Moses penyelamat !

Posted by KampungChelsea On Thursday, November 08, 2012

Fuh, gol dramatik Moses membuatkan aku terbangun dari tempat duduk.

Ketika perlawanan seolah-olah nampak akan berakhir dengan keputusan seri, Moses menjadi penyelamat dengan tandukan berbisanya pada last2 minit membantu Chelsea mencatat kemenangan epik 3-2 ke atas Shakhtar Donetsk.

Dua2 pasukan bermain dengan bagus namun Chelsea lebih layak menang. Kita berusaha berhabis-habisan mencari gol, mengasak dari setiap sudut, bertarung sehingga ke titisan terakhir. Hasilnya, Moses score & the best team won.

Tak nafikan dua gol kita hari ini berpunca dari kesilapan keeper lawan. Ketika dalam cubaan membuang bola. sepakan Pyatov terkena kaki Torres & bola terus menerjah jaring. Tersangatlan naif untuk melepaskan gol seperi itu. Gol Torres memang tak bagi efek apa2 kepada game kerana 3 minit berselang, Shakhtar menyamakan balik kedudukan.

Keeper Shakhtar melakukan kesilapan lagi, membolehkan Chelsea mendahului kembali 2-1. Pyatov keluar dari posisi dalam menghalang Torres dari mendapat bola, namun clear nya menuju kepada Oscar. Dengan hanya satu kali control ball di dada, Oscar melepaskan rembatan tepat ke arah gawang Shakhtar yang kosong tidak dijaga.


Gol Oscar itu memang terbaik, world class.

Halftime Chelsea 2 Shakhtar 1.

Separuh masa kedua bersambung, Willian menjaringkan gol kedua perlawanan, mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Pada minit ke-75, Chelsea sepatutnya memperolehi sepakan penalti selepas Ramires dikasari oleh Srna. Dalam ulang tayang kita boleh lihat ada contact yang dibuat oleh kapten Shakhtar itu. Tak dapat penalti ? ahhh sudah lali dengan hal sebegini.

 Mikel score !

tapi sayang offside...

Turning point dalam game ini ialah kemasukan Moses & keluarnya Torres. Kata pengulas, Chelsea akan lebih mudah menjaringkan gol sekiranya Torres tiada di atas padang. Masalah besar di bahagian serangan ialah jika centre forward tak mempunyai penyudah yang mantap. Jadi sebab itu RDM memasukkan Sturridge & Moses untuk menjadikan attacking lebih aggresif. Supersub Moses menyudahkan satu peluang satu gol. Itulah ciri2 striker yang kita cari, memanfaatkan peluang dengan sebaiknya.

Gol kemenangan hadir pada masa kecederaan. Masuk menggantikan Oscar pada minit ke-82, Moses yang tidak dikawal, menanduk kemas menewaskan Pyatov selepas menerima hantaran sepakan penjuru dari Juan Mata. Chelsea menang dalam game thriller ini 3-2. Misi balas dendam di Donetsk tempoh hari terbalas !

Secara keseluruhannya Chelsea masih mempamerkan permainan sepak bola yang hebat. Main cantik & menang, itu yang kita mahukan. Jangan main cantik sahaja, tapi tak menang. Kredit juga buat pasukan Shakhtar kerana memberi tentangan sengit. Sama ada Chelsea mahupun Shakhtar, dua2 team beraksi dalam attacking football yang smart. Aku rasa berdebar setiap kali Shakhtar lancarkan serangan, kerana mereka boleh score gol dari pelbagai perspektif. Percubaan yang mereka lakukan sangat bahaya & melihatkan kelemahan Chelsea sejak2 akhir ini tertumpu kepada barisan pertahanan, lawan tough seperti Shaktar ini bila2 masa sahaja boleh memerangkap kita.

Bagi Chelsea, kelemahan ketara ialah di bahagian defensif. David Luiz ini ada pro & kontranya. Kekurangannya ialah dia selalu keluar posisi & cuai. Dua perkara ini yang menyebabkan lawan mudah membolosi gawang kita. Aku lebih prefer Terry berduet dengan Cahill, masing2 stabil dengan posisi mereka. Perfomance Ivanovic tetap konsisten, sama ada menjadi bek tengah atau pemain sayap. Dia membuat blocking & banyak mengekang shoot2 lawan.

