Selepas tidak beraksi beberapa bulan disebabkan mengalami kecederaan, Joe Cole sudahpun kembali beraksi untuk Chelsea.Tetapi, banyak pihak termasuk peminat Chelsea sendiri menganggap Joe Cole belum mempamerkan aksi terbaiknya untuk Chelsea sekarang ini.
Ancelotti merupakan salah satu pihak yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.Menurut Ancelotti, Joe Cole masih boleh memberikan aksi dan prestasi yang hebat dan jauh lebih baik dari sekarang ini.
" Joe Cole masih boleh beraksi dengan baik.Keadaan ini sangat penting.Dia kembali dari kecederaan dan dia juga mahu meraih sesuatu kejayaan pada musim ini," kata Ancelotti.
P/S : Bukannya nak cakap die main teruk, tapi kalau nak dibandingkan dengan Joe Cole yang dulu, bagi aku, aku lebih suke die yang dulu.Penyudah yang berbisa, mantap, skill hebat dan larian yang pantas.Tapi sekarang ini dia kureng sikit bab2 penyudah/dalam bahagian serangan.Kalau nak beraksi untuk skuad England di Piala Dunia di Afrika nanti, dia memang kena bangkit beb, n kalau masih dengan permainan die sekarang ni, alamaknya hancur la impian nak bersama Lampard dan Terry di Piala Dunia nanti.
my most favourite chelsea player, go go joe !
die slow sket tahuen ni, mungkin coz die ni injured tue psl main kureng skit,...
erm die xbrapa menyinar sgt musim ni, mungkin aku bleh ckp faktor kekerapan injured oleh joe cole menyebabkan prestasi die dah x cam dulu...tapi skill die aku tgk dah ade,die laju gak,tapi bab2 penyudah lemah siot...hari tu time lawan west ham, shoot entah ke mana hala la