Samuel Eto'o Fils.
Yeah, ini baru betul pemain yang kita mahukan.
Pedulikan Rooney, walaupun Eto'o bukan pilihan utama Mourinho namun kerana shrek itu memilih untuk kekal bersama MU, jadi biarkan. Mourinho mahu menyelamatkan kariernya daripada terus berada di belakang Van Persie tetapi dia memilih untuk tetap setia di Old Trafford, jadi apa boleh kita buat. MU terlalu istimewa buat Rooney, so let it go. Karier dia tidak akan berkembang pun jika diletakkan sebagai pilihan kedua.
Jadi Mourinho meneruskan plan B nya itu dengan menandatangani Eto a.k.a bekas anak didiknya di Inter. Dulu ketika era pertama bersama Chelsea, Mourinho pernah cuba untuk beli Eto tetapi Barca tidak mengizinkan. Mourinho pernah plan untuk gandingkannya dengan Abang Drogba tetapi tidak kesampaian. Kita semua tahu konflik Mourinho & Barca macan mana.
Eto'o ini masih antara striker terbaik di dunia. Kalau dia dapat ulang prestasinya sewaktu di Barca & Inter, masalah Chelsea di bahagian striker aku anggap sudah setel. Tidak ada masalah untuk kita memenangi treble musim ini.
Cemerlang bersama Barca, cemerlang bersama Inter & tidak salah jika aku katakan bahawa striker kelahiran Douala, Cameroon itu akan tampil cemerlang juga bersama Chelsea.
Harapan aku agar Eto'o dapat beraksi sehabis baik untuk tempoh 1 tahun terakhir di Stamford Bridge. Apa boleh buat, dia hanya sain kontrak selama setahun. Selepas pada itu bergantung kepada board club sama ada mahu memperbaharui atau tidak kontraknya itu.
Eto'o datang, Torres ? Ba ? macam mana pula ?
Ba mungkin akan di-loan ke Newcastle, manakala Torres tidak kemana-mana. Sukar untuk melepaskan pemain yang mempunyai tag price 50 juta. Perform teruk sekalipun, harganya itu telah menyelamatkan Torres. Nasib baik Ba dibeli hanya 7 juta sahaja.
Info lain : Hasil undian peringkat kumpulan Champions league semalam meletakkan Chelsea di group E bersama dengan FC Schalke, FC Basel & Steau Bucharest. Ini group yang normal & rasanya tidak ada masalah untuk melepasi ke peringkat yang seterusnya. Musim lepas kita pernah menyingkirkan dua dari 3 team tersebut di saingan Europa League. Namun itu tidak bermakna kita harus memandang rendah keupayaan mereka. Mungkin musim ini mereka lebih kuat, siapa tahu kan ?
Semua tahu Torres loves to run behind the defenders to get the ball & try to convert with simple touch yet accurate, tp Etoo terlebih dahulu amalkan permainan cara Torres tu & secara jujur, dia lebih tajam & 'killer response' dia tu mmg jadikan setiap defender alami nerves berterusan.
Walaupun dia xbermain di Barca, dia bermain di Inter Milan tp masih boleh score 53 goals dlm 100(+) games (ratio 1 gol dlm 2 game). Dlu dia sorg2 bawa Real Mallorca utk stay up kat LA LIGA.
So, dia gak contender utama Drogba selain Yaya & Essien. Aku rs kte boleh harapkan Etoo, mcm @KC cakap la.
Dia ada pengalaman yg baik utk kenakan team2 besar mcm Real Madrid, ManU, Liverpool, Arsenal, AC Milan etc. So, experience dia mantop. Lgpun, ikat 1tahun je, let's see what happen with him playing for us this season.
#P/S: Sbnrnya, aku xsanggup tgk Lukaku dok kat bench sgt, sbb dia dh makin best tgk. Hope Jose lebih tahu mana yg terbaik.
Biar jaringan Gol dari Striker plak lps nie,Sejak Drogba Keluar team kebnykkan gol hasil dari CMF,AMF,DF...