1. Perfomance pada separuh masa pertama sangat hebat, menakjubkan. Ia memang typical skuad Chelsea Mourinho untuk memberi respons selepas ketinggalan gol awal. Selepas gawang Chelsea dibolosi seawal minit ke-3, kita lawan balik dan dapat gol penyamaan pada minit ke-17 menerusi Eden Hazard, & seterusnya Eto'o menjadi match-winner 14 minit kemudian. Segalanya memang dikuasai oleh Chelsea. Tempo, passing cukup berkualiti. Kita mendominasi pada separuh masa pertama & pada separuh masa kedua kita patut tambah 1/2 gol lagi kalau Eto'o dan Torres memanfaatkan peluang di depan gol. Liverpool hanya memberi sedikit cabaran pada babak kedua tapi tak cukup untuk kuat tumbangkan kubu pertahanan Chelsea.
2. David Luiz yang mengambil alih tempat Ramires menjadi kunci kemenangan Chelsea. Dia control bahagian tengah & merantai rapi Luis Suarez. Seperti yang aku katakan sebelum ini, David Luiz lebih bagus beraksi di bahagian tengah berbanding posisi asalnya, centre back.
3. Liverpool tak perlu menyalahkan sepenuhnya kepada Howard Webb. Mereka perlu menuding jari pada diri mereka sendiri juga di atas kekalahan kepada Chelsea. Walaupun ada 1/2 keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka, tetapi kalau kita nilai secara keseluruhan Chelsea memang berhak memungut 3 mata penuh. Kita mencipta banyak peluang berbanding Liverpool. Liverpool bermain sangat teruk. Hanya seorang sahaja pemain mereka yang memberi tekanan kepada bek2 Chelsea dan selepas Ashley Cole masuk, menggantikan Ivanovic yang cedera, Ashley Cole menutup segala ruang dan peluang yang dibuat oleh rakan2 Sterling yang lain. Ini menunjukkan betapa Liverpool memerlukan Gerrard. Tanpa kapten The Kops itu, Liverpool hilang daya melawan di bahagian tengah.
4. Suarez mempunyai sejarah buruk. Dia terlalu banyak dive sebab itu bila ada fault ke atas dirinya, Liverpool sukar untuk mendapat apa2 free kick/penalty kick. Cara dia jatuh itu seolah-olah macam seorang penerjun kolam renang. Ini sebab kenapa Howard Webb tidak melayan dakwaan Suarez ketika dia dikasari oleh Eto'o. Itu yang akan berlaku kalau anda terlalu kerap dive. Pengadil pun tahu karenah seseorang pemain berdasarkan rekod yang dibuat dalam perlawanan2 sebelum ini.
7.
Man Utd 0 - 0 Chelsea
Spurs 1 - 1 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Man City
Arsenal 0 - 0 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Liverpool
Hrp pas ni David luiz dkkalkan jd midfielder...
iyelah tu, dah terang2 yg webb punye fokus tahun ni world cup 2014 sb tu die taknak sebarang highlight dgn keputusan2 yg die rasa terlalu mendedahkan dia. tahun ni webb tak pernah bg merah dan buat beberapa keputusan besar yg salah menurut graham poll.
oh jgn cite pasal dive kalau player masing2 ade dive,dan eto mmg patut kena kad merah 2 kali, kenapa tak justify bab tu tp alihkan pd suarez?
Its KARMA.
Last season, we were unfavoured by the referee against Liverpool, which we saw they levelled 2-2 draw with us on dying 97 mins, more than 'unrealistic' additional minutes given of 6 mins.
So, here we are, win it for sure. Just accept it as it is.
We proved them we were good enough to overcome & win it.
For Etoo's faulters, he shouldn't stayed, IMO. However, Skrtel & Lucas should also gone before 80mins, then the penalty shouts for Chelsea still Webb ignored & it was all but we won it.
It was a tussling-wrestling-mentality match & that is what we called the EPL. Yet, the advantages for the homey team will always be the best answer for this 'injustice'. Anyone hearing Stoke City or even West Ham? They playing 'rugby' style yet still referee don't give a damn on silly 0r heavy faulters. Get over it.
KTBFFH!
Ye lah memang eto'o patut dapat kad merah. Tapi macam @maman cakap lah, its karma. Musim lepas, suarez gigit ivanovic patut dapat kad merah tapi tak dapat apa2 kad pun. Suarez kekal sampai 90 minit & score gol penyamaan 2-2 dalam extra-time yg tak masuk akal 6 minit.
Ye lah bila sedikit keputusan tak memihak kepada team mereka, fans diorang akan cakap "ref biased" la, "FA England nak perdajalkan" mereka tapi bila team orang lain kena macam tu juga, apa kata penyokong liverpool pula ? senyap & sorok telur masing2 pasal ref buat keputusan tak adil kepada team org lain & bukannya team sendiri.
Normal lah, Chelsea pun dah banyak kali kena macam ni. Sudah2lah duk komplain pasal ref, baik tingkatkan perfomance macam mana nak stay di top 4 balik & boleh main di champions league musim depan. Perfomance hampeh time lawan chelsea tapi nak cover perfomance teruk tu dengan mengalih kepada howard webb.