah formasi ini lebih mengutamakan barisan midfielder.Untuk menang dengan team big three, perlu meng"perfect"kan di barisan tengah.Dan untuk menewaskan barisan budak mentah ni, kita memerlukan tiga aspek utama iaitu Experience,Kekuatan Fizikal dan bijak.Sekarang ini kita sudah ade pengalaman, so kita kena upgradekan pada bahagian aspek fizikal dan kebijaksanaan di barisan tengah.Di barisan striker, Drogba wajib feat dengan Anelka.Di barisan tengah pula, aku mengesyorkan Ballack still jadi midfielder defensif dan Lampard sebagai playmarker utama.Bahagian midfielder winger, Malouda dan Joe Cole patut amik posisi ini dan bermain hari ahad ini.
Mengenai pertahanan, aku tak nak ulas dan cakap banyak coz kita dah mantap dah di barisan ini.Aku harap Ancelotti akan menurunkan Alex di barisan pertahanan solid dan berganding dengan Terry pada hari ahad ini.Di samping Ivanovic dan Ashley Cole jadi defensif winger.
P/S : Conclusionnya macam nilah, time lawan team cam Sengal,Mankayu dan Liverfool kita gune 4-4-2 manakala lawan team slow2 cam Bolton,Wigan gunelah 4-3-3 tu kalau gian nak gune sangat.
Menjelang Menetang Sengal : 4-3-3 Atau 4-4-2 ?
Posted by
KampungChelsea
On
Friday, February 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yeahh aku mmg mngesyorkan supaya chelsea men 442 ari ahad nih.. hopefully ia berkesan utk menundukkan barisan arsengal..