Swansea 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, November 04, 2012

Minggu ini Chelsea drop point lagi & terpaksa berpuas hati dengan hanya 1 mata.

Perlawanan berlangsung agak sengit, yang mana dua2 team saling mengasak & Chelsea terlebih dahulu mengungguli permainan menerusi tandukan Moses namun Swansea berjaya mendapat gol penyamaan melalui pemain tengah mereka iaitu Pablo Hernandez.

Gol lewat Swansea itu menyebabkan Chelsea gagal merampas kedudukan pendahulu liga dari Manchester United.

Analisis Perlawanan

  •  Tanpa Juan Mata yang cedera, kita kurang luck. Jika Mata ada, rasanya Chelsea boleh menjaringkan lebih dari 2/3 gol & memenangi perlawanan. 
  •  Kombinasi Moses-Oscar-Hazard sama hebat seperti kombinasi Mata-Oscar-Hazard. Moses seperti "predator" dengan lariannya yang pantas serta kerap mengasak kubu lawan.
  •  Cuma attacking Chelsea memang bermasalah kalau ada pemain yang no 9 itu. Letaklah Zidane ke, Pirlo ke, George Best ke di bahagian tengah, kalau pemain no 9 itu flop, memang tak boleh buat apa2 juga. Attacking Chelsea kurang menyengat kerana adanya pemain no 9 itu.
  •  Cech menyelamatkan beberapa percubaan & untuk gol penyamaan Swansea itu, sukar untuk dia tepis kerana ia satu shoot yang berkualiti dari Pablo Hernandez.
  •  Dengan David Luiz yang mengalami kecederaan hamstring, memaksa Ivanovic kembali ke posisi bek tengah bergandingan dengan Cahill, manakala untuk posisi sayap diambil oleh Azpilicueta yang membuat penampilan pertamanya di EPL. Azpilicueta banyak naik atas untuk membuat over lapping namun cross dia tak semantap Ivanovic.  Cahill pula seperti "striker" lebih2 lagi jika dia berada di area lawan. Setiap set-piece yang dibuat, Cahill sentiasa berada dalam posisi yang betul untuk score gol. Sebagai bukti kita boleh tengok, corner kick Hazard yang ditanduk tepat Cahill & kemudiannnya disudahkan Moses melalui dua combo header dalam membikin 1 gol.
  •  Romeu juga membuat penampilan pertamanya musim ni dalam saingan liga, bergandingan dengan Mikel. Namun bahagian tengah tak kreatif, tidak berfungsi kerana tiada persefahaman dari dua player itu sehinggalah RDM memasukkan Ramires, manakala Mikel digantikan dengan Sturridge supaya attacking menjadi lebih aggresif & jitu.

Habits

- Kerap bolos pada last2 minit. Inilah yang sering terjadi kepada Chelsea. Sejak dari zaman JM lagi, habits ini tak boleh nak diubah. Lawan Swansea, aku tengok RDM nak stick dengan 1 gol, padahal advantage 1 gol tak cukup selesa untuk kita survive sampai 90 minit.


Bila sudah masuk lingkungan minit 70-80, player kita sedikit leka, ye lah sebab sudah leading 1 gol. Swansea bukan team yang cap ayam, mereka bila2 masa boleh counter balik.

Teramatlah kecewa dengan situasi seperti ini. Kita control game, tapi dengan hanya sedikit kesilapan di bahagian defensive menyebabkan lawan mendapat gol & menafikan 3 mata penuh yang sepatutnya kita perolehi.

Kata RDM :

"I thought we had a little more of the game and more clear chances than Swansea. When the opposition equalise late on you always feel it is a bit unlucky."

Ketiadaan JT

- Tak nafikan tanpa Terry, kita sedikit pincang di bahagian pertahanan. Tengoklah sejak Terry tiada, sudah banyak kali kita bolos.

Terry kapten yang berinspirasi, motivated player. Dalam situasi genting, dia ada dalam saat yang kita perlukan.

