Akhirnya selepas seminggu lebih bercuti sakan untuk memberi laluan kepada pentas Internationaleleh, kempen EPL dibuka semula dengan match2 mendebarkan yang bakal berlangsung malam ini.Antaranya melibatkan kem kite dan juga team rival, Aston Villa.
Lupakan kekecohan yang berlaku dalam match Italy menentang Serbia & Selangor dengan Kelantan beberapa hari yang lalu, jom kite fokus kepada game The Blues plak.
Aston Villa merupakan team rival yang sangat sukar ditewaskan lebih2 lagi malam ini kite akan berdepan di Stadium keramat diorang iaitu Villa Park.Tidakkah korang masih lupa ? last season kite tewas 2-1 kepada diorang di sana.So untuk musim ini, aku tak tahu berapa peratus kemenangan kite yang bakal dicapai malam ini.
Dengan masalah kecederaan yang sering tak putus-putus menimpa kepada kem player kite, aku sangat musykil dengan peluang kemenangan menentang Villa malam ini.Abang Lampard sah tidak akan bermain walaupun operation hernianya sudah selesai.Namun die terpaksa berehat untuk 2 minggu lagi.Tidak lupa juga benteng kebal yang telah meroboh tembok besar team Arsenal minggu lepas iaitu Alex juga dipastikan tidak akan bermain malam ini.Benayoun,Kalou,Sturridgepun termasuk dalam list injury player yg bukan sahaja akan terlepas dalam match ini je, tapi untuk match2 lain jugak.
Didi maybe terlepas match malam ini.Dengar cite die demam.Fuh, so ape penyelesaiannya yang dapat kite buat malam ini ? dengan 1/2 defender utama tak dapat main dan 1 key striker demam entah ape2, ape yang perlu CA & Ray Wilkins buat sekarang ?
Villa bukan team ayam seperti Arsenal & West Brom kerana sekarang ini mereka dikendalikan oleh ex-manager Liverpool, Gerard Houllier.Gerard Houllier antara manager yang mempunyai pengalaman hebat menentang team2 power.Aku tak nafikan sekarang ini jika player2 Aston Villa berada dalam prestasi terbaik.Mereka tahu kelemahan player kite.Tahun lepas, mereka gunakan sepenuhnya peluang untuk menggagalkan misi kemenangan kite.Kelemahan team kite ialah set piece & high ball & team Aston Villa sudah "makan asam garam" dengan kelemahan kite itu.Aku tak tahu jika kelemahan kite itu sudah dibaiki atau tidak namun untuk memenangi match malam ini di Villa Park, 2 aspek itu wajib diselesaikan dengan secepat mungkin.
Lebih dari 3/4 key player kite tidak perform malam ini, dan aku masih lagi pening memikirkan mengenai ape yang bakal berlaku nanti.Team Manchester City sudah berjaya memalukan kite, so sekarang ini giliran Aston Villa plak ? Dengan kecederaan yang tak henti2 menimpa, Aston Villa mempunyai advantage 60% peratus untuk menang game malam ini.
Sedikit melegakan aku hanyalah dengan come back dari Bosingwa.Bosingwa yang sudah lama menyepikan diri di rumah sakit selama hampir satu musim tidak bermain, dan die telah kembali untuk berbakti kepada kem The Blues.Dengan Alex injured & JT baru je pulihs dari kecederaan, Ivanovic bleh kembali kepada posisi centre back dan Bosingwa memainkan peranannya di posisi Right Back.
Ramai betul player kite yang injured.So buat mase ni, aku suggest yang CA perlu turunkan beberapa youngster seperti McEachran,Van Aanholtz.Josh McEachran antara player youngster yang aku harap sangat dapat bagi satu impak besar untuk kem kite musim ini.Dengan Benayoun,Kalou,Sturridge injured, tak salah kalau die diberi main 1st starter sekarang ni.Sudah2lah meletakkan die di bench dan memainkannya 3/4 minit sebelum match nak habis, McEachran merupakan youngster paling berbakat sekarang ini dan rugilah kalau dapat tengok die perform untuk sementara waktu sahaja.
Anyway, good luck to our Blues tonight.Hope we still get win and win for this match.Keep the blues flying high.!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kompom r menang!!! haha