Spekulasi masa depan Drogba

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 22, 2012

"We will not be together next season. As I have decided to leave, I wanted to tell them to their faces. They made me break down. I found it hard to admit that it was finished with me and the club.I don't envisage sitting on the bench watching others play at a time when the club is looking at putting together a new team.So there we go, I am readying myself for a great leap into the unknown. It will be another adventure."

Sudah 8 tahun di Stamford Bridge, banyak kenangan manis pahit Drogba bersama Chelsea. Jasanya memang sukar dibalas. Drogba tunjang utama The Blues sejak Roman Abramovich ambil alih. Gelaran yang kita gondol sebelum ini dan sekarang banyak bergantung kepadanya. Tanpa Drogba, siapalah Chelsea.

Secara jujurnya aku mahu dia kekal, kerana dia seorang pemain yang istimewa. Lain daripada yang lain. Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ini dan berkata "sampai bila kita mahu menagih kudrat drogba ?"

Ini bukan sebab sampai bila kita mahu guna khidmatnya, tapi ini berkaitan dengan soal kesetiaan. Orang putih cakap loyalty. Drogba pemain yang menunjukkan komitmen tinggi kepada Chelsea. Aku terhibur setiap kali Drogba beraksi. Cara dia bermain sangat fenomena. Seronok untuk melihat dia lebih lama tinggal di Chelsea. Bukan atas dasar nak mengharapkan kemampuan dia tapi sekadar terhibur dengan gaya bola sepak yang ditonjolkan oleh Super Drog.

Mungkin lepas pada ini, akan ada generasi baru di skuad Chelsea dan kuda-kuda tua bakal disisihkan. Cuma harapan aku agar pemain legend seperti Drogba ini meneruskan legasinya bersama kita. Kita ambil contoh kelab MU. Mereka ada seorang pemain yang dari dahulu hingga sekarang masih kekal konsisten iaitu Ryan Giggs. Giggs, 4 tahun lebih tua dari Drogba. Namun dia masih mantain mempamerkan prestasi yang bagus.

Sekali lagi aku katakan, kekalnya Drogba di Chelsea akan memberi semangat baru kepada pemain-pemain muda. Drogba mungkin pada masa akan datang akan hilang tempat dalam kesebelasan utama, tapi peranannya, tanggung jawabnya tidak akan hilang. Rolemodel untuk youngster. Drogba akan dijadikan motivasi kepada pemain-pemain muda kita untuk bermain bola sepak dengan cara bijak. Barisan muda memerlukan bimbingan dari pemain yang berpengalaman. Experience make perfect.


Kita tak boleh sisihkan semua pemain tua kerana ada sesetengah dari mereka masih berguna untuk kejayaan kelab pada masa akan datang.

Kalau aku jadi managament Chelsea, aku akan kekalkan Drogba. Memang akan ada penggantinya namun sifat Drogba sukar dicari. Dia terlalu istimewa buat penyokong Chelsea. Legend of all time. Macam mana dengan nasib Torres ? Torres tidak macam Drogba. Walaupun dia masih muda, namun penyudahnya kurang mantap. Kita tidak boleh ambil risiko dengan membuang terus Drogba & menaikkan maruah Torres. Kita semua tidak tahu adakah Torres akan improve dia punya perfomance musim depan dan kita tak boleh nak agak, mampukah dia kembali di prestasi terbaiknya. Drogba mudah dijangka kerana kita sudah tahu kemampuannya untuk Chelsea. Namun Torres sukar untuk kita buat prediction. Senang cakap, perfomance Torres tak konsisten. Kejap bagus kejap mengarut. Sebagai contoh lagi, dalam perlawanan besar, fungsi Torres tidak sekuat fungsi Drogba. Drogba ada sesuatu aura yang tidak ada pada Torres. Harap anda faham dengan apa yang aku cuba terangkan ini.

P/S : Namun jika benar lah Drogba mahu keluar, mungkin pengganti yang paling sesuai untuk ambil alih tempatnya ialah Falcao. Penyerang sensasi kelab Atletico Madrid. Fizikalnya yang besar, penyudah yang mantap, licik sememangnya boleh menggantikan tempat Drogba. Falcao pemain yang berkemampuan beraksi dengan cemerlang di mana-mana liga.

 power !