RDM pun bagitahu yang beliau "feeling of Terry absence"

Marin oh Marin, di manakah kau ?


Hazard dibeli dengan harga 32 juta pound, Mata 23 juta manakala Oscar 25 juta. Hazard-Mata-Oscar dibeli dengan harga mahal & sering beraksi dalam kesebelasan utama. Tapi kenapa Marin "tidak dilayan" seperti mereka bertiga ?

Dibeli dengan harga murah 7 juta pound, adakah ini menyebabkan Marin semakin dipinggirkan ? Aku tertanya-tanya kedatangan Marin ini sekadar untuk memanaskan bangku simpanan atau sebaliknya ?

Semalam Marin ada di bangku simpanan. Aku ingatkan RDM nak turunkan dia pada pertengahan babak permainan, tapi sebaliknya pemain lain yang masuk.

Marin seorang pemain yang hebat, sama hebat dengan Mata. Dia seorang "game changer". Penyokong Jerman ada yang panggilnya "Messi German" kerana kelincahannya serta skill yang unik dalam membuli bek2 lawan dengan. Kecil2 cili padi.

RDM patut beri peluang pula kepada Marin untuk dia tonjolkan bakatnya. Sayang kalau potentialnya hanya dilihat di bangku simpanan. Tak semesinya harga murah tak berbaloi & tak semestinya harga murah harus dilayan dengan cara yang berbeza.

Konklusi :


Game yang sepatutnya boleh menang tapi seri. Secara keseluruhannya aku kaji, ada 1/2 player yang perform hambar telah efek satu team punya perfomance. Pemain itu aku perhati banyak kali juga dia beraksi teruk. Tiap2 game main & tiap2 game juga tak nampak apa2 function yang dia buat untuk team. Dia lebih banyak menyalurkan sumbangang dari sumbangan.

Seri dengan Swansea ini menyebabkan Chelsea turun ke posisi kedua dengan 23 mata, 1 mata sahaja beza dengan pendahulu liga MU. Kita bernasib baik juga kerana City seri dengan West Ham yang meletakkan mereka di tangga ke-3 dengan 22 mata.


10 Response to 'Swansea 1 Chelsea 1'

  1. estilo2707 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352011852100#c4157726731292650229'> November 4, 2012 at 2:50 PM

    Bkn nk backing no 9 tu... die ade gak sumbangan yang orang tak nampak... knape bile die skrg tak skor, orang asik keji, dan bile die skor, orang puji... boleh nampak die dah cuba bemain dengan midfield, cuma midfield xnak men dengan die... kalau kata moses men ok, brapa kali la die sbg midfield/winger pass bola pd striker... klu kate bubuh striker lain, persoalan die, boleh ke striker tu adapt dgn midfield kita yg jarang nk pass bola, yang gentel bola lame2, n yg suka shoot sndri dr pass bola kpd striker... dn masalah ni bkn dgn no 9 tu je, time King DD ade pn jd, sbb tu Anceloti kne pecat sbb x perform 2nd season dlu....

     

  2. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352015613664#c1377803294787957092'> November 4, 2012 at 3:53 PM

    @estilo2707
    = perfomance bagus ni bukan dinilai dari segi dia score gol atau tak... tapi cara dia perform atas padang itu macam mana..kalau tak score gol tak membawa erti dia perform teruk, cume biarlah dia sumbang something dalam every game, contoh macam dia bagi assist ke atau buat set-up beberapa peluang kepada team-mates.

    so dalam situasi skrg, torres memang xde dua aspek itu... score gol pun x, assist pun x... dia hanya bermain macam typical striker..walhal dia top class striker.

    sudah 3 musim torres di chelsea & kita tak boleh bagi alasan xde player support die ke ape ke... ape yg aku nampak torres ni ialah dia kerap sia2kan peluang utk score.. kadang2 dalam satu game tu, sampai 7/8 peluang baru dapat score gol.

    musim lepas aku banyak puji dia, bukan atas dia score gol atau tak, tapi cara dia perform itu bagus... dan dia juga ada banyak bagi assist..

