Kemenangan 2-0 ke atas The Gunners cukup menggambarkan bahawa title race sudah menjadi milik siapa yang sebenarnya.Walaupun baki match masih lagi banyak, Arsenal tetap tiada perubahan.Jika tahun lepas kalah 2-0, tahun ni kalah lagi sekali lagi 2-0.Yang scorenya tak lain tak bukan sape lagi kalau Abang Didi.Abang Didi memang "sayang" habis Arsenal.Setiap kali jumpe Arsenal, ramuan bagi Didi ialah masukkan bola ke dalam jaring dan itulah yang terjadi setiap kali die bertarung dengan Arsenal.Jaringan Didi pada separuh masa pertama tadi telah mencatatkan rekod Didi sebagai penjaring "setia" untuk Arsenal dengan 13 gol dalam 11 penampilannya bertemu dengan team meriam cap ayam tu.
Fabregas ade ke tak de ke, Arsenal tetap sama.Permainan yang membosankan oleh diorang sentiasa terserlah coz asyik control ball tak henti2 n then shoot ke langit menggambarkan bahawa Arsenal tak de resipi untuk menang dengan cara yang lebih bergaya ke atas Chelsea.Fabregas dah merasai 2 kekalahannya kepada Chelsea tahun lepas dan dia sangat bersyukur kerana musim ni dia hanya mampu merasai kekalahan team kesayangannya itu buat kali ketiga sekadar di kaca tv sahaja.
Ape yang membezakan Arsenal & Chelsea dalam match tadi ialah kekuatan fizikal.Player Arsenal tak de fizikal yang cukup.Ibaratkan nak jadi askar kena ade fizikal yang tough serta mental yang tajam tapi player arsenal sekarang tak de.Diorang hanya mampu berbangga dengan skill & kepantasan sedangkan untuk menewaskan team seperti Chelsea memerlukan kualiti,pengalaman serta kekuatan fizikal.Tapi itulah Arsenal.Lebih mementingkan permainan cantik daripada kemenangan yang realisitk.Mungkin Wenger patut tukar jawatannya kepada coach bola tampar plak.Idea yang sangat bagus di kala player2 arsenal bermain bola seperti mereka bermain bola jaring.Moto mereka "Utamakan permainan seni dari kemenangan & trofi".Hah, ape kate season depan cube try nasib kat sukan bola jaring plak, sure every season dapat cium trofi melalui bidang tersebut.
Jaringan cantik Alex pada minit ke-85 cukup menguatkan lagi betapa kekuatan fizikal sangat penting untuk memenangi sesebuah perlawanan yang besar.Free kicknya sangat padat dan kemas.Alex menggunakan seluruh kekuatan fikizalnya itu dan menewaskan Fabianski yang hancur dilanggar tombak besar biru.Pujian juga harus diberikan kepada Ramires yang banyak membuat tackle2 penting untuk mengagalkan shoot dari player Arsenal.Tidak lupa juga die membuat assist & setup kepada gol Didi tu.Ramires hanyalah seorang player yang mempunyai fizikal badan yang kecil namun kekuatan mentalnya itu sangat cukup untuk memberikan perfomance cemerlangnya kepada The Blues hari ini.Maybe die sudah improve agaknya game playnya tu, congrats.!
3 mata penuh berharga ke atas Arsenal tadi telah melonjakkan kem kite ke persada liga dengan 4 mata di belakang pencabar terdekat, Manchester City.7 mata di hadapan team Arsenal yang tewas 2 minggu berturut-turut dalam pentas liga.Ape nak dikata lagi sekarang, Chelsea adalah Chelsea.Top of the league setakat ini dengan 18 mata.Tiada ape yang dapat aku katakan melainkan keep the blues flying high, Chelsea best team forever.!
P/S : Ape alasan Wenger erk selepas ni ? Nak cakap player die still main cantik lagi ? ataupun team die memang lemah tenaga batin nak beat Chelsea ? Ceh, sebelum ni cakap tanpa Lampard, team Arsenal die bleh malukan Chelsea di SB.N then sekarang ni, tengoklah, sape yang malukan siapa sebenarnya ? Lain kali, jangan cakap besar sangat.Sekarang sape yang wakena beb.Be cool like Ancelotti lah wahai Wenger.
" Chelsea, lu memang tarak kesian sama saya...argh.! "
bila kemenangan seringkali memihak kita..yeh..
Hmm.. chelsea deserve it.
Arsenal mmg bkn lawan kem kita. :D
KTBFH :)