|
|
LONDON - Michael Ballack (gambar) membawa satu lagi krisis kepada Chelsea apabila dia mendedahkan bakal meninggalkan kelab itu penghujung musim ini.
Hanya beberapa jam selepas The Blues dikenakan hukuman larangan menandatangani pemain baru sehingga Januari 2011, Ballack mengancam untuk meninggalkan Stamford Bridge.
Pemain tengah kebangsaan Jerman berusia 33 tahun itu ketika ini dalam tahun terakhir kontraknya bersama Chelsea dengan gaji £130,000 (RM751,189) seminggu.
Sehingga kini, Chelsea masih belum membuka pintu perbincangan untuk Ballack ditawarkan kontrak baru.
"Saya akan buat keputusan selepas Piala Dunia 2010 sama ada saya akan terus bermain atau memilih untuk bersara.
"Saya hanya akan terus bermain selagi saya masih berasa seronok dan mempunyai cita-cita dalam sukan ini," kata Ballack. - Agensi
p/s: ballack ni bagus juga n rugi kalau chelsea lepaskan dia pergi macam tu... come on chelsea twarkan kontrak baru....jgn bagi pemain2 bintang tinggalkan chelsea...(sumber:kosmo)
0 Response to 'Ballack ancam tukar haluan'