Setakat ini aku bangga dengan pencapaian Chelsea. Walaupun tanpa Terry, Lampard & Ashley Cole, player mudah kita masih mampu menjalankan tugas dengan baik. Bukan mudah untuk menewaskan lawan yang unbeaten sejak dari November 2011 & Chelsea kelab pertama yang meleburkan rekod itu. 


Kata RDM

 "The spirit the group showed again to just keep going to the end. We knew we probably needed to score a goal from a set-play at the end and we did so. It was good that Victor got on the end of the corner."

Kemenangan penting ke atas Shakhtar Donetsk ini menghidupkan peluang Chelsea untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Kita lihat persaingan dalam group E sangat sengit dengan Juventus yang baru mencatat kemenangan pertama mereka. Apa pun Chelsea leading group, berkongsi 7 mata dengan Shakhtar namun unggul dari segi kelebihan gol. Juventus mengekori rapat dengan 6 mata. Bagi Nordsjaelland, ucapan takziah buat mereka kerana telah tersingkir dari perebutan ke pusingan kalah mati. Cuba lagi ye.

Kepada Pep Guardiola "Teruskan bercuti". Aku masih pro RDM,hehehe.

12 Response to 'Moses penyelamat !'

  1. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352340755286#c786920452754161943'> November 8, 2012 at 10:12 AM

    naif x naif ....da torres yg jaring kira da goal la tu hehehehhe ....

    aku nak kutuk balik bahagian pertahanan...mmg ketiadaan TERRY di bahagian belakang kita semua kelam kabut kalau da kena attack ...tiap2 game ada bolos lebih dr 1 goal ...

    harap2 JT kembali beraksi selepas game ni menentang liverpool ....

    lain2 ok no hal cuma bahagian defender tu mmg ada je masalah ....

     

  2. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352340882034#c616420322392290012'> November 8, 2012 at 10:14 AM

    shaktar mmg cantik main ...tiap2 attack buat chelsea gementar ....sbb tu kita perlukan kembali khidmat terry hehehehe ..

     

  3. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352341180718#c5889123256164912967'> November 8, 2012 at 10:19 AM

    Torres digantikan dgn Sturridge, @KC, itu pun 5min terakhir. Oscar digantikan dgn Moses.

    Aku mula2 mcm dah rasakan yg Chelsea & Shakstar Donestk nak seri je, especially bila tgk Mata mcm dah xtahu nak attack defend lawan dr arah mane, hantaran pun ke laut, dah hilang focus skit. Tp alhamdulillah, last corner kick Mata tu disudahkan dgn bergaya.

    APE PUN, aku SALUTE HAZARD & OSCAR! What a bargain!!

    Betrand gugup ah, harem main 1st eleven. Kalau ACole, aku rs Srna xdpt nk cross sgt. Semua gol dr leftback Chelsea, meaning that, Srna adalah main threat, dgn Willian. Simple finishing & the game was anxiously been watching through out the game.

    Ivanovic cross mantap, Mikel dah keluar dr COMFORT ZONE dia, Cahill & Luiz masih memberikan keputusan yg baik, maka secara rasminya......

    JT & Lampard tidak akan lg jd 1st eleven. What's next? Here we come, LoserFool! KTBFFH

     

  4. MeD!@ $t0RY Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352342435543#c5879902902153476031'> November 8, 2012 at 10:40 AM

    Gol Moses tu serupa dengan goal Drogaba time kita mnang UCL season lpas.. gol mnerusi tandukan pd minit2 akhir prlawanan

     

  5. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352346663405#c4705424419864125793'> November 8, 2012 at 11:51 AM

    @mannerohady
    - maksud "naif" itu utk keeper shakhtar dalam melepaskan gol sebegitu,hehe..

    yap, xde terry memang defensive banyak buat error + gugup... aku petik kata2 kevin keegan "chelsea still need terry because of his leadership, inspiration & motivation for the team"

