1. Pada minit pertama keeper Spurs, Lloris sepatutnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Eto'o dan Chelsea patut dianugerahkan sepakan penalti namun typical linesman EPL mengatakan Eto'o berada di kedudukan offside sedangkan kedudukan Eto'o sama level dengan defender Spurs.
2. Spurs bagus pada separuh masa pertama. Mereka tidak memberi banyak ruang kepada player kita untuk menembusi pertahanan mereka. Namun aku tak pasti apa yang mereka buat pada masa rehat kerana masuk sahaja separuh masa kedua, Spurs sudah mula terumbang ambing. Bermula dengan back-pass Vertonghen kepada Eto'o, kemudian fault Kaboul terhadap Eto'o, selepas pada itu Sandro pula tergelincir membolehkan Ba score gol ke-3 dan gol ke-4 itu juga hasil daripada kesilapan pemain right back mereka, Kyle Walker. Jadi 4 player Spurs ini, Vertonghen, Kaboul, Sandro & Kyle Walker memberi assist kepada 4 gol Chelsea. Aku boleh katakan ini perfomance Spurs paling teruk musim ini.
3. Ini bukanlah perfomance terbaik Chelsea tetapi harus diingat walaupun bukan berada dalam prestasi terbaik, Chelsea tetap berjaya mengalahkan salah satu lawan terkuat di EPL. Itu belum Chelsea mempamerkan aksi yang sebenar lagi.
4. Adakah wajar pengadil Michael Oliver melayangkan kad merah kepada Kaboul ? Tidak tetapi keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea adalah tepat. Namun dia harus melayangkan kad kuning kedua kepada Sandro atas kekasaran yang dibuat terhadap Oscar. Begitu juga dengan Lloris pada minit pertama itu.
5. Selain dari kegopohan pertahanan Spurs, satu lagi perkara yang menjadi turning point bagi kemenangan Chelsea dalam derby London ini ialah substitution yang dibuat oleh Mourinho. Dia mengeluarkan Lampard dan memasukkan Oscar. Bila Oscar main, tenpo permainan Chelsea semakin rancak. Jadi di situ kredit buat Mourinho kerana cepat response dengan apa yang berlaku.
6. Ba yang jarang beraksi dalam kesebelasan utama tetap berjaya mencatat nama sebagai penjaring ke-3 & ke-4 perlawanan. Masuk menggantikan Eto'o, Ba hanya memerlukan 75 saat untuk menjaringkan dua gol. Eto'o juga memainkan peranan penting dalam perlawanan ini.dengan menjaringkan gol pertama dan memenangi penalti untuk Chelsea. Menarik juga cara dia celebrate gol. Orang mempersoalkan umurnya dan dia membalas balik kritikan itu dengan menjaringkan gol pertama serta menyuntik semangat pemain2 lain.
7. Dengan hanya tinggal 9 lagi perlawanan, Chelsea kini berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan liga. City masih tak bermain 3 perlawanan, jadi kita sama2 boleh lihat sama ada mereka mampu meraih 9 mata penuh untuk baki2 perlawanan tersebut.
0 Response to 'Chelsea 4 Tottenham 0'