5 perkara yang Rafa perlu IMPROVE

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 29, 2012

Ya, season masih panjang tapi kalau Chelsea terus perform macam ini, kita akan terus berada di belakang City & MU.

Kata Rafa, Chelsea masih mampu menjuarai EPL dengan syarat, we have to improve. Improve ? Apa yang perlu diimprove ?

1. Taktikal Rafa itu sendiri

- Formasi yang diguna 4-2-3-1 ialah formasi yang tidak offensive. Menentang Fulham yang menerapkan formasi 4-4-1-1, Rafa perlu menggunakan formasi 4-3-3. Lawan kepada bertahan ialah menyerang. Fulham memang banyak bertahan, dan bila lawan lebihkan bertahan, masa ini kita harus menyerang.

Defensif sudah improve tapi offensive kurang jitu.

3 winger ditugaskan untuk support seorang striker yang "lost" memang tak menjadi. Sebab segala passing nak deliver kepada Torres, nampak sangat kita hanya nak improve Torres tapi bukan improve perfomance Chelsea. Striker yang bagus ialah dia sendiri yang mencari jalan penyelesainnya & tak boleh terlalu bergantung kepada orang lain.

2. Beli striker baru atau improve striker2 yang ada

- Kalau tak nak beli striker baru, ada risikonya. Jika Rafa tetap bertegas untuk tidak membeli apa2 striker pada bulan 1 nanti, apa yang beliau harus buat ialah kembangkan striker2 yang ada.

Maksud kembangkan striker yang ada bukannya memainkan Torres sahaja setiap game & just improve perfomancenya. Lucas Piazon, Sturridge perlu diberi peluang sama rata. Torres kalau dia perform bagus pun, dia tak konsisten. Perlu ada striker yang bermain di belakangnya. Seperti ketika di zaman CA, CA kerap memainkan dua striker iaitu Drogba di hadapan, dibantu oleh Anelka.

Di belakang Torres perlu ada striker yang support nya. Hazard-Mata-Oscar hanya mat2 provider & Rafa perlu letak one supportive striker, biar ada keep in touch dengan seorang lagi striker.

Moses boleh beraksi di posisi centre forward. Rasanya elok Rafa jadikan dia sebagai penyerang. At least lawan boleh gugup jika kita mengambil inisiatif dengan memainkan dua striker. Tak adalah segala passing nak dituju kepada satu forward sahaja.

#panggil balik Lukaku pun satu idea yang bernas.

3. Improve MAZACAR (Mata-Hazard-Oscar)

- Sejak akhir2 ini aku rasa macam ada something wrong dengan perfomance mereka bertiga. Dalam 2/3 game yang lepas nampak macam tiada chemistry.

Oscar banyak hilang bola & kadang2 dia tidak tahu nak hantar bola kepada pemain mana. Mata lebih sesuai bermain di 1st starter kerana dia banyak function. Hazard punya perfomance sangat berbeza dengan apa yang dia tonjolkan pada dua bulan yang lepas.

Rafa kena ambil serius tentang perkara ini. Midfield ialah bahagian yang paling penting dalam setiap pasukan. Midfield umpama seperti mesin, andai rosak mesin ini, maka rosaklah secara keseluruhannya.


4. Improve mentaliti Torres

- Problem Torres sekarang ini ialah mentalitinya. Dia ada mental problem yang telah menjejaskan secara keseluruhan prestasinya.

Rafa wajib kena basuh "minda" Torres, disamping mengubah corak permainan lembiknya.

Terakhir sekali, improve result. Itu yang boleh mengelakkan beliau dipecat. Jika Chelsea konsisten dalam permainan & result juga konsisten, maka tak ada masalah untuk beliau kekal lebih lama di Chelsea.

Sekarang ini kita nampak majoriti fans Chelsea di Stamford Bridge memang tak suka dengan Rafa. So apa yang perlu Rafa buat untuk mendapat kepercayaan dari semua fans Chelsea ialah improve 5 perkara di atas ini, termasuk sekali dengan result Chelsea. Macam RDM, first game ketika dia lantik sebagai interim manager musim lepas, mana mendapat sambutan yang menggalakkan dari fans Chelsea. Ada yang mengejinya dari belakang, disamping mengharapkan Jose Mourinho kembali semula ke Chelsea. Tapi ketika RDM berjaya menghadiahkan dua trofi kepada Chelsea dalam tempoh 3 bulan, beliau telah berjaya mendapat kembali kepercayaan dari fans Chelsea untuk mengemudi skuad The Blues.

Rafa juga boleh melakukan perkara yang sama. Bekerja demi pasukan & bukannnya kerana individu atau sebaliknya. Keep the blues flag flying high.

 

1 Response to '5 perkara yang Rafa perlu IMPROVE'

  1. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/5-perkara-yang-rafa-perlu-improve.html?showComment=1354250423823#c8963608980073706179'> November 30, 2012 at 12:40 PM

    Rafa kene pakai formasi 4-3-3 gak, sbb dari zaman Rejim Vialli & Gullit, Chelsea lebih sharp & consistent menang berbanding 4-5-1 yg Arsenal & Liverpool amalkan.

    Then, dia kene ada sijil PHD dlm urusan menaikkan komitmen players & pd masa yg sama dpt elakkan "rusuhan dalaman" supaya boleh control the whole squad.

    If semua td Rafa buat & apply, aku xrasa Chelsea sukar utk menang seberapa bnyk piala (baki 5 piala lg).

    Contoh terbaik, tlg review Atletico Madrid, yg mane even ada stars players tp masih keep it low walaupun main gempak & masing2 kualiti semuanya & coach muda lg.

    Chelsea, grab this chance! Love & care, the only King in London, the famous CFC.

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png