    @maman
    - torres dengan sturridge, moses dengan oscar... sub yg menjadi hanya moses... sturridge mmg xleh nak judge die dalam game ni sebab main xsampai 5 minit..rating pun 1.1 dari 5..

    bagi aku, sturridge patut dimasukkan lebih awal lagi, especially 70-80 minute..

    torres memang aku nampak biase je perfomance dia, lebih kurang macam game dengan swansea.. die punya effort pun mase nak kekang keeper shakhtar clear bola, itu je.. lain2 xmemuaskan...

    oscar & hazard terbaik..cuma mata kureng skit dlm game ni, maybe sebab baru lepas injured..cume corner kick dia sentiasa on target.. moses bleh jadi key player lepas ni sebab dia ada di situasi yg kita harapkan... dia punya header superb macam drogba

    david luiz kejap bagus, kejap problem...

    yup, bertrand gugup.. kalau ashley cole ada, maybe cross srna tersekat juga sebab cole punya marking set piece lawan bagus.

    sorg lagi player chelsea yg harus diberi pujian ialah ramires... badan kecik tapi physical fight dia kuat + speed laju... dia banyak kali juga "wins the ball" utk chelsea.

    JT masih diperlukan, maman... kalau lampard boleh lah oscar take charge dah.

    @syahmi
    - yup, gol itu mengingatkan kita kepada gol drogba last season final ucl lawan bayern... last2 minit pula tu.

    bayangkan bahagian attacking skrg ni kalau drogba ada lagi

    Ramires - Mikel
    Mata - Oscar - Hazard
    Drogba/Falcao

    pergh!

     

  6. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352351004993#c3827444381994230428'> November 8, 2012 at 1:03 PM

    ryan ni akan main baik kalau cole ada.....sbb dua pemain ni da kira macam adik beradik ;) .....tgk masa cole ada jd LB ...ryan kat atas cantik mainan ryan tu ...cuma kali ni kan level UCL so pengalaman belum cukup lagi nak lawan team luar dr england.....

    kalau level2 macam epl fa tu msh ok lagi ......

    tu je masalah skrg ni bahagian pertahanan ....kejap ok keja x ok..kejap bolos kejap x bolos....da bole di katakan setiap game ada bolos.....


    terry dan lampard akan tetap jadi pemain utama walaupun x jadi starting line up utk setiap game...tp mereka tetap akan bermain sbb kita perlukan semangat CHELSEA mereke berdua.....

    next match ...jom kita kerjakan liverpool.......

    sbb kawan aku serumah dl dia mmg anti dgn chelsea ni ...x boleh nampak chelsea menang mesti dia kata chelsea ni teruk la itu la ini la gitu la gini la....last kawan aku tediam sbb liverpool kalah final fa dgn chelsea hehehhe

    tp skrg ni dia masi lagi ....musuh utama ...kita mesti kalahkan liverpool....

     

  7. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352361558080#c7749670596100173944'> November 8, 2012 at 3:59 PM

    Yela, JT & Lampard masih mmg antara tulang belakang RDM & Chelsea. At least, semangat perjuangan Chelsea tu masih ada dalam diri dua2 legend tu.

    Aku xkan nafikan yg JT akan kembali captain chelsea, especially against LoserFool. Aku cuma harap sgt2 Torres xmain lwn LoserFool nanti, biar Sturridge or Moses start, sebab pada aku, Torres XKAN score against LoserFool, & dia akan jd sgt "lembik", so, lepas dah lead, baru bg start. Sebab aku dah perhati cara dia main against LoserFool dah 2-3 kali.

    Yep.. Ramires!!! Menjadi MAKELELE kita yg baru, malah lebih pantas cuma xbyk experience lg la. Kalau Ramires pndi tenangkan diri dia, barula lengkap. Aku cuma kesian defenders kte skrg asyik bolos kaw2 beb.

    Oscar with 4 appearances for Chelsea scores 4 goals, what a ratio! Superb goals too. Hazard dah rajin turun bantu defends, then dah susah nak jatuh, Mata tenang & licik, Mikel dah MAJU, dah laju skit nak pass, boleh gelek skit, cool gak la, tp sukar temper dgn ref, bahaya.

