Anelka sekarang ini sedang menikmati masa-masa terbaiknya di Chelsea.Dia merasakan kebebasan di bawah pimpinan Ancelotti.
Minggu ini Anelka akan kembali bermain ketika Chelsea akan bertandang ke KC Stadium untuk menetang Hull City.Sebelum ini seperti mana yang kite telah tahu bahawa Anelka tidak beraksi selama beberapa minggu kerana mengalami kecederaan hamstring ketika Chelsea menang 2-1 ke atas Portsmouth.
Semenjak dia bermain dengan Chelsea pada Januari 2008, Anelka sebenarnya mengaku bahawa dia memang teringin untuk mendapatkan posisi dan ruang untuk mengkreatifkan segala permainannya di atas padang seperti mana yang telah dia lakukan sekarang ini di bawah pimpinan Ancelotti."Saya ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa saya boleh bermain di sini(chelsea) dan saya sentiasa mahu menjadi lebih kreatif di atas padang walapun saya tidak boleh menjaringkan banyak gol.Saya suka dengan posisi saya sekarang ini dan saya sedang menikmati permainan bola sepak saya di posisi ini sekarang ini.Peranan dan posisi saya sekarang ini yang akan menjadikan saya lebih baik dan konsisten," kata Anelka kepada akhbar The Sun.
anelka is back,chelsea kembali mennag dengan anelka pasni....
anelka berganding dgn strgde pasti mantop lol