
Sejak kedatangan Deco ke Stamford Bridge pada musim 2008, Deco sering tidak begitu mempamerkan prestasi yang memberangsangkan.Hanya untuk awal musim sahaja, dia hanya melakukan sesuatu yang terbaik untuk Chelsea tetapi selepas di pertengahan musim, prestasinya menurun dan dia sering mengalami kecederaan dan kerap tidak bermain untuk Chelsea.Dia sempat mengatakan bahawa dia kecewa dan mahu meninggalkan Chelsea dan mahu ke Inter Milan.
" Deco tidak akan meninggalkan kelab ini.Kami tidak mahu dia pergi dari kelab ini," tegas Ancelotti. "Dia bermain sangat baik terutama sekali dalam perlawanan menetang Sunderland.Dia sangat sesuai berada di sini dan menunjukkan motivasi yang hebat kepada para pemain yang lain," jelas Ancelotti lagi.
0 Response to 'Deco Akan Kekal Di Kampung Chelsea : Ancelotti'