LONDON - Frank Lampard percaya keengganan Fabio Capello menerima alasan 'tidak menyerlah' akan memastikan England mengesahkan tempat ke Piala Dunia jika menang ke atas Croatia, esok.
Skuad Capello kurang tiga mata untuk ke pusingan akhir di Afrika Selatan 2010 selepas merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan.
Walaupun England kelihatan berprestasi baik menjelang pertembungan di Wembley dengan Croatia, Lampard yakin Capello tetap mahukan lebih lagi daripada pasukannya.
Jurulatih itu yang bimbang dengan kemerosotan tumpuan dan kealpaan pertahanan di sepanjang perlawanan persahabatan dengan Slovenia, Sabtu lalu segera memaklumkan kesilapan yang dilakukan oleh para pemainnya.
Lampard menjangkakan fokus penuh para pemain akan memastikan tidak berulang insiden kekalahan mengejut 2-3 kepada Croatia di Wembley dua tahun lalu, yang menyekat England layak ke Euro 2008.
"Kami semua faham apabila kami membuat kesilapan. Kami tahu apa yang pengurus suka dan perkara yang dia tidak boleh terima. Dia mahu kami membetulkannya dan kami berusaha sekuat mungkin.
"Dia sama sekali tidak gembira dengan perlawanan Sabtu lalu. Anda boleh lihat dia sempurna dengan cara dia bekerja. Atas sebab itulah dia berada di sini, juga kejayaan-kejayaan yang pernah dicapainya.
"Walaupun pada kami persembahan yang diberikan sudah cukup baik tetapi rakaman video selepas itu akan akan menunjukkan aspek mana sepatutnya mampu ditingkatkan.
"Ia salah satu perkara yang menyebabkan kami semakin meningkat banyak kali,'' kata Lampard.
England kembali pulih hasil sentuhan Capello sejak pasukan itu gagal layak ke Euro 2008.
Bekas pengurus AC Milan itu menyalakan semula minat para pemain untuk beraksi di peringkat antarabangsa apabila dia menukar England daripada pasukan yang tidak membawa apa-apa kepada pasukan yang digeruni.
Pada awalnya, perlawanan melibatkan England sedikit terjejas dengan ejekan penyokong kerana pemain beraksi di bawah keupayaan dengan para pemain seperti Lampard dan Ashley Cole menerima ejekan lebih teruk.
Namun, Capello telah mengubah semua itu dengan menjadikan para pemainnya yakin terhadap kemampuan sendiri untuk mewujudkan unit bersepadu.
"Saya rasa kritikan adalah budaya moden. Ia agak malang namun sebagai pemain kami harus menerimanya.
"Saya pernah melaluinya. Ashley juga pernah mengalaminya. Namun, faedahnya anda telah melaluinya, menjadikan anda semakin tabah.
"Semangat kami lebih kuat hari ini. Saya tidak pernah kenal pasukan yang amat yakin untuk mengharungi sesuatu perlawanan, mahukan kemenangan dan mahukan perlawanan seterusnya,'' kata Lampard.
Croatia, yang akan turun tanpa pemain tengah Luka Modric yang cedera dan Vedran Corluka yang digantung, hanya ketinggalan satu mata kepada England jika mereka menang esok.
Namun, pasukan bimbingan Slaven Bilic beraksi lebih satu perlawanan berbanding skuad Capello, yang masih ada dua perlawanan iaitu menentang Ukraine dan Belarus, jadi England masih pasukan pilihan untuk layak sekalipun jika mereka gagal mengalahkan Croatia
Menjelang Menetang Croatia Malam Ini : Lampard Akur Capello Mahu Terbaik(UTUSAN)
Posted by
KampungChelsea
On
Wednesday, September 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Menjelang Menetang Croatia Malam Ini : Lampard Akur Capello Mahu Terbaik(UTUSAN)'