Bayern akhirnya dapat tuntaskan misi balas dendam mereka dua musim lepas dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Chelsea.
Manakala Chelsea mengulangi skrip yang sama seperti tahun lepas iaitu gagal menjuarai UEFA Super Cup. Musim lepas tewas kepada Atletico Madrid, kali ini kepada Bayern Munich pula. Hajat Mourinho untuk merangkul gelaran Uefa Super Cup pertamanya tidak kesampaian.
Jika jaringan penyamaan yang dramatik oleh Javi Martinez pada minit2 akhir extra time itu tidak terjadi sudah tentu Chelsea ditabalkan sebagai juara. Hasil daripada gol tersebut membolehkan scoreline manjadi 2-2 & mengajak perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalty. Kesemua pemain berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam sepakan penalti kecuali Lukaku selepas sepakan lemahnya berjaya diselamatkan oleh Neuer.
Aku hampir2 nak raikan kejayaan Chelsea pada minit ke-120 tetapi Javi Martinez memang betul2 spoilkan keadaan. Apa boleh buat, itulah bola sepak. Macam2 boleh berlaku.
KTBFFH.
dah kalah kita terima sahajalah :)
match ni aku tengok dgn expectation 60(Bayern)-40(chelsea), game ni agak menarik dr kedua2 team walaupun mmg Bayern control game lbh2 lagi bila Chelsea main 10. Memang tu la adat main bola, ada kalah ada menang. kekadang mmg ada team yg secara virtualnya saja dh menunjukkan ke'superior'an nya.
kegagalan penalti Lukaku mungkin akan jadi penyebab yg lbh kuat ketidakpercayaan Mourinho ngn Lukaku walaupun bg aku Lukaku lbh bagus dr Torres dan Ba. main dgn aston Villa, mourinho siap puji plak christian benteke yg boleh dikatakan berjaya buli defense Chelsea,dh la Benteke memang saingan Lukaku dlm skuad kebangsaan belgium. Aku ada instinct yg kuat mengatakan Mourinho tak nak Lukaku lbh2 lagi dgn ketibaan Eto'o. Apa punya nasib lah Lukaku, time nak dptkn kepercayaan coach siap buleh tak masok plak penalti.
@farid fien
Dominant dari segi ball possession tidak menununjukkan team itu power. Yang menunjukkan team itu power & bijak ialah memanfaatkan peluang walaupun peluang yang dicipta itu sedikit.
Of course dari awal lagi bayern kawal possession, mendominasi permainan tapi taktikal Chelsea lebih bijak. Ketika lawan tak henti2 attack, chelsea ambil peluang menerusi satu serangan balas & berjaya menterjemahkannya dengan jaringan gol.
tapi selepas ramires kena red card, chelsea memang kena defends 100% sebab kita semua tahu bayern akan serang kaw2 dengan 10 pemain chelsea.
Cuma kalau 11 lawan 11 sampai 120 minit, aku tak rasa bayern akan gol penymaan itu. Sampai Neuer pun masuk ke tengah padang nak clear bola. Kalau player chelsea 11 org, tak denya sampai dia naik atas macam tu sekali. Apa pun nasib mereka baik. Ok lah, dua musim lepas chelsea yg bernasib baik, kali ni nasib Bayern pula yg baik.
Pasal lukaku, aku tak de masalah dengan die. Dia kurang pengalaman. Macam player2 chelsea yg lain dah rasai byk experience ketika mengambil sepakan penalti dalam match2 final. Ia satu perkara normal utk seseorg player miss penalty. Nak buat macam mana waktu & saat itu, hanya Lukaku seorang yg miss, org lain semua sukses. Hal ni pun bergantung kepada luck juga. Kadang2 Lampard pun boleh miss penalty. Torres pun sama. Dia score gol awal tapi tak mustahil utk dia miss penalty-shoot out.Mungkin lepas ni Lukaku akan belaja dari kesilapan.
Seperti kata david Luiz "Sometimes we need to lose to win in the future."
Chelsea mmg dh ubah cara utk mencari gol bukan dr striker semata2.
Dulu, semua player disarankan utk jaringkan gol utk bantu Chelsea menang, tp dgn fundamental yg sbnrnya option terakhir bila striker xmenemui sentuhan gol.
Tp skrg dh jd 'tradisi' baru, yg mane semua ingin jd mcm Lampard, gol sendiri lebih baik dr assist. Jd, striker yg bermain di Chelsea, kalau semua mcm Torres, Lukaku, Lewandowski, ke sape2 la kan, mmg kene working hard, dr bawah, bawa sendiri bola & kene jd mcm Ronaldo (Brazil), "utk STEAL the SHOW", dribble & solo.
Tu mungkin sebb sbnr kenapa Sturridge pun jd semakin solo ms main di Chelsea, SEBAB yg ni la.
Pd aku, Jose kene ubah ni je, lepas tu kte boleh menang byk games, sbb ape, sbb defending dh solid, tp bhgn forwards layu, xsiapa pun takut lawan Chelsea skrg.