Melangkah ke pusingan ke-4 dengan penuh emosi + dramatik
Posted by
KampungChelsea
On
Thursday, September 22, 2011
Bermain dengan hanya 10 orang pemain (alex red card) + 2 pemain cedera tidak menghalang Chelsea untuk mara ke pusingan ke-4 Carling Cup selepas menewaskan Fulham 4-3 menerusi sepakan penalti. Perlawanan terpaksa ditentukan ke sepakan penalty selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa tambahan.
Tanpa skuad utama (Drogba,Mata,Torres,Anelka,Mikel,Ramires,A.Cole,Ivanovic) Chelsea masih mempamerkan perfomance bertenaga. Rata2 yang bermain hari ini kebanyakannya ialah pemain muda. Antaranya Lukaku,Mceachran,Romeu,Sturridge,Bertrand.
Kite sepatutnya berbangga dengan kemenangan kali ini kerana Fulham antara rival terkuat EPL & mereka bukanlah kelab cap ayam seperti Shrewsbury & Brighton & Hove A. Walaupun terpaksa bermain dengan 10 player selepas Alex dibuang padang, namun mental player kite still up. Fulham yang mempunyai advantage 11 pemain tetap gagal merobek gawang pertahanan kuat Chelsea yang diketuai oleh JT & Luiz.
Boleh dikatakan match agak suspens & penuh emosi kerana kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Kedudukan masih 0-0 & macam biase match disudahkan dengan beberapa scene dramatik penalty. Antara 5 penalty yang diambil, hanya Lampard sorang sahaja yang gagal menyempurnakannya.Terkejut ? Tidak perlu terkejut rasenya kerana melihatkan perfomance die kali ini suam2 basah, sorry to say, Lampard tak de fungsi.
Turnbull menyelamatkan 1 penalty & pemain baru Fulham, Bryan Ruiz mengakhiri drama penalty shoot-out selepas sepakannya terkena palang dan seterusnya memberikan Chelsea tiket ke pusingan ke-4 Piala Liga. Syabas Chelsea & tahniah AVB !
Nasib ? Tidak, Chelsea sebenarnya lebih dari sekadar layak untuk menang. Kalau nak ikutkan ape yang berlaku, kite boleh menang sampai 5 atau 6 gol jika peluang yang dicipta berjaya dilaksanakan dengan bijak. Fulham bernasib baik kerana jika Cech & Mceachran beraksi sepanjang perlawanan berlangsung, dan Alex tidak dibuang padang, mereka akan mati idea untuk melancarkan serangan ke tembok kuat Chelsea. Kredit untuk Oriol Romeu yang menggalas dengan cemerlang di bahagian tengah. Lukaku pula masih tercari-cari rentak permainan pasukan. Gugup, nervous & pressure mungkin menyebabkan perfomance die kurang menjadi hari ni.Overall, yang lain okey. Namun aku masih tertanya-tanya kenapa AVB mengeluarkan Mceachran yang perform terbaik pada 1st half. Substituion lain menyaksikan Cech digantikan dengan Turnbull selepas die mengalami kecederaan akibat berlanggar dengan striker lawan. Manakala Sturridge juga mengalami kecederaan dan digantikan dengan Lampard.
Apepun, game tadi memang suspens giler. Resah jugak bile tengok team kite amik penalty shoot-out. Kalau tengok sejarah yg lepas-lepas, Chelsea bukannya terrer sangat bab2 shoot penalty ni. Namun kerana berkat mental tinggi serta motivasi kuat dari AVB, segalanya menjadi mudah serta berjalan dengan lancar bagi kem kite.
Keep the blues flag flying high.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mungkin Mceachran akan diserap utk 1st team.. sbb tu simpan awall hehe...
tahniah menang... penalti yg mendebarkan..