Tak score gol tidak mengapa, yang penting sumbangannya cukup bermakna dalam kemenangan 2-0 ke atas B.Leverkusen. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh Luiz & Mata pada lewat separuh masa kedua, namun kite harus memberi kredit penuh kepada Torres, kerana dua gol yang diperolehi itu hasil daripada assist die. Thanks, el-nino.
Berkenaan dengan match kali ini, kite bermula dengan aggresif, melancarkan serangan demi serangan ke kubu lawan. Bayer Leverkusen tidak begitu mengkucar-kacirkan sangat defensif kite kerana mereka kerap kali di asak bertubi-tubi. Oh ye, lupe nak bercerita mengenai line-up. Line up hari ini memang cukup berbeza, dan aku sendiri terkejut melihatkan percaturan, formasi & taktikal AVB. Kapten marvel, JT tiada dalam list, Lampard di-bench dan yang paling gempak, Torres 1st starter, kehkeh.
Debut UCL pertama Luiz diserikan lagi dengan gol pertamanya musim ini. Di set-up cantik oleh Torres dan Luiz merembat mudah menewaskan keeper lawan, Bernd Leno untuk gol pertama Chelsea.
Gol kedua hadir pada minit2 terakhir perlawanan. Bermula dari gerakan bijak Torres yang berjaya melepasi benteng pertahanan leverkusen, dan terus membuat hantaran kepada Mata yang menyudahkan gol kedua perlawanan. Ekceli, kite tidak meyangka Torres lebih memilih untuk menghantar bola tersebut kepada team-matesnya di saat peluang untuk die score gol terhidang di depan mata. Itulah sifat sebenar seorang pemain sejati. Lebih mementingkan rakan2 dari diri sendiri adalah satu perkara yang sangat mulia dan benda tersebut jarang2 ada dalam satu team bola sepak. Unsellfish player, bak kate commentator. Tak sia2 die komen kat midfielder kite lembab,kehkeh.Skrg assist, esok lusa, score plak.
Kemasukan Anelka & Lampard telah mengubah sedikit rentak permainan Chelsea. First time aku tengok Lampard berada di-bench,kehkeh. Ye lah, biasenya die main 1st starter je. Hari ini AVB dah start buat rotation. Substitution terakhir, Luiz digantikan dengan Alex. Pertukaran itu dibuat kerana Luiz mengalami sedikit kecederaan + die mendapat yellow card, so di situ kite tak perlu amik risiko yang tinggi utk bagi Luiz main sampai habis 90 minit. Kire nak elakkan diri daripada dapat red card lah beb. Menang, menang juga, disiplin kena jage.
Overall, kite mencatat satu keputusan yang cemerlang di hari pertama UCL. Puas hati ? rasenya puas hati jika ape yang dirancang dan di-predict menjadi kenyataan. Kepulangan Ballack ke Stamford Bridge telah di-sambut dengan meriah oleh fans2 Chelsea. Tepukan gemuruh juga diberikan kepadanya ketika substitution dibuat. Paling menyejukkan hati, ketika wisel penamat dibunyikan, AVB dan Ballack masing2 bersalam-salaman dan menunjukkan tanda mesra di antara mereka berdua. You always be The Blues heart, Ballack.
P/S : Ex-club Mata, Valencia seri 0-0 dengan ex-club Thibaut Courtois, Racing Genk. So, ini bermakna kite menjadi pendahulu buat seketika waktu bagi group E dengan 3 mata penuh, di susuli Racing genk & Valencia yang berkongsi 1 mata di tempat ke-2 dan ke-3. Manakala, Leverkusen di tangga ke-4. Apepun good job Chelsea. KTBFFH !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syabas the blues..
pertama kali aku berbangga dengan torress..chelsea bakal juara..hik3..