Kita tewaskan City, tewaskan Liverpool, tewaskan MU, tewaskan Arsenal tetapi bila lawan dengan pasukan2 mediocre seperti Crystal Palace, Stoke City, Aston Villa kita kalah. Big games kita menang tapi bila lawan dengan team relegation kita kalah. Aku tak fikir dalam perlawanan ini kita memandang rendah keupayaan lawan, kita sudah cuba sehabis baik untuk merobek gawang mereka tetapi gagal. Faktor utama ialah ketumpulan di bahagian penyudah. Bila striker seperti Torres, kita semua tahu dia tak akan lakukan banyak perbezaan. Sebab itu aku risau bila Eto'o cedera kerana kita semua tahu Torres tiada killer instinct di depan gol. Eto'o cedera ketika dia sedang berada dalam prestasi yang baik.
Chelsea & Crystal Palace masing2 melakukan 1 kesilapan. Apa yang membezakan kita dengan mereka dalam hal ini ialah mereka memanfaatkan kesilapan lawan ,sedangkan kita tidak. Contoh own goal dari John Terry, Crystal Palace memanfaatkan kesilapan kapten kita itu. Crystal Palace melakukan 1 mistake pada lewat permainan dengan back-pass ke goalkeeper namun apa yang Torres buat ? Dia tak tahu nak buat apa melainkan mensia-siakan peluang keemasan untuk score gol. Walaupun keeper lawan cekap menangkis serangan yang dibuat tetapi ada kala sesuatu peluang itu kalau dilakukan dengan teknik yang betul, bola tetap akan menerjah jaring juga. Itulah masalah Chelsea seperti yang aku katakan sebelum ini. Kita tak mempunyai x-factor di bahagian striker.
Kredit kepada anak buah Tony Pulis. Mereka berhak dengan 3 mata penuh ini.
"Title is Man City's to lose". Jika mereka menang ke atas Arsenal(game yang bakal bermula 10 minit lagi), aku boleh katakan mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk merangkul kejuaraan liga. Dan begitu juga dengan Liverpool kalau mereka berjaya tewaskan Spurs nanti, mereka akan pintas kedudukan kita. Aku mengharapkan respons Chelsea pada hari rabu nanti.
0 Response to 'Crystal Palace menyukarkan lagi peluang The Blues'