Suka atau benci, jika die menandatangani kontrak baru dengan kem kite dan sah menjadi pemain terbaru The Blues, nak ke tak nak, kite kena tetap support die.Dulu berkaler hijau, sekarang kalau join The Blues, dah bertukar menjadi warna biru plak.Itulah Wayne Rooney.
Perlu diingat, kontrak Rooney bila2 masa sahaja lagi akan tamat bersama MU dan apabila kontraknya habis, maka ia akan jadi free transfer yang paling lumayan dan menguntungkan.Pastinya ramai kelab lain akan tergila-gila untuk mendapatkan Rooney tanpa mengeluarkan satu senpun duit termasuklah kelab Arsenal.
INFO EKSTRAVAGANZA :
- MU membeli Rooney dari Everton dengan harga 25.6 juta pound yang mana harga tersebut merupakan harga pembelian termahal dari MU untuk seorang striker kerana pada waktu itu juga, Rooney baru sahaja berumur 20 tahun.Dan sekarang ini dengar cite, MU akan jual Rooney ke kelab lain dengan harga kurang dari 10 juta pound.What the F**k ? Konfem rugi teruk MU nanti.Persoalan hangat sekarang ini ialah jika Rooney berada di skuad kesebelasan terbaik kite, maybe akan ade tempat ke untuknya ? atau kite terpaksa singkirkan 1/2 striker lain bagi memberikan peluang kepada Rooney nanti ?
Sebab sekarang ini striker kite dah banyak sebenarnya.Kalou,Sturridge,Nik,Didi,Borini.Alternatif aku jika Rooney berada bersama kite, CA mungkin terpaksa singkirkan Sturridge atau Kalou.Itu sahaja pilihan yang kite ade sebenarnya kalau kite membeli satu lagi striker baru.
Profile Rooney a.k.a lagenda budak setan ini :
- Umurnya masih lagi muda iaitu 25 tahun.
- Lahir di Croxteth, Liverpool, England.Dia dilahirkan untuk membenci kelab Liverpool.Famillynya sangat anti dengan Liverpool club.
- Kelab yang membesarkannya ialah Everton dan die pernah bermain bersama dengan kelab tersebut pada tahun 2002 hingga 2004.
- Menyertai skuad kebangsaan Three Lions pada tahun 2003 dan membuat debut antarabangsanya pada Euro 2004.
- Sah menjadi pemain MU pada tahun 2004 & dalam 193 penampilannya bersama Red Devils itu, Rooney berjaya menjaringkan 92 gol yang mana musim lepas die telah menjaringkan lebih dari 30 gol untuk MU dalam semua match kompetitif.
So ape konkulisnya sekarang ni ?
Kesimpulan yang aku dapat buat ialah 95% maybe Rooney akan keluar dari pintu Old Kerepot sebelum bulan Januari ini.Fans membencinya, team-matesnya juga menginginkannya pergi.Ape bleh buat ? Sama ada Chelsea,Manchester City mahupun Real Madrid yang paling hampir untuk mendapatkannya, aku tidak dapat membuat sebarang komen mengenai hal tersebut.Aku tahu pastinya ramai di antara kite yang tidak menyukai Rooney untuk join The Blues, tapi korang perlu ingat, Rooney merupakan antara striker idaman CA dan Nik serta JT juga mengalukan kedatangannya ke SB.So kalau Manager & player kite menginginkan perkara sedemikian, apetah lagi kite sebagai fans perlu menyokong kemahuan mereka.Ape yang penting ialah kedatangannya memberi sinar baru dan kejayaan yang berlipat kali ganda kepada Chelse.Itu yang penting.!
Kat atas ni, merupakan antara bekas lagenda budak setan yang telah dipersetankan oleh Alex Fergie ketika mereka masih di Old Kerepot.Lebih memedihkan lagi ialah scene di mana Alex Fergie melemparkan but kasut ke muka Beckham dan Beckham terus berpindah ke Real Madrid.Fuh.!
Dan sekarang ini tiba pula giliran Rooney.Selepas Rooney sape plak erk ? Mungkin Gary Neville plk kot yang akan termasuk dalam list senarai lagenda budak setan yang akan dipersetankan oleh managernya sendiri.
"Hadiah" terakhir Rude untuk partner kesayangannya tu...
0 Response to 'Lagenda budak setan'