Minggu lalu, Chelsea kalah 3-1 kepada MU dan itu merupakan kekalahan pertama AVB bersama kite. Namun kem The Blues kembali ceria selepas menewaskan Fulham dalam saingan pusingan ke-3 Carling Cup pada hari rabu lepas.
Setakat ini, pencapaian Chelsea masih lagi memuaskan. Dari 5 perlawanan liga, kite mencatatkan 3 kemenangan, 1 kalah & 1 seri.
Sebelum lawan dengan MU, AVB terlebih dahulu berkata, apepun hasil yang diperolehi di Old Trafford tempoh hari tidak memberi efek negatif terhadap perjuangan Chelsea. Ya, itu betul, kerana kite tidak boleh menilai sesuatu keputusan dengan hanya 1 kekalahan sahaja. Perjalanan untuk mengejar takhta liga masih lagi jauh dan sekarang ni 5 perlawanan sudah selesai & tinggal lagi 33 game. Jika nak ikutkan musim lepas, Chelsea membuat permulaan bagus tapi sayang tercicir mata demi mata pada pertengahan liga dan seterusnya gagal menjadi juara. So, permulaan bagus, permulaan buruk tidak memberikan sebarang ganjaran yang lumayan. Pertengahan liga, akhir liga barulah menjaminkan detik2 kejuaraan yang sebenar.
Dua angsa kecil yang pernah jadi singa biru
Dan malam ni kite berdepan dengan Swansea City yang merupakan pendatang baru liga musim ni. Walaupun mereka kelab promosi, tapi kite diingatkan supaya tidak mendabik dada, memandang rendah dengan keupayaan kelab yang dibimbing oleh Brendan Rodgers. Anda kenal dengan Brendan Rodgers ? Jika ade yang masih belum tahu, die merupakan ex- coach Reserve team Chelsea pada tahun 2004-2008.
Perkembangan terkini mengenai skuad Chelsea :
Drogba sudah pulih sepenuhnya & bakal beraksi malam ni sebagai 1st starter.
Di bahagian pertahanan, AVB akan menggandingkan JT & Ivanovic. David Luiz direhatkan selepas die beraksi sepanjang 120 minit ketika Chelsea menumbangkan Fulham hari rabu lepas.Ramires & Meireles akan mengisi di bahagian tengah. Mikel akan ambil alih tempat Lampard. Diharapkan agar Josh Mceachran & Oriol Romeu dapat beraksi lagi selepas kedua-duanya mempamerkan perfomance hebat ketika menentang Fulham.
Sturridge mengalami kecederaan dan akan digantikan dengan Anelka. Left winger sudah pasti Mata yang handle. Cech plak, ape cite ? die okey. Kecederaannya tidak serius sangat dan mungkin boleh beraksi pada game hari ni. Jika AVB masih was2 dengan situasi tersebut, kite ada Turnbull. Die masih boleh diharapkan.
1st Line-up kemungkinan :
4-3-3
Cech
Bosingwa - JT - Ivanovic - A.Cole
Meireles - Mikel - Ramires
Anelka - Torres - Mata
Line-up pilihan anda pula ?
Jangan lupe, perlawanan akan bermula pada jam 9.55 malam. Siaran langsung di saluran 812. KTBFFH !
yg penting torres main