5 Response to 'Spekulasi masa depan Drogba'

  1. arituarini Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/spekulasi-masa-depan-drogba.html?showComment=1337689853612#c3155714576607458732'> May 22, 2012 at 8:30 PM

    aku pun klau bleh hrp kekalkan drogba..prlawanan pnting kita bleh lg menghrap kan dia..xkisah la kuda tua ke apa ke..janji bila dia ada keyakinan chelsea utk menang tinggi..mcm KC ckp "aura"

    klau drogba tk fikir pasal duit dan 1st 11 ok la..harap dia mahu kekal sampai bila2..itu baru kesetiaan..

    drogba tk de mesti rindu aksi dia gigit jari..berlakon sakit..hehe

     

  2. ewanthology Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/spekulasi-masa-depan-drogba.html?showComment=1337694106858#c3214865047967873114'> May 22, 2012 at 9:41 PM

    mungkin selepas ini torres akan ada lebih masa untuk bermain dan kembali ke prestasi yang terbaik seperti dulu

     

  3. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/spekulasi-masa-depan-drogba.html?showComment=1337698660131#c8543161811229737815'> May 22, 2012 at 10:57 PM

    Bg CFC fans,mungkin ramai yg nak kekalkan Drogba 2@3tahun lg..Tapi bg aku yg neutral,mmg ni la time nya paling sesuai Drogba harus quit dr Chelsea(stlh mng UCL).mcm kbnykn pgkritik bolasepak cakap,"everything has its own expiration date".Bg jalan kpd striker yg lain2 nya(Torres,Sturridge n Lukaku terutamanya itu pun kalo Lukaku tak g on loan)

    Soal rumour2 yg berleluasa ttg striker2 yg lain nk d beli(falcao,Hulk,Cavani),kalau betul la slh sorg dpt deal,aku dpt rasa torres akan semakin tak perform(striker mcm Torres perlu rasa dia adalah 1st choice baru dia dpt perform mcm time dia kat Lvpool)Alih2 dtg plak high profile striker yg lain jd 1st choice sbg cth nya Cavani.silap2 haribulan,mungkin Torres plak mintak out,(Juventus sgt bminat)

    dari keadaan semasa skrg,aku tak dpt nampak yg Sturridge dpt survive kat Chelsea,,ada kmgkinan yg agak besar Sturridge maybe balik ke tmpat asalnya kalau silap hari bulan.

     

  4. elnino syed Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/spekulasi-masa-depan-drogba.html?showComment=1337702795920#c5441438858888646131'> May 23, 2012 at 12:06 AM

    DD keluar...jadikn torres first choice n lukaku the second choice...dgn beli high profile ST,CF cm falcao,cavani akn mnrunkn perfom torres n mybbkn ft9 blah dr chelsea...klu nk beli aku lebih suke chelsea beli player yg bleh role mcm anelka jd cf,ss,wf like hulk..versatile,laju,skill pn ade,shoot power..so org mcm ni perlu chelsea beli utk upkan 50milion man kite sbg backup striker torres mcm anelka for dd...klu aku dberi pilhn plyer yg perlu join chelsea Hulk,Hazard,V.D.Wiel slps marin n dbryne..line up next seasons..gk-cech..df-cole,terry/cahill,luiz,ivnvc/weil..dmf-mikel,rmres..cmf-lmpard/hazard..lwf-mata/dbryne..rwf-hulk/marin..cf-torres ..........player msm depn klu out pn ak xksh mcm strdge,malouda,feirra,essien,kalou,bsgwa,meirels sbg satu revolusi baru tentera2 biru yg lbih bertenge dn laju...KTBFFH!

     

  5. http://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/spekulasi-masa-depan-drogba.html?showComment=1337732419686#c5878855818063251931'> May 23, 2012 at 8:20 AM

    masalahnye skg ni management chelsea mmg nak suruh drogba stay tp dia yg dh tak mau... so nak wat camne.. kene respek ler keputusan dia... ;)

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png