LONDON: John Terry membidas rakan sepasukan Chelsea di atas kekurangan semangat berjuang dan kesungguhan yang menjadi punca mereka kecundang kepada Wigan, Sabtu lalu dan mahu sifat itu dikikis apabila menentang APOEL Nicosia dalam Liga Juara-Juara Eropah, esok.
“Apa yang diharapkan adalah setiap pemain bekerja keras dan berjuang dan kami tidak melakukannya ketika menentang Wigan,” kata ketua pasukan The Blues itu.
Dia menambah Chelsea gagal untuk memenangi aspek tandukan dan juga tidak banyak mengatasi lawan dari segi rempuhan dan pada firasatnya ia cukup mudah untuk merumuskan kekalahan tempoh hari.
“Apabila anda hadir di tempat seperti ini anda harus mengimbang kegigihan lawan. Seluruh pasukan gagal pada hari itu dan ia amat mengecewakan untuk pasukan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Go Chelsea go..