Chelsea kalah 2-1 dan lebih memeritkan dan memedihkan hati aku ialah result STPM aku teruk.Tak tahu nak cakap ape lah.
Ok, back to the match ni balik...Ape yang berlaku ?
Aku langung tidak terkejut dengan gol awal oleh Diego Militto yang hadir seawal minit ke 3.Pada masa itu dalam fikiran aku ade satu je, "Camnerlah result STPM aku pukul 10 pagi nanti".
Mata aku seolah-olah tidak bermaya untuk melihat lagi match ini kerana aku tidak biasa bangun pagi tengok bola dan aku tidak suka nak tengok bola kalau ayam kat rumah aku belum lagi berkokok.
Tapi chelsea punyer psal, aku sanggup celik mata aku sampai pukul 6 pagi.First half sangat membosankan.Drogba ade satu chance terbaik dalam firs half tetapi free kick die kena palang gol.Kita dah berjaya menguasai sedikit permainan namun tak dapat nak buat attacking dengan baik.Peluang terbaik memang tak der.Dan seingat aku sebelum ref tiup wisel penamat untuk first half, Kalou ade satu peluang bagus nak score tapi dia terjatuh dan terlolong-lolong nak suruh ref bagi penalti kat chelsea.
Kalou yang bermain entah ape entah di first half secara tetiba berjaya menjaringkan gol penyamaan buat chelsea pda minit ke 51.Kalou juga harus berterima kasih kepada Ivanovic yang bergerak laju ke kotak penalti dan menghantar bola kepadanya dan Kalou menyudahkan hantaran Ivanovic itu dengan 1 touch n 1 gol.
Tak sampai 5 minit lepas kalou score, esteban cambiasso menyelamatkan inter dengan 2 shoot , pertama diblok oleh Ivanovic dan satu lagi berjaya menerjah gawang chelsea.
Berita buruk Cech terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di kakinya.Selepas 2 kali dia dibolosi oleh pemain2 inter dalam match ini, dia terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Hilario.
Aku pelik dan hairan kenapa Ancelotti tidak menurunkan Joe Cole dan Kenapa Ancelotti menggantikan Kalou dengan Sturridge.Kenapa tidak menggantikan Kalou dengan Joe Cole ? Sturridge tidak membawa kebaikan langung dalam match ini.Joe Cole walaupun finishing die kureng skit tapi skill dan passing die masih berbisa.Joe Cole pemain yang sangat talented dan rajin.Yang penting die ade experience dalam UCl tapi kenapa Ancelotti berfikiran sedikit bongok dengan memasukkan Sturridge yang tidak ada pengalaman langung dalam UCL.Experience makes different and it will become the winner.
Selepas itu Chelsea terus menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan dan peluang terbaik sekali lagi hadir apabila hantaran cantik oleh Anelka kepada Lampard namun Lampard seperti biasa mensia-siakan peluang tersebut dan Cesar berjaya menghalang percubaan dari lampard itu.
Secara kesluruhannya Chelsea tidaklah kalah teruk sangat.Dan aku sudah menjangkakan keputusan ini.Dah berapa kali aku cakap, bukannya mudah nak menang di Inter.Walaupun kalah 2-1 tetapi harus diingat Chelsea akan melayan kunjungan Inter dalam second leg nanti di Stamford Bridge.Jadi kepada team Inter Milan, korang perlu berwaspada dengan ancaman dan amukan di Stamford Bridge pulak.Dalam second leg, kita just need 1 gol je iaitu 1-0 untuk layak ke suku akhir UCL kerana kita ada advantage gol away kita di San Siro semalam.Tapi masalahnya adakah chelsea mahu 1 gol je nanti dan terus defend, impossible beb.Kita pasti akan belasah inter seperti kita membelasah team Sunderland 7-2 di Stamford Bridge.Pada masa itu Essien dan Zhirkov bersiap sedia untuk menghancurkan barisan The Special One, dan korang tunggulah detik2 kebangkitan Chelsea di SB nanti wahai Inter dan Mourinho.
P/S : Result STPM aku teruk...Apelah nasib aku lepas ni ?....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ko pegi tanam padi jela dkat depan KLCC.Ok gak tu,untung2 leh kaye sbb org lalu depan tu ramai..
bro... leh sambung ke U ke?
kalau leh sambung la study..
kalau tak leh... keje je la..
dunia belum berahkir...
kat SB nanti kita menang la
jgn risau