1. Sejak diuruskan oleh Gus Poyet, Sunderland memenangi kesemua perlawanan di tempat sendiri. Menang ke atas Newcastle, City & Soton. Jadi tak hairanlah kenapa perlawanan kali ini mereka memberi cabaran sengit kepada Chelsea.
2. Aku boleh katakan Chelsea berhempas pulas juga sebelum mencatat kemenangan. Sunderland menjaringkan gol dahulu sebelum Chelsea menterbalikkan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua Sunderland tekan Chelsea habis-habisan & mereka dapat gol penyamaan. Tak lama kemudian Chelsea mendahului lagi, berkat daripada aksi individu menarik Eden Hazard. 6 minit sebelum perlawanan tamat, pemain pertahanan mereka Phil Bardsley menjaringkan gol sendiri & membolehkan Chelsea menjarakkan kedudukan menjadi 4-2. Game jadi makin rancak apabila seminit berselang pemain Sunderland yang menjaringkan gol sendiri itu meledak gol ke-3 Sunderland. Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung kita disajikan aksi2 menarik, di samping terdapat juga beberapa aksi pelik berlaku haha.
3. Aku fikir ini game terbaik Hazard sejak dia menyertai Chelsea. Hazard menunjukkan skill individu yang cukup berkualiti. Dia menyumbat dua gol serta memberi assist kepada gol pertama Chelsea yang dijaringkan oleh Lampard.
4. Mourinho pastinya kecewa dengan barisan pertahanan Chelsea yang melepaskan 3 gol, dua di antaranya menerusi set-piece. Masa tambahan 6 minit dan pada waktu itu kalau Sunderland dapat dua lagi sepakan sudut, mereka mungkin boleh menang 5-4. Ia menunjukkan betapa pemain pertahanan Chelsea sangat longlai ketika menghadapi situasi bola mati.
5. Kemenangan 4-3 ini masih meletakkan Chelsea di tangga ke-2, 4 mata di belakang Arsenal. Perlawanan Chelsea berikutnya ialah di Stoke & kemudiannya Crystal Palace di Stamford Bridge. Nampak macam mudah tapi sebenarnya tidak. Kita menentang lawan yang berada di zon relegasi serta lawan yang mahu mengelak untuk berada di zon tersebut. Lawan2 seperti itu mungkin akan memberikan kesukaran kepada Chelsea, sama seperti yang dilakukan oleh Sunderland.
6. Arsenal pula lagi sukar. Mereka kena lawan Everton, City & kemudiannya Chelsea. Jadi di situ kita akan lihat sejauh mana mereka mampu kekal untuk berada di posisi pendahulu liga. 3 game berikutnya ialah menentang calon2 juara EPL musim ini. Everton calon juara ? Kenapa tidak. Mereka kalahkan MU 1-0 di Old Trafford & hanya 3 mata sahaja di belakang Chelsea.
7. Pasal MU pula, ada baik Moyes tumpu kepada Europa League spot sahaja. Walaupun Mourinho & Wenger cuba meredakan keadaan dengan berkata MU masih dalam persaingan merebut takhta liga tapi di sini kita semua boleh berfikir dengan logik akal. 12 mata di belakang pendahulu liga boleh dianggap satu jarak yang jauh. Dan mereka pula banyak bergantung kepada Rooney. Kalau Rooney tak ada, cedera macam RVP, MU sekarang ini sudah berada di zon penyingkiran.
Aku tak tgk game ni. Cuma tgk highlight gol je kat youtube. Mmg xdinafikan hazard mempunyai individual skill yg hebat mcm CR. Performance defence chelsea sgt mengecewakan bila berhadapan dgn set piece bola mati. Torres?? Emm paham2 sndiri. Skrg ni chelsea kena kekalkan prestasi setiap perlawanan utk dpt 3 point bg kejar budak2 tadika arsenal. Diorg lpas ni lawan dgn team2 yg berpeluang menjadi juara.. Yg team no 9 dlm carta tu lupakan jelah nak jadi juara. Skrg ni pikir utk mengelak je dari zon penyingkiran.