    To be honest, we must enjoy this win together, we must happy to witness this great wins against a very good side in UCL, so that, we can really appreciate all things about this finest club, the famous CFC. You made my day!

     

  8. -18+ Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352364259312#c753969541055041183'> November 8, 2012 at 4:44 PM

    Luiz defend teruk sgt..sng wt salah mudah...elok tukar dia main DM...CB bagi Terry dgn Cahill..LB Cole mmg terbaik, ssh nk cr pengganti dia..hrp dia x kuar next season..Torres mmg wajib lepaskan Januari ni, kalaulah kita dpt striker mcm Persie/Falcao...mmg sng lh misi nk kekal UCL

     

  9. -18+ Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352364320439#c9071267845778108502'> November 8, 2012 at 4:45 PM

    Luiz defend teruk sgt..sng wt salah mudah...elok tukar dia main DM...CB bagi Terry dgn Cahill..LB Cole mmg terbaik, ssh nk cr pengganti dia..hrp dia x kuar next season..Torres mmg wajib lepaskan Januari ni, kalaulah kita dpt striker mcm Persie/Falcao...mmg sng lh misi nk kekal UCL

     

  10. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352372054714#c1761133053507577625'> November 8, 2012 at 6:54 PM

    skrg chelsea da ade 2 header terbaek iaitu cahill dan moses...klu susah sgt nk tggu torres score,chelsea kne crik corner jer....utk game lwn liverpool,jgn la ksi abg torres maen...klu dy ade bran nk tjuk lagak kt team lme dy xpe gak(mcm RVP vs Arsengal itu ari),tkut dy gugup plak asek kne jerit JUDAS dek pnyokong loserfool...tp better sturridge/moses mean r dri dy...arap2 chelsea dpt mencucuk angin kedudukan MU and x drop dri tangga liga....utk UCL pny game plak,Juve mgkin ade fight sket,mgkin seri mcm aritu,tp Nordsjaelland mmg Jalann......

     

  11. SHAH345 Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352419995551#c3643359311699856536'> November 9, 2012 at 8:13 AM

    Tabik pada Oscar n Moses,Mmg bhgn defender selalu bermasalah...senang bolos. game ni kalo tgk mmg laju giler jantung berdenyut kalo tgk sbb gol selang seli..

    1. Torres mmg mcm biskut kejap bgus kejap x bagus,kalo nk jual pun sape nak beli kalo dah hampeh,selalu merayap tah kemana..bg aku cara torres nie sbb xnk injured sbb tu lari kemana2 dr tmpt dia..mgkn jgk RDM nye taktik sbb Chelsea mmg xde striker..harap dia je yg tinggal..

    2. kena beli back-up striker..kalo beli Van Persie pun mmg bgus dah,beli mcm Wilian,Falcao pun ok dah..xpun panggil la Drogba balik

     

  12. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/11/fuh-gol-dramatik-moses-membuatkan-aku.html?showComment=1352431007503#c5009937401155460901'> November 9, 2012 at 11:16 AM

    Chelsea ada Islam Feruz & Lucas Piazon, smlm game NextGen series tibai team FC Molde 6-0, both players were superbly win for Chelsea.

    Piazon also can taking freekick with well. Islam feruz is natural winger & have a eye on passing but his killer instinct are too, marvelous.

    Kalau Chelsea try Piazon lwn Bangau nanti pun aku setuju, sebab even dia ni 18thn, dia jenis yg xmahu kecewakan teammates, dia akn cuba cr gol secepat mungkin utk kurgkan tekanan teammates dia.

    Chelsea punye youngsters pun mantap, ape ade hal.

    Tp aku ada terbaca yg Wilfried Bony, Striker Vitesse Arnhem tu, Chelsea nk beli. Murah sbb baru 8mil pounds. Mamat ni korg try searh kat youtube. Rakus & ganas gak beb. Kat Liga Eredevisie dah 11 gol dlm 10 games. Team cikai pun boleh score bnyk. Kuang3!

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png