Captain Jack Sparrow, Terry mengaku bahawa dia bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku ketika Everton memperolehi 2 gol minggu lepas yang menyebabkan Chelsea terpaksa menerima kekalahan ke-4 musim ini di dalam liga.
"Kami berhadapan dengan Everton dan terpaksa menerima kekalahan yang teruk.Secara peribadi, saya mengaku bahawa kedua-dua gol yang diperolehi oleh Everton terhasil daripada kesilapan saya sendiri.Dan saya mengetahui bahawa pada masa itu tidak ada seorangpun pemain kami yang menghampiri penyokong kami dan saya sekali lagi ingin memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.Bermula sekarang, dalam apa-apapun perlawanan, kami akan pastikan yang kami akan setiasa menghampiri penyokong kami dan memberikan terpukan kepada mereka juga.
Walaupun semalam Chelsea baru sahaja menang 4-1 dengan Cardiff dalam saingan piala FA namun Terry menyatakan bahawa skuad Chelsea perlu beraksi hebat juga di luar halaman sendiri(Stamford Bridge).
"Kami beraksi hebat di gelanggang sendiri tetapi jika ingin mendapat trofi Liga Perdana Inggeris, kami perlu memperbaiki persembahan kami di gelanggang lawan.Untuk kali ketiga atau keempat, kami selalu gagal menjarakkan mata kami dengan ManUnited ketika mereka juga meraih keputusan yang tidak baik," ujar Terry lagi.
~kau tetap di hatiku...~
betul betul betul...!!!
match Cl nanti de live tak...