1. Kata Mourinho "2-0 after seven minutes the game is over". Kad merah atau tidak, Arsenal sudah "kalah" pada 7 minit pertama. Turning point ialah gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh Schurrle, bukannya kad merah Gibbs itu. Anda fikir selepas Arsenal ketinggalan 0-2 pada awal 10 minit, mereka boleh buat comeback ? Ini team Chelsea di bawah pimpinan Jose Mourinho, bukannya AVB. Kalah 6-0 dalam perlawanan yang ke-1000 ibaratkan satu kemalangan ngeri di jalan raya. Harus diingat perlawanan ke-500 Wenger, waktu itu mereka juga kalah 0-1 kepada Chelsea( Ogos 2005) di Highbury pula tu. Jadi di sini kita boleh faham apa yang dimaksudkan oleh Mourinho kepada Wenger tentang "Specialist in Failure". Arsenal di bawah pimpinan Arsene Wenger takkan berjaya kalahkan Chelsea di bawah pimpinan Mourinho. Hakikat yang harus penyokong Arsenal terima. Ini ialah realistik.
2. Sebut pasal kad merah, tak kisahlah pengadil Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain yang salah atau tidak, hakikatnya Arsenal tetap kena beraksi dengan 10 pemain juga. Pemain yang menahan bola dengan sengaja sambil menjatuhkan diri dalam situasi menafikan gol lawan, anda fikir kad mana lagi yang patut pengadil keluarkan dari poketnya ?
"From the dug-out we see one player diving like a keeper and touching the ball." kata Mourinho. HAHA.
Jika Gibbs beraksi sampai 90 minit Arsenal mungkin akan kena lebih teruk dari 6-0. Mereka harus sedar kerapuhan pertahanan mereka yang menjadi faktor utama kenapa mereka menjadi lauk kepada team Chelsea.
3. Minggu lepas sebelum game lawan Chelsea, aku masih ingat lagi beberapa penyokong mereka mengatakan ketiadaan Ramires & Willian akan memberikan mereka peluang untuk memalukan Chelsea di Stamford Bridge tetapi mereka tidak sedar betapa midfield Chelsea lebih perkasa di bawah partner David Luiz dan Matic.
4. Secara jujurnya team yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan liga tak boleh kalah 3-6 kepada City, kalah 1-5 kepada Liverpool dan kalah 0-6 kepada Chelsea. Arsenal bolos 5-6 gol kepada team top 3, jadi adakah mereka masih berfikir mereka boleh juara liga ? Melihatkan situasi yang berlaku, mereka juga boleh terkandas dari top 4 spot.
5. Taktikal Mourinho genius di samping mantapnya, solidnya kubu pertahanan Chelsea menjadi kunci kemenangan 6-0 Chelsea ini. Begitu juga di bahagian tengah. Matic & David Luiz, dua pemain yang mnutup semua ruang dan peluang yang diciptakan oleh bahagian serangan Arsenal.
Kesimpulannya Chelsea terlalu kuat untuk Arsenal. Tak perlu kita sebut pasal rekod Mourinho menentang Wenger, di sini kita semua tahu siapa winner dan siapa loser. Pasal Wenger, penyokong Arsenal jangan risau, kalau Arsenal kalah 6-0 lagi lepas ini Wenger takkan dipecat. Dia masih boleh latih Arsenal lebih dari 30-40 tahun yang dia nak kerana Wenger lebih besar dari Arsenal.
Last words, happy 1000th game Wenger !
KC.. boleh baca ulasan aku pulak di www.kufazuke.com
Tinggalkan komen ye.. jom troll budak2 6unners...
KC.. boleh baca ulasan aku pulak di www.kufazuke.com
Tinggalkan komen ye.. jom troll budak2 6unners...