Malam tadi berlangsungnya perlawanan keempat chelsea dalam liga inggeris di mana chelsea telah bertemu dengan kelab kerdil yang baru dinaik taraf iaitu burnley.. seperti diramalkan chelsea dengan mudah meratah kelab tersebut dengan kemenangan 3-0... kekebalan kubu chelsea di stamford bridge menyebabkan burnley begitu sukar utk mencari gol, dibantu oleh kekebalan benteng pertahanan chelsea yang dikemudi oleh pemain pertahanan terbaik eropah iaitu john terry. pada separuh masa pertama, chelsea telah melakukan banyak serangan yang bertali arus ke kubu burnley namun buntu utk mencari gol.. gawang burnley yang dikawal oleh jensen amat cemerlang menafikan percubaan pemain2 chelsea terutama drogba dan anelka.. namun kekebalan itu tidak bertahan lama apabila anelka bijak menyempurnakan bola hantaran droga untuk gol pertama chelsea pada minit ke 45+1....
Bersambung babak kedua, chelsea tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan apabila bola hantaran cantik frank lampard berjaya disudahkan oleh michael ballack dengan sempurna untuk gol kedua chelsea hanya 2 minit selepas sepak mula... manakala selang 4 minit kemudian, pertahanan chelsea iaitu ashley cole terus menghukum kealpaan benteng burnley dengan gol jaringannya yang pertama dalam liga dan ketiga pda perlawanan ini....
Perlawnan ini sebenarnya didominasi oleh chelsea sepenuhnya, burnley ternyta bukan lawan chelsea kerana burnley dilihat sukar untuk mengatur serangan dan menguasai bola... skang chelsea telah berjaya menduduki tkhta liga buat sementara waktu sblum perlawanan lain berlangsung.. syabas dan tahniah buat chelsea..
p/s: pelik juga camne si setan merah tu boleh kalah dgn burnley.. men kn best pun.. chelsea ayam2 kan lagi adalah.... ksian setan merah.. klu kalah ngan sengal malam ni x tahu lah... hahahahaha the blues........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Tumpasnya si kerdil burnley......'