
Bermulanya saingan piala FA dalam pusingan ketiga semalam.Piala FA seperti mana yang kita telah tahu piala ini menjadi trofi idaman bagi setiap kelab bola sepak di England.Kita sebagai pasukan faveret untuk menjadi juara Piala FA musim ini yang mana tahun lepas kita berjaya menjuarainya namun musim ini mungkin lebih sukar untuk mempertahankannya.Malam ini kita akan melayan kunjungan kelab bawahan liga, iaitu Watford.Tahun lepas kita kita pernah menetang Watford dan keputusann kita menang 3-1 di tempat mereka.Namun cabaran menetang mereka malam ini dianggap tidak begitu mudah bagi chelsea kerana Ancelotti menganggap Watford, sebagai lawan yang perlu kita berjaga-jaga.Kesilapan kecil malam ni di Stamford Bridge pasti mengundang padah kepada kita.

Malam ini juga Ancelotti akan menurunkan barisan terbaiknya.Mungkin Ancelotti masih belum mengenali team Watford sepenuhnya lagi.Namun taktik dan strategi ini bagi aku mungkin bagus kerana piala FA merupakan trofi paling penting kepada team kita selain daripada trofi liga dan UCl.Hanya barisan terbaik mampu menjelmakan aksi terbaik untuk memenangi setiap perlawanan khususnya piala FA.Harapan aku ialah kita dapat mencatat kemenangan bergaya dan terus mengekalkan momentum kemenangan sehingga berakhirnya musim.Cabaran Piala FA sama sekali sukar seperi cabaran EPl,jadi kita wajib berwaspada setiap ancaman lawan khususnya team Watford.
Barisan terbaik malam ini :
Cech, Ivanovic,Terry,Alex/Carvalho,Ashley Cole/Beletti ,Lampard,Ballack,Malouda,Joe Cole, Anelka,Sturridge/Borini/Kakuta
0 Response to 'Piala FA Malam Ini : Chelsea Vs Watford'