1. Perlawanan ini memang boring, Tiada flop atau Man of the match. Tak perlu menyalahkan taktikal negatif Chelsea, lihat pada Arsenal sendiri, possession 61% tetapi mereka hanya ada 2 shot on target sahaja selama 90 minit perlawanan berlangsung. Cech tidak membuat apa2 save pun. Semua pemain attacking Arsenal dalam poket Terry & Cahill.
2. Arsenal bermain seolah-olah macam mereka dah menang 1st leg 3-0. Chelsea control game pada separuh masa pertama. Nasib tak menyebelahi kita apabila sepakan Lampard terkena palang. Kalau masuk itu, aku percaya scoreline 1-0 memihak kepada Chelsea sampai habis game.
3. Parking bus ? Kalau sepakan Lampard tak kena palang & terus menerjah jaring, baru aku akan cakap Chelsea akan parking bus. Cari 1 gol, bertahan sampai habis game. Negatif atau tidak, objektif perlawanan tercapai.
4. Arsenal desperate untuk menang kerana mereka bermain di tempat sendiri sedangkan Chelsea tak perlu berhempas pulas kerana 1 mata di Emraites sudah mencukupi. Kita setel di Stamford Bridge pula untuk 3 mata penuh.
5. Anda boleh cakap Mourinho defensive coach, negative manager atau apa sahaja tetapi dalam perlawanan ini dia ialah pemenang. Mourinho dapat apa yang dia inginkan manakala Wenger masih gagal untuk tumbangkan Mourinho. 5 menang 5 seri, rekod Mourinho masih kebal. Mourinho sememangnya seorang pengurus yang mempunyai game plan tersendiri. Taktikalnya bijak. Bertahan & serang bila perlu. Pertahanan Chelsea kukuh & berdisiplin. Cuma aku tak puas hati satu sahaja iaitu kenapa dia tak mainkan Juan Mata.
6. Chelsea satu2 nya kelab besar yang belum tewas kepada team2 besar lain. Kita seri dengan MU & Spurs di away, menang dengan City di home. Kemenangan ke atas Liverpool akan memberi petanda baik untuk kejuaraan liga. Sedangkan Arsenal, tewas kepada MU, tewas kepada City, gagal mencatat kemenangan dengan Chelsea & Everton di tempat sendiri.
7. Terakhir sekali, aku fikir dua2 team sama ada Arsenal atau Chelsea perlu striker baru bulan 1 nanti.
0 Response to 'Curi 1 mata di Emirates'