ACCRA: Michael Essien dikhuatiri tidak dapat beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika di Angola, Isnin depan biarpun kembali berlatih minggu ini, kata Persatuan Bola Sepak Ghana.
Essien dibenarkan berada di London dan berlatih dengan kelabnya Chelsea, semalam sebelum ke Angola menyertai Ghana beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Togo di Cabinda.
Pemain tengah itu kembali pulih selepas mengalami kecederaan hamstring dalam Liga Juara-Juara Eropah bulan lalu.
“Jurulatih, Milovan Rajevac akan menilai pemain tengah itu kerana dia perlu mengembalikan tahap kecergasan sepenuhnya sebelum boleh menurunkan kapten pasukan untuk kejohanan itu,” kata persatuan itu menerusi laman web (www.ghanafa.org).
0 Response to 'Essien Tak Pergi Ke Angola ? (Harian Metro)'