Chelsea Football Club can confirm an agreement has been reached with both Willian and his club Anzhi Makhachkala for the transfer of the Brazilian player. The transfer is subject to a work permit hearing on Wednesday.
Kenyataan dari laman web rasmi Chelsea Football Club.
Bengang ye Spurs ? haha.
Walaupun mereka dianggap faveret untuk dapatkan Willian dengan yuran perpindahan serta terma & syarat sudah dipersetujui oleh kelab Anzhi, malah hampir2 untuk menjalani medical test namun kemudian Spurs enggan untuk naikkan pakej gaji yang menyebabkan proses perpindahan tersebut tergendala & pada waktu itu juga Chelsea menjalankan tugas dengan bijak dengan membuat tawaran yang tidak complicated & akhirnya Willian memilih untuk menyertai kelab Chelsea.
Ceritanya mudah, nak beli pemain yang berkualiti harus offer harga yang tinggi. Dan jangan refuse dalam soal untuk naikkan salary pemain.
Liverpool pun boleh berkongsi kedukaan ini bersama-sama dengan Spurs.
Paling kesian sudah tentu AVB. Dia yang paling beria nak dengan Willian ini. Ketika bersama dengan Chelsea dua musim lepas, dia pernah cuba untuk dapatkan Willian tapi gagal kerana Shakhtar Donetsk tidak mengizinkan Willian berhijrah ke Stamford Bridge.
Willian seorang pemain yang bagus. Of course dia sertai Chelsea kerana Chelsea adalah kelab besar & tak lupa beraksi di Champions League. Jadi benda itu mudah untuk menarik minat pemain. Willian juga berhasrat untuk bermain di World Cup tahun depan. Jadi peluangnya untuk dipanggil oleh Felipe Scolari mungkin lebih cerah memandangkan dia seorang pemain kelab Chelsea.
Dia akan menjadi pemain ke-6 Brazil dalam skuad Chelsea selepas David Luiz, Ramires, Oscar, Lucas Piazon & Wallace. Bekas pemain Shakhtar Donetsk itu juga akan menjadi pemain ke-4 terbaru The Blues selepas Van Ginkel, Schurrle & Mark Schwarzer.
Willian datang, Mata keluar ? Tak. Salah tu. Mata tidak kemana-mana. Mourinho sendiri menjelaskan bahawa Mata masih dalam perancangan beliau. Walaupun banyak sekali option di bahagian tengah tetapi Mata tetap akan menjadi pemain penting Chelsea.
Mungkin yang keluar rasanya Moses & Ba.
Oscar, Mata, Hazard, De Bruyne, Schurrle, Ginkel, Ramires, Lampard, Willian. Begitu ramai sekali pemain attacking Chelsea. Dan aku tak rasa yang pembelian Willian ini membazir kerana Chelsea mungkin akan bermain banyak perlawanan seperti musim lepas. Jadi dalam situasi ini pemain akan di-rotate. Untuk bermain banyak perlawanan, lebih2 lagi beraksi dalam kompetitif EPL, Piala Fa, Carling Cup & Champions League, Chelsea harus memiliki skuad yang besar. Jadi sekarang ini kita sudah memiliki skuad dalam satu kapasiti yang mencukupi.
Apa pun selamat datang ke Stamford Bridge, Willian de Borges.
# Samuel Eto'o agaknya tengah on the way. Nak tunggu Rooney sampai kesudah MU tak nak jual.
P/S : Kick-off Chelsea lawan MU jam 3 pagi. Siaran langsung di saluran Astro 810 & 831.
for some reason,instinct aku dr masa cl lagi,kuat mengatakan dia akan jd player chelsea jugak..welcome to the club bro afro..
Chelsea jd Team Samba,Kalo ditambah dengan Rooney..mgkn boleh buat Team A n Team B
@kakak jahat
- mamat afro biasanya power. David Luiz, Fellaini, Willian haha. Kalau tengok form dia mase CL musim lepas, memang superb, especially lawan Chelsea di Stamford Bridge. Laju macam kipas kudung.
@Shah345
- ha'ah boleh buat dua skuad, A & B sebab attacking player ramai sangat.
Tp Willian ni kte xboleh expect dia prolific mcm player Brazil yg lain sbb masa dia main utk Shakstar Donestk, dlm 222 penampilan, dia cuma ada gol 37 je. So, how you gonna to rate him when compare with the likes of Mata, Oscar etc??
Tp, yg mungkin menyenangkan kte adalah Willian mmg ala2 Lucas Moura dgn simple-fast dribble & cut-in, boleh tolong bukan ruang dr wing, either right or left side when he plays.
Jd, Willian & Hazard akan jd mighty WIZARD kte dr arah wings utk open more space kpd CF (siapa2 pun).
Mata & Oscar dia nye positions ala2 Kaka or Ozil or Fabregas, pushing forward dr tgh, & diorg ni agak pelik skit bile bermain di wings sbb pd aku, ramai yg boleh nmpk if diorg main kat Wings, diorg blurr2 xtau nak create chances sehebat diorg main dr arah tgh (AMF).