Luzhniki Stadium merupakan destinasi penuh kedukaan serta kekecewaan yang dialami player kite 2 tahun yang lalu.Tewas kepada MU di dalam final UEFA CL di sana sangat memeritkan, lebih2 lagi kepada Nik & JT yang tidak dapat melupakan saat kekecewaan gagal menyempurnakan penalti dan menghadiahkan trofi eropah tersebut kepada MU.
Tapi...Itu 2 tahun yang lalu, sekarang ia sudah berbeza.Tempat2 seperti ini tidak lagi dirasai pedih dan perit kepada kite.Kemenangan 2-0 terhadap team Spartak Moscow di stadium tersebut akhirnya berjaya memadam memori pahit yang berlaku pada 2 tahun lepas.
Kate Nik & JT
"What happened two years doesn’t matter anymore.It’s all in the past now.We are happy with the 2-0 win but we had the chance to score. It’s a shame because I think we could have scored more. In this type of game it’s good to win and we did that." (Nik)
"It is pleasing to come away with a win from Moscow, does but I don't want to go into it too much. It brings back painful memories and it's one of those things that will never go away." (JT)
Jaringan gol menerusi volley cantik dari Zhirkov & gol revenge dari Nik sudah cukup memberikan 3 mata penuh kepada kite untuk terus kekal sebagai top of the group F.Perlawanan di Luzhniki Stadium ini sangat bermakna kepada kite kerana :
1) Penampilan ke 100 CA dalam pentas UEFA CL.
2) Gol ke-50 Nik untuk The Blues
3) Gol pertama Zhirkov selepas 36 penampilannya bersama The Blues.
Tanpa Didi, Lampard, Alex, Ramires, tiada sebarang masalah untuk kite mencatat kemenangan mudah ke atas Spartak Moscow.Walaupun player2 Spartak Moscow sempat beberapa kali mencemaskan benteng kebal kite tetapi kekentalan dari JT,Ivanovic,Mikel masih lagi di gred A.
Nik bermain hambar ketika kite seri tanpa jaringan di Villa Park minggu lepas, namun berjaya menunjukkan prestasi cemerlang menentang Spartak.Walaupun masih ade banyak peluang yang patut die score di separuh masa kedua, namun pujian harus diberikan kepadanya di atas sumbangan gol pentingnya di Luzhniki Stadium.
Top of the match aku hadiahkan kepada Cech kerana banyak gile buat save cantik.Goal of the match pastinya menjadi milik Zhirkov.First timer volley die tu power gile.Dah le first goal untuk kem kite, pastu score gol cantik plak tu.Flop of the match plak aku nampak ade 1/2 player kite yang perform kureng.Diharapkan 1/2 player kite tu akan improve sedikit demi sedikit. Sebab dalam match menentang Villa, die still perform ala kadar jugak.(aku malas nak bagi tahu sape 1/2 player tu, korang pandai2 fikirlah erk)
Dengan tewasnya Spartak Moscow itu kepada kite, peluang untuk layak ke knockout round masih lagi terbuka kepada Marseille yang telah menang tipis 1-0 ke atas MSK Zilina.Kepada kem kite plak, hanya 1 sahaja lagi kemenangan yang akan melayakkan diri secara automatik ke pusingan kalah mati.Tapi untuk kekal sebagai top of the group harus memenangi kesemua 5/6 perlawanan.
Hari sabtu ini kite akan melayan kunjungan dari team Wolverhampton atau senang kite panggil Wolves.Diharapkan Didi, Alex sudah sembuh dan fit 100% untuk match tersebut.Keadaan Lampard plak, aku kurang pastinya sangat sebab dengar cite, die terpaksa berehat untuk 2 minggu berikutnya.Kire dah konfem yang dia akan terlepas untuk match dengan Wolves nanti.Dah lebih 2 match setakat ini, kite terpaksa harunginya dengan menggunakan skuad yang tidak lengkap coz ramai key player yang injured tapi hasilnya tetap memuaskan.Kalau team lain konfem dah tunggang langgang kalau 3/4 key player diorang tak main.
Sape punya kejelah ni,..Eish.!
ish nape rooney ambek jersey lampard ni..num 8 plak tuh!!!!
xboleh2!!!
duit ade..ape2pun blh wahida..haha
Xleh blah la Rooney klau masuk kem kita haha :D.. Klau Tevez ke xpela huhu..
nk masuk pun xpyh la nk ambek abg lampard nyer tempat..cish!!
bgus jg si rooney tu smbung kontrak dgn MU..