LONDON - Bintang baru Chelsea, Daniel Sturridge (gambar) semakin teruja untuk beraksi buat kali pertama di Wembley.
Malam esok, Chelsea bakal membuat perhitungan dengan Manchester United pada perlawanan Perisai Komuniti sebagai tanda bermulanya kempen 2009/10.
Sturridge, 19, meledak gol ketika aksi sulungnya bersama Chelsea sewaktu bertemu Seattle Sounders pada perlawanan persahabatan bulan lalu.
Dia turut dilihat membentuk gandingan baik bersama Salomon Kalou ketika bertemu QPR baru-baru ini.
Justeru, bekas pemain Manchester City itu berharap para penyokong The Blues dapat melihat kelibatnya pada pertemuan dengan United nanti.
"Saya tidak pernah beraksi di Wembley. Jadi diharap ini akan menjadi aksi pertama saya di Wembley. Saya harap dapat menampilkan sesuatu kepada pengurus pasukan.
"Sasaran kami hanya untuk menang. Semua orang juga mahukan itu dan saya mahu tunjukkan apa yang mampu saya lakukan," kata Sturridge. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Sturridge Teruja Tunjuk Taring(AKHBAR KOSMO)'