Kemenangan kompetitif pertama Jose Mourinho bersama Chelsea, di samping meraih sambutan yang menggalakkan dari para peminat di Stamford Bridge. Special one kembali, jadi aku faham mengapa ramai yang menjangkakan Chelsea akan memenangi EPL musim ini.
Oscar menterjemahkan gol pembukaan namun aku lebih tertarik dengan gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh abang legend no 8 iaitu Lampard. Sepakan percuma yang kencang menewaskan keeper lawan, Allan McGregor. Kalau tidak kerana kecekapan penjaga gol Hull City itu, rasanya Chelsea boleh menang lebih dari 3/4 gol. Walaupun melakukan kesilapan pada awal permainan dengan mengasari Torres & seterusnya membolehkan Chelsea mendapat sepakan penalti namun McGregor menidakkan sepakan penalti berkenaan & juga menggagalkan tandukan Ivanovic.
Tandukan Ivanovic itu situasi bolanya hanya masuk separuh & bukan sepenuhnya. Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol. Orang putih cakap cross the line. Kalau bola belum melepasi secara keseluruhan garisan, ia tidak akan dikira sebagai gol. Itulah pentingnya penggunaan goal-line technology. Aku tidak mempunyai masalah dengan teknologi seperti ini. Kalau nak harapkan keputusan dari linesman, konfem Chelsea dapat gol ke-3 & mutu pengadilan bola sepak EPL akan terus dipersoalkan lagi.
Hazard, De Bruyne & Oscar masing2 mempamerkan aksi cemerlang. Ketiga-tiga mereka ini berhak memperolehi MOTM. Torres ? Torres okay. Dia memenangi penalti & free kick untuk Chelsea. Tetapi sepanjang dia main kat atas padang itu tiada sebarang percubaan dibuat. Lukaku yang hanya beraksi kurang dari 15 minit pun dapat juga melakukan tendangan ke arah gawang lawan. Torres ini style permainannya bukan macam striker, ia lebih ke arah winger. Itu baru lawan Hull City, belum lawan lagi team macam MU & Manchester City. Jadi harapan aku agar lepas ini biar Ba/Lukaku yang jadi 1st starter. Torres ini macam tidak bernafsu untuk menjaringkan gol.
Hull City sempat juga melawan pada separuh masa kedua namun barisan pertahanan Chelsea terlalu kebal. Tidak mudah untuk merobek gawang Chelsea jika ada pemain pertahanan seperti Cahill & Terry.
Permainan Chelsea hari ini lebih menarik pada separuh masa pertama berbanding separuh masa kedua. Pada separuh masa kedua permainan Chelsea lebih ke arah taktikal. Kita semua tahu Mourinho inginkan gaya permainan yang realistik iaitu mencapai objektif sesebuah perlawanan. Jadi objektif yang diinginkan tercapai iaitu 3 mata penuh. Menang sambil meraih clean sheet. Itu yang kita mahu dalam sesebuah perlawanan dari mempamerkan aksi berseni seperti kanak2 tadika Arsenal tapi dimalukan oleh Aston Villa di tempat sendiri.
Apa pun musim masih panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dengan hull city boleh lah ngeh2x, jumpa man u next week tengok hehe.
x de hal la....yg singkir kan munyet drpd fa cup season lepas club mne??keh3
oscar ngan lampard men mmg smpoi!!