1. Gol pertama Stoke memang silap Cech. Dia tak sepatutnya terburu-buru untuk keluar posisi kerana set-piece Stoke melnerusi corner kick tidak merbahaya. Untuk 45 minit pertama Stoke tidak memberi apa2 ancaman kepada bahagian pertahanan Chelsea & Chelsea sepatutnya kekal dengan scoreline 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
2. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Mourinho mengeluarkan Schurrle. Schurrle dikeluarkan kerana dia cedera. Dia mengalami kecederaan di bahagian betis. Mourinho tak bodoh untuk keluarkan pemain yang memberi impak dalam perlawanan. Cuma bagi aku Ramires juga sepatutnya dikeluarkan kerana beraksi hambar.
3. Ba sepatutnya bermain dalam kesebelasan utama. Nak bandingkan Torres, Eto’o dan Ba. Aku fikir Ba lebih menyerlah. Torres sudah dua game hambar. Masalah Torres ini ialah ketika dia dapat bola berdekatan dengan gawang pihak lawan, dia undur 2/3 langkah ke belakang, ke kanan tiga langkah, macam mana nak score ? Aguero dianggap striker terbaik di EPL ketika ini kerana dia konsisten dalam permainannya. Dia score secara regular. Macam Torres, hari ini dia score, esok dia lupa balik cara nak menjaringkan gol. Tak konsisten. Itulah masalah yang dialami oleh striker2 Chelsea selepas Drogba tiada.
4. Ramires mensia-siakan banyak peluang pada separuh masa pertama. Ada kala dia sepatutnya menghantar bola kepada rakan2 tetapi memilih untuk melakukan percubaan. Melalui peluang yang dia sia2 kan itu Chelsea seharusnya score 3/4 gol & boleh “bunuh” game lebih awal. Manakala Hazard gagal menterjemahkan perfomance yang dia buat pada hari khamis lepas.
5. Kekalahan kepada Stoke ini memang mengecewakan kerana kita expect 3 mata penuh di Britannia Stadium. Jika seri pun dah dianggap tercicir mata , ape tah lagi kalah kan ? Minggu ini City juga drop point. Kalau Arsenal menang nanti, mereka akan menjarakkan lagi jurang mata. Walaupun musim masih panjang, tetapi Chelsea harus konsisten. Kita tak boleh kalah lagi dengan team2 seperti Stoke City ni. Kalau tidak, kita tak boleh juara pada bulan 5 nanti.
lama x update blog , busy ke bro