    aku jadi hilang respect dengan torres ni after dia press conference hari itu, bagitahu kat sidang media tentang luahan hati dia yg kecewa xbanyak main pd musim lepas...padahal benda itu berlaku kat semua player..dan nampak dia tak hormati dengan decision coach..hanya support team kalau diberi peluang main, kalau x main, tak nak support team..

    dan soal player lain xnak passing kat dia tu aku rasa ia bukan alasan kenapa torres perform teruk.. benda tu salah dia juga...dua faktor kenapa torres susah nak score, 1)dia tak berada di posis yg betul utk score..bile winger naik atas attack, dia berada di posisi lain... 2)dia banyak sia2kan peluang.. jadi rakan sepasukannya yg lain xbleh terus bagi semua bola kat dia...macam mata, kalau dia ada peluang, dia akan pass & score..kalau peluang itu dia rasa nak shoot sorang diri apa salahnya sebab finishing die lebih bagus dari torres.

    top class striker tak boleh sentiasa berharap pada player lain je...macam falcao..aku tengok winger2 atletico madrid xde power macam winger kat chelsea, tapi boleh pulak dia score banyak gol...ini kerana falcao striker yg suka cari bola..striker yg usaha sendiri utk dapat bola & bukan mengharapkan bantuan org lain sahaja utk score..itulah yg menjadikan dia sebagai world class striker..aku selalu tgk game atletico madrid.. falcao banyak score gol hasil daripada pergerakan dia sendiri..kadang2 je dia mengharapkan passing dari player lain... pastu falcao pandai memanfaatkan peluang.. ada je peluang terbaik utk score, dia score..tapi torres, kita tengoklah peluang keemasan utk die score, dia sia2kan...

    kalau ko selalu tengok program fourfourtwo kat channel 817.. semua pengulas astro tu cakap benda yg sama macam aku cakap skrg ni..

    jangan salahkan org lain kalau perform teruk... perfomance hambar datang dari kesilapan diri sendiri... kena ingat sekarang ini sudah 3 musim, kalau flop juga, sila tuding jari kat diri sendiri... every season,player keluar player masuk, takkan nak cakap xde org support juga...striker yg hebat ialah striker yg usaha sendiri cari bola & sentiasa berada di posisi yg betul utk score gol.

     

  3. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352016964173#c1292660511969810100'> November 4, 2012 at 4:16 PM

    CA kena pecat bukan sebab drogba... kena pecat sebab musim tu chelsea tak menang apa2 trofi.. dan gagal memenangi trofi ucl.. semua bekas manager chelsea sebelum ni pun mengalami nasib yg sama sebab dua faktor itu... dan bukannya sebab drogba...

    avram grant pun kena pecat, walhal masa tu drogba perform gempak macam musim lepas...grant siap hantar chelsea ke final ucl tapi tetap kena pecat juga sebab xbagi chelsea apa2 trofi pada waktu itu.

    xleh compare torres dengan drogba sebab drogba berjiwa the blues, berdarah anak jati chelsea... sebab tu zola cakap "drogba loves chelsea, eat chelsea & torres will never replace him".

    drogba bile die perform teruk 1 game, dia akan cover balik perfomance teruk dia itu...dan semua org tahu, drogba is a key player in big games..bek lawan pun naik sheikh kalau jumpe dia..

    tapi torres ? asyik2 jatuh, sampai bek lawan pun duk fokus kat player lain sebab marking torres ni mudah macam korek taik hidung je..1 hal lagi, torres ni bila tak main skit, komplain2..komplain2... dan musim ni berapa game je dia main bagus, kebanyakannya perform teruk yg telah efek 1 team punya perfomance.

     

  4. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352017030219#c5775711503900384611'> November 4, 2012 at 4:17 PM

    marin oh marin dmana ka dikau ...

    marin sebelum cedera lagi ...skrg ni da fit cuma RDM belum lagi rasa sesuai utk marin buat penampilan pertama ;) ....

    aku pun kecewa ga semalam tgk live tu baik awal tidur dgn bini aku lagi best ;) hahahahahhaah

    x pe la da nasib macam tu ....

    cesar mmg x semantap iva ....tp cesar mmg da bole ganti tpt iva tu sedikit masa lagi .....

    mmg ketiadaan JT bahagian defender mmg teruk .setiap game bolos....

    akhirnya JT da kembali semula utk meneraju chelsea menentang shaktar heheheheh


    lain2 aku malas nak komen kali ni..tunggu da lihat lepas game shaktar kita akan bangkit atau akan tersingkir awal dr group stage sbb juve pun msh ada peluang utk naik ke tangga ke-2 dan kita blh drop ke tangga ke-3 da keluar dari saingan UCL

     

  5. Mahlan ahmad Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352049879528#c4525103953555111094'> November 5, 2012 at 1:24 AM

    Cuma persoalan nya bole ka torres mcm striker d club lain.contohnya mcm van persie kat m.u....van persie main kat arsenal menyerlah dan p club baru dia lebih menyerlah dan d takuti.apa bezanya dgn striker kita?da 3 musim berlalu nanum x mcm dlu masa kat liverpool.aq memang syg kat abg torres ni.cuma kritikan dr club laun ni yg buat aq hot.....torres oh torres!!!!!!

     

  6. galileo Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352054119954#c6168757245726910837'> November 5, 2012 at 2:35 AM

    El-Nino mmg struggle ngn taktikal@gameplay chelsea...RDM mesti pening ngn kes Torres nie...drop kat bench nanti Roman marah,kalau simpan,tak berapa membantu attacking....pening nya jadi mamager...hahah

     

  7. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352081210777#c2405218778150273090'> November 5, 2012 at 10:06 AM

    Torres not good enough. Then, bila tgk balik, kite xdpt control possession lama sebab Mata xde. Kebiasaan trio midfielders kite mmg Hazard-Oscar-Mata, jd agak kureng bila Moses jd 1st eleven. Aku nmpk, kalau Moses & Sturridge partner mmg boleh la, if dgn Torres, susah lah...

    Ape pun, Romeu dah xtahu nak pi mana, main mcm dah redha je, xmcm under AVB dulu. Aku hrp dia bangkit sbb dia berpotensi besar. Bila Ramires main je, nmpk Chelsea boleh push upfront more harder.

    Ape2 pun, kredit untk Swansea, walaupun they all hanyalah minnows, tp bila main kat tmpt sendiri mmg mantop. Kte patut bangga sbb Chelsea & Swansea mmg main bola, bukan main rugby or diganggu gugat oleh referee.

    anyway, hrp kte makan Shakstar Donestk & then, baham bangau tua Loserfool.

    Come on! KTBFFH!

     

  8. -18+ Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352101909303#c380954052304189565'> November 5, 2012 at 3:51 PM

    Masa lawan mu capital one cup, piazon turun padang...lawan swansea, mosses main...marin? Dia dok jauh sgt dr RDM kt bench kot

     

  9. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352106996763#c494675366557249239'> November 5, 2012 at 5:16 PM

    aq tgk match ni..aq cm x bape nmpk torres 2..cm x wujud lak striker..aq nmpk dy pn time dy tanduk bola lps 2 keeper tgkp..second..time dy bwk bola ke kwsn penalti..lps 2 why pass dy leh sangkut kt defend swansea..klu pass dy cantik mse 2..aq rse bola 2 dh blh ke hazard dh..tp why..hampa aq gan torres nih..mne perfomance terbaik dy??haish...

     

  10. MeD!@ $t0RY Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/swansea-1-chelsea-1.html?showComment=1352168386595#c3258301464503898961'> November 6, 2012 at 10:19 AM

    Kedatangan Marin kt Stamford Bridge tu sebab Pak Roman tu yg nak beli,die minat giler nan Marin tu .. Tp,RDM macam pinggirkan dia je Why?

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png