3-1, kekalahan pertama AVB & kekalahan pertama Chelsea musim ini. Kalah ditangan siapa lagi, kalau bukan MU. Secara umumnya, aku tidak terlalu kecewa sangat dengan kekalahan ni. Yelah, kite kalah bermaruah. 3-1 je, dan bukannya 8-2 mahupun 4-0. Walaupun ketinggalan 3-0 di babak pertama, namun kite tidak mudah menyerah kalah. Sentiasa mengasak, dari mule hingga ke akhir permainan.
Chelsea bermain sangat bagus. Taktik AVB kemas & menarik. Beza kite dengan MU ialah dari segi peluang. MU memanfaatkan peluang sebaik mungkin sedangkan Chelsea, tidak menggunakan peluang yang ada. Sebelum Nani & Rooney score, kite sepatutnya mendahului 2-1 menerusi Torres & Ramires. Tapi sayang peluang tersebut dilepaskan begitu sahaja. Depan gol pulak tu, ingatkan Suarez je bleh buat macam tu, player kitepun 2 x 5.
Ape nak jadi dengan hang ni, el-nino...
Second half, Lampard keluar & digantikan dengan Anelka.substitution lain, Lukaku ganti Sturridge, manakala Mikel ganti Meireles. Bahagian tengah dah cukup power, yang teruk ialah di bahagian defensif. Overall ape yang AVB buat kepada team kite hari ini, sangat baik. Formasi je kureng, lain2 okey. Kite bermula dengan garang, aggresif membuat serangan demi serangan, berpadu-padu kepada pihak lawan. Alangkah bagusnya kalau AVB memasukkan Luiz/Alex. Ivanovic serba tak kena. Die tak sharp dengan counter attack MU. Terrypun same. Masing2 nervous. Boleh dikatakan kesemua gol MU, hasil daripda kelalaian bahagian pertahanan kite. Bocor & leka. Kite bagi banyak sangat ruang kepada diorg. Nani & Smalling kalau di-marking betul2, takkan gol punya.
Pastinya, ini merupakan pertarungan bola sepak terbaik setakat yang aku tengok skrg. Penuh dengan drama, emosi, suspens dan macam2 lagilah. Benda yang kite jangka akan jadi, tapi tak jadi. Contoh Rooney. Die miss penalty kick. Berbatov hampir2 memberikan gol ke-4 MU, namun digagalkan oleh Ashley Cole.Begitu juga dengan Torres & Ramires. Kate commentator, Torres patutnya dah score hatrik, kalau 2 peluang tersebut disudahkan dengan sempurna.
Kalah menang, adat bola sepak. hari ni Chelsea kalah, MU menang. Esok Chelsea menang, MU kalah plak. Dalam bola sepak, ape benda boleh berlaku. Untuk carta liga, MU masih di tangga pertama, 5 mata mengatasi kite yang berada di tangga ke-3. Terlalu awal untuk menjangkakan sape bakal juara liga atau tidak. Perjalanan masih jauh. Anyway, kalah mahupun menang, aku tetap berpegang teguh dengan Chelsea. Keep the blues flag flying high.
P/S : Kalau nak ikutkan 2 gol MU tu tak dikire sebenarnya. Sebelum Ashley Young nak amik free kick, Smalling dah melepasi garisan onside. Rakaman TV menyiarkan Smalling betul2 berada di kedudukan offsaid. Begitu juga dengan gol kedua dari Nani. Line technology football dah dapat detect, sebelum Nani shoot ke arah gol, die offsaid. "technology intimated that Nani was offside when he received the ball.". Ape boleh buat, all decision terletak di tangan ref, baik buruk chelsea terima dengan seadanya. kite tak de luck, nak buat macam mane kan. Sekali lagi, orang ke-13 MU jadi penghalang.
chelsea ttap juara. Tiada rzeki je tu. Lain hari, giliran chelsea pula. ;) Go, Chelsea!
okay laa tu , home nanti bagi mng balik
ref tido... mesti kena balas balik..tores dah maju sikit..
tak perlu diulas lanjut tentang pengadil2 epl yg sentiasa akan dipengaruhi oleh pasukan syaitan..ahaha
Apa nak cakap lagi? semua dah KC cakap.. keep the blues flying high.. kita anggap takde rezekilah eh..
Tiada nasib, tiada jugak decision ref yang memberikan impak kepada team chelsea.. thats the fact!!!