Aston Villa berhak dengan kemenangan ini. Defends mereka sukar ditembusi. Para pemain Chelsea pula memang nampak letih + malas. Kalau tengok rekod Aston Villa lawan kelab2 besar musim ini agak mengagumkan juga. Mereka tewaskan Arenal di Emirates 3-1, tewaskan City 3-2 dan seri 2-2 dengan Liverpool di Anfield. Level konfiden mereka tinggi ketika menentang lawan2 besar.
Perlawanan ini juga dipenuhi dengan drama & kontroversi. Dua layangan kad merah (willian dan ramires) + Mourinho juga turut diperintah keluar padang pada last2 minit. Walaupun ada beberapa keputusan tidak tepat dari pengadil(chris foy dengan keputusan tipikalnya semua orang tahu), tetapi Aston Villa tetap berhak dengan kemenangan ini. Mereka beraksi lebih meyakinkan berbanding pasukan kita.
Meski pun kalah, Title race masih lagi diteruskan. City pun ada beberapa game sukar selepas ini. Mereka akan lawan MU di Old Trafford, mereka juga bakal lawan Arsenal & Liverpool kat away. Di situ mereka mungkin akan tercicir mata. Aku masih lagi optimistik dengan peluang Chelsea merebut takhta liga.
yup..btul ckp kc tu..chelsea nampak malas dan pandang rendah kt player av..hrp pas ni tak berlaku lg game camni..
gol matic tu kira hand ball ke. macam kene ketiak jo pon...
@akhunajah
- Aku pun confused juga dengan insiden tu. Tapi dua kali tengok memang kena sikit tangan.
Pasal Willian tu tak patut dapat red card. Tak nampak fault kasar pun. Tapi Chris Foy jadi ref, aku malas nak komen panjang2. Dia pun ada rekod buruk masa handle game chelsea sebelum ni.
kalau mcity menang terus ..maka dorangla juara....
apa yg perlu d buat ialah menang terus dan kalu boleh dgn gol yg besar..
semua striker chelsea hilang dalam terang kejap2 ok kejap2 k.o
livrerpool dan arsenal masih ada peluang kalau dorang pun menang terus...
ini di kira berdasarkan asas menang...kalau chelse dpt mentenkan kemenangan dan mcity jatuh mata ..ada harapan chelsea juara tahun ni