Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka dilanda kecederaan dan sedang mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan pada musim panas.
Selepas bergelut pada aksi pembukaan Chelsea menentang Hull sebelum sekadar memanaskan bangku simpanan berdepan Sunderland, penyerang antarabangsa Perancis itu berjaya menjaringkan gol pertama musim ini dan mencipta peluang gol buat Didier Drogba ketika skuad Blues menang, 2-0 di Fulham, kelmarin.
“Perkara ini bukan sesuatu yang mudah kerana saya mengalami banyak masalah fizikal sejak enam bulan lalu. Sampaikan saya sudah berfikir mahu menjalani pembedahan pada musim panas ini.
“Kami fikir saya mengalami kecederaan serius. Tapi, saya tidak mahukannya kerana musim ini amat penting dengan Piala Dunia pada penghujungnya,” kata Anelka, semalam selepas dilanda kecederaan pangkal paha ketika menentang Fulham.
Anelka, yang muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan 19 gol, berkata dia mengalami masalah belakang sebelum terpaksa berehat panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Anelka Dedah Masalah Fizikal (HARIAN